SweetMuslimah.com

Friday, June 19, 2015

Tarawih turbo ke empat

Hai.

Semalam tarawih kat mana kawan-kawan? Kat Masjid Putrajaya? Taman Bahagia? Bandar Tasik Kesuma? Eh. Tersebut nama taman rumah pulak. Hiks. 

Masuk kali ni, dah kali keempat bertarawih di Tawau. Tarawih di masjid yang berdekatan dengan rumah. Dalam 5 minit memandu. Kami panggil masjid ni, Masjid Turbo. Haha. Kenapa masjid turbo?


Bersolat tarawih
Masa mula-mula bersolat disini, memang terkujat besau lah. Satu sebab ramai gila makcik-makcik, kakak adik yang datang solat. Sampai penuh dan melimpah ruah. Alhamdulillah. Jarang dapat solat sampai laga-laga bontot ni, hehe. Dua sebab laju benar solat terawih ni. Isyak pukul 7.40 malam. Sampai rumah pukul 8.30 malam. Kalah pos express. Ahaks. Tapi dengan syarat buat 8 rakaat je lah, hehe =D

Tarawih turbo
Setiap kali lepas habis solat 2 rakaat, laju nau imam nya naik nak solat rakaat baru. Tak sempai iols nak bernapas. Semput chek oi, haha. Tapi, bila dah lama-lama, rasa macam bersenam pula. Berpeluh toksah cite lah. Memang jenis kuat berpeluh, bersenam sikit pun dah menjejes peluh =D

Habis rakaat ke-8, ok. Kena bersedia untuk zaas ziis zaas ke belakang. Imam bagi masa sekejap je. Memang exercise betul datang masjid ni, kehkehkeh. Tapi yang best dan sentiasa best, bacaan imam sangat mendayu-dayu. Huwaaa. Cair betul rasa hati. Nasib imam semua pakcik-pakcik dah kahwin =D

Selalu juga solat tarawih kat rumah sebelum ni, tapi bertahan 2, 3 hari je, sebab rindu nak dengar bacaan Imam. So, apa boleh buat? Turbo pun turbo lah. Yang penting...

I'm melting. 
Kahkahkah.

Selamat berpuasa & menunaikan solat tarawih =)


Tarawih turbo ke empat
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments
avatar
June 19, 2015 at 4:49 PM

Alhamdulillah... Selamat berpuasa Ya...

Reply
avatar
June 19, 2015 at 5:30 PM

kalau kat taman Sally ni...berenti bg tazkirah apa dulu lepas rakaat keempat...kadang-kadang pkul 11 malam baru tamat...haihhhh...nak g pun rasa berat je...kadang tu buat kat rumah je :(

Reply
avatar
June 19, 2015 at 10:45 PM

kalau ada imam macam tu di sememanjung sis JM pun nak pegi masjid camtu...tapi kalau Turbo sgt pun penatlah plka rasanya

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+