SweetMuslimah.com

Wednesday, June 17, 2015

Perkara yang membatalkan puasa saya!

InshaAllah kali ni, adalah Ramadhan ke 27 kali untuk KakSha. Ramadhan ke 4 di Tawau. Rasanya kan, kali ni macam cepat aje masa berlalu. Pejam celik-pejam celik, "Eh, dah sampai Ramadhan".

Teringat lagi masa sekolah-sekolah rendah dulu. Ada satu pagi tu tak sempat nak sarapan. Agaknya mak dah kejut punya nak rak, anak dia tak bangun juga. So my family terus aje sahur. Tapi tapi tapi yang tak boleh blahnye, lepas aje habis sahur, baru KakSha bangun. Adui, sadis sungguh rasa. Tapi kan, masa tu kecik lagi, so dengan innocentnya tanya mak

"Mak, boleh makan lagi tak?"

Sambil tangan dah pegang tembikai satu potong besar. Mak tak sampai hati, tak bagi makan nanti tak larat puasa, so kata boleh lagi makan. Yakin gile KakSha makan sahur dan puasa sampai petang. Padahal malam tak baca niat puasa. Ceh.

Ada sekali tu pulak, siap tanya kat mak.

"Mak, kalau kentut batal tak puasa?"

Serius tak tahu sangat benda-benda yang membatalkan puasa time tu. Gamble je tanya. Ni kalau esok-esok ada orang tanya soalan yang sama, mahu KakSha ketawa guling-guling. Hahahaha.

Untuk semua yang ada kekonfiusan atas benda yang nampak macam tak relevan, tapi malu nak tanya orang, ni ada some notes untuk clarify the questions. Hope it helps like magic! 

Perkara yang membatalkan puasa saya!

Pakai eye drop dan ear drop TIDAK membatalkan puasa. Sebab mata dan telinga bukanlah anggota yang terbuka.
Pakai nose drop membatalkan puasa. Sebab rongga hidung bersambung dengan tekak, which is lead to stomach. 

Beza antara INJECTIONs dengan FLUID adalah INJECTION (SUNTIKAN) ubat walaupun dalam bentuk cecair (like insulin).
 FLUIDS kompem-kompem air yang masuk dalam badan. Selalunya orang yang dehidrated. Kalau masuk hospital, kena masuk air, dah tak puasa lettew =D

Nose bleed TIDAK membatalkan puasa, sebab darah yang keluar tu adalah secara tidak sengaja. 
Derma darah MEMBATALKAN puasa tapi buat ujian darah TIDAK membatalkan puasa. Jangan keliru disitu ye adikku semua!

Hope this helps like magic.
Selamat berpuasa esok! 
Jangan lupa kunci jam untuk bangun sahur! =)

P/s: Korek hidung dengan sengaja batal puasa tak?Kalau jawab tak, meh sini KakSha tempelengkan dulu, baru sense of humor berada pada skala yang betul. Hehe =D



Perkara yang membatalkan puasa saya!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
June 17, 2015 at 4:50 PM

baru tau nosebleed tak batal puasa... tq2x
tahun lepas teringat pergi cari kuih raya kat jalan tar.. n tiba2 kakak nosebleed... dah la banyak...
so memang ingat batal puasa lah... balik umah.. terus dia masak nasi makan.. hehehe..
alang2 puasa dah batal dia cakap.. :)

Reply
avatar
June 18, 2015 at 2:10 AM

Nice sharing yer Sha... Salam Ramadhan dari Zumal...

Reply
avatar
June 18, 2015 at 10:56 AM

Terus masak nasi tu, ekekeke =D
Dasat betul

Reply
avatar
June 18, 2015 at 10:57 AM

Selamat menyambut Ramadhan Zumal =)

Reply
avatar
June 19, 2015 at 10:51 PM

Selamat berpuasa Sha...bestkan di tawau buka puasa awal tapi x best perlu bersahur awal

Reply
avatar
June 23, 2015 at 10:54 AM

Aah, waktu sungkai memang paling best, awal. Sahur je lah yang jeles dengan orang lain, hehe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+