SweetMuslimah.com

Wednesday, June 10, 2015

Saat lafaz sakinah

-Saat lafaz sakinah- [6 Jun 2015]

Ada apa dengan tarikh ini? 6 Jun 2015 yang lepas? Pada hari Sabtu yang lalu? Ada apa pada lafaz sakinah pada tarikh tersebut?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, pada tarikh 6 Jun 2015, pada hari sabtu tersebut, telah terlafaz perjanjian, lafaz sakinah diantara roommate aku, Cik Adila [kini bertukar status "Puan" lantaran telah mendapat roomate baru berlainan jantina :p].

Sungguh, perasaan gembira tak dapat dibayang dengan kata-kata. Akhirnya sampai juga seru salah seorang daripada kami. Padahal sebelum ini, kami sering bertukar pandangan, berkongsi rasa, entah bila lah jodoh akan kunjung tiba? Entah bila seruan Allah untuk mendirikan masjid akan tiba? Dan Masya Allah, BOOM. Rupanya seru itu telah tiba. Dan akhirnya Dila bernikah.

Semasa kami bertiga posting disini, kami baru berusia 24 tahun. Baru menamatkan pengajian. Sempat menganggur barang 6 bulan begitu. Dan tiba di bumi Tawau untuk menabur jasa dan bakti pada usia itu. Pada ketika itu, kami antara yang termuda dari kalangan staf kolej. Langsung tak ada perasaan "Eh, bila korang nak kawen?'.

Soalan yang langsung tak menjadi kudis, bahkan menjadi bahan jenaka. Tetapi dalam tak sedar, semakin lama kami disini, semakin menganjak usia rupanya. Dari sweet 24 tahun menjadi sour 27 tahun. Dan disaat itu, perasaan bimbang datang.
"Tahun depan dah 28 tahun. Lepas tu 29, lepas tu dah ada pangkal 3"

Allah. Dalam kesenangan yang KAU beri (senang mendapat kerja disaat orang ramai masih terkontang-kanting berusaha mencari rezeki), rupanya ada yang KAU belum beri. Dan itu semua memerlukan usaha kami. Dan pada masa itu aku belum sedar, bahawasanya nikmat yang Allah beri itu ada bayaranNya.

Rezeki, untung, nasib, jodoh, pertemuan, hidup dan mati semuanya dalam ketentuan Allah. Dan Dila pernah beritahu yang dia pernah berkata "Tak pe lah ma, tak kawen pun tak apa, biar Dila jaga Ma, duduk dengan Ma"

Sampai macam tu sekali harapan Dila untuk jaga ma. Dan aku ikut terkesan, adakah sampai macam tu perasaan tanggungjawab aku untuk jaga family sendiri?

Untuk Dila. Barakallahufikum. Tak semestinya dah kawen tak dapat jaga Ma. Mungkin dengan pernikahan dan penyatuan ini, hasrat untuk menjaga Ma akan terlaksana? Tahniah untuk hadiah dari Allah ini. Dan semoga sentiasa kekal menjadi seorang Dila, seorang Dila yang menjaga, memahami, menyokong dan sentiasa menyayangi.

Kami yang tinggal. InshaAllah ada bahagian yang Allah tinggalkan. Fret not. Janji Allah itu pasti.

To all broken hearted out there. Cari diri sendiri. Sayangi diri sendiri sebelum sayangi orang lain. Jaga dan lindungi keluarga sendiri sebelum nak jaga dan lindungi keluarga orang lain. Jaga kebajikan keluarga sendiri sebelum jaga kebajikan keluarga orang lain. Dan moga Allah akan beri apa yang kamu perlu, bukannya apa yang kamu nak. InshaAllah.


Saat lafaz sakinah
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+