SweetMuslimah.com

Saturday, June 20, 2015

Sinopsis Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama [RTM 2]

Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama | Drama yang sedang bersiaran di TV2 pada jam 9.00 malam setiap hari Selasa hingga Khamis ini menampilkan pelakon terkenal Yana Shamsudin, Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin dan Iskandar Zulkarnain.
 
Mengambil inspirasi keindahan negara Bosnia, sebanyak 50% penggambaran dibuat di sekitar Sarajevo, Bosnia Herzegovina. Drama ini juga menampilkan gabungan drama Korea Selatan dan  Jepun yang pastinya akan menarik minat penonton.

Drama TV2 Kalau Hati Ini Rama-Rama

Drama: Kalau Hati Ini Rama-Rama
Masa siaran: 9.00 malam (Selasa, Rabu & Khamis) RTM 2
Pelakon: Yana Samsudin, Iqram Dinzly, Iskandar Zulkarnain, Zarina Zainoordin, Norish Karman, Hafidzuddin Fazil, Syed Ali, Qazem Nor, Aida Ruyati, Anne Abdullah, Wak Dol, Jojo Admi
Pengarah: Izzman Hafiz
Terbitan: Sazawan Supply Sdn Bhd 

Sinopsis Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama

Kisah mengenai Nur yang mencari kerja di Kuala Lumpur namun tidak berjaya. Setelah dia selesai salah satu temuduganya, Nur ternampak sebuah dompet di tandas ketika  bersiar-siar di sebuah kompleks membeli belah. Dia cuba menghubungi pemilik dompet untuk memulangkan kembali kepada pemilik asalnya iaitu Munirah Arshad, iaitu isteri kepada Zubir dan juga ibu kepada Iskandar.

Munirah terharu dengan sikap Nur dan menyarankan suaminya Zubir agar Nur diambil bekerja di hotel mereka. Akhirnya, Nur diambil bertugas sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan. Pada masa yang sama, Iskandar berpisah dengan tunangnya Vee, seorang dramatis terkenal. Vee didakwa ada hubungan sulit dengan pelakon lain dan heboh dilaporkan media. Iskandar yang kecewa meminta ibunya mencarikan jodoh dalam masa yang terdekat dengan niat untuk mengajar Vee.

Oleh kerana Munirah memang sukakan sangat dengan Nur, maka Munirah menjodohkan Nur dengan Iskandar menjadi suami isteri. Namun begitu, Iskandar tidak ikhlas dengan perkahwinan tersebut hanya sekadar untuk mengajar bekas kekasihnya Vee. Vee pula meroyan bila dikhabarkan pernikahan tersebut kerana dia masih memerlukan Iskandar untuk duit. Vee berazam untuk memiliki semula cinta Iskandar dan perkara itu dikesan oleh Munirah. 
 Drama TV2 Kalau Hati Ini Rama-Rama
Munirah dan Zubir menghantar Iskandar dan Nur untuk mengambil alih sebuah hotel di Bosnia dan dibantu oleh sepupu Iskandar iaitu Emir. Di sinilah bermula insiden-insiden di antara kedua mereka.
Drama TV2 Kalau Hati Ini Rama-Rama
Drama TV2 Kalau Hati Ini Rama-Rama
Drama TV2 Kalau Hati Ini Rama-Rama
Jangan lupa saksikan Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama setiap hari Selasa hingga Khamis jam 9.00 malam di RTM 2. Dah nak habis dah oii. Rugi tak tengok =)

Sinopsis Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama [RTM 2]
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments
avatar
June 21, 2015 at 1:54 AM This comment has been removed by a blog administrator.

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+