SweetMuslimah.com

Monday, June 22, 2015

Pemandangan Menyeramkan Highland Tower selepas 22 tahun

Pemandangan selepas 22 tahun tragedi Highland Tower | Rasanya tragedi Highland Tower yang runtuh dan mengorbankan 48 orang penghuninya bukanlah berita baru. Runtuhnya Blok 1 dari 3 blok keseluruhan Highland Tower telah melakar satu sejarah pilu dalam lipatan kenangan negara.

Saksikan rakaman Projekt OFO (Ohsem Flying Objekt) dengan menggunakan Drone ke atas tapak Highland Tower yang telah ditinggalkan sejak sekian lama lantaran dikatakan berhantu.


Aku sendiri dah tengok rakaman video yang berdurasi hampir 10 minit ini. Bila tengok sendiri, boleh bayangkan sendiri betapa mewahnya kawasan penempatan ini suatu ketika dahulu. Tapi aku tengok dengan keadaan kelip-kelip mata, konon takut tiba unknown flying object tiba-tiba wujud? Nah, sakit jantung terus!

Buat yang takut (macam aku, kahkahkah), meh sini. Aku petik kata-kata Saiful Nang:

Tadi saya tonton orang share satu link video orang terbangkan drone menyusuri Highland Tower. Satu yang mengejutkan saya ialah, semasa bangunan itu ditinggalkan, bangunan itu elok sahaja.

Dalam video drone itu nampak gaya selepas Highland Tower ditinggalkan dan orang tidak berani mendekatinya disebabkan oleh katanya BERHANTU dan dicampur dari pengalaman saya sendiri yang pernah masuk ke tapak runtuhan itu, bolehlah saya simpulkan sedikit seperti yang berikut: 

Kesimpulannya, mana ada hantu.

Nak tahu keseluruhan ayat Saiful Nang, boleh baca sendiri kat SINI. Tak kuasa aku nak copy-paste panjang-panjang. 

Pernah ada cadangan untuk memajukan semula kawasan ini (pada tahun 2005), tetapi hasil penilaian yang dibuat memberikan keputusan bahasawanya kawasan ini tidak sesuai lagi untuk diduduki. Jadi, sampai sekaranglah terbiar usang begitu saja. Rugi betul rasanya kan?





Pemandangan Menyeramkan Highland Tower selepas 22 tahun
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

5 comments

Tulis comments
avatar
June 23, 2015 at 12:54 AM

rumah kakak ja dekat dengan bukit antarabangsa... so, kalau balik hujung minggu memang selalu nampak highland tower ni...
terfikir, sampai bila bangunan ni nak dibiarkan macam tu je...
dengan cerita, sebab all those victims haven't got their pampasan, that's why those buildings tak boleh dilupuskan...
entahlah.... nak cerita panjang2 pun, fakta tak ada... just cerita kat internet dengan cerita dari mulut ke mulut je... hehehe

Reply
avatar
June 23, 2015 at 10:21 AM

Kannn?? Rasa sekarang jadi seram sebab orang yang perangai lebih dari HANTU sendiri T_T

Reply
avatar
June 23, 2015 at 10:22 AM

Kalau betul diorang tak dapat pampasan lagi, pity them. Tapi rasanya insurance cover, kut lah

Reply
avatar
June 23, 2015 at 2:21 PM

Kalau majukan tempat tu pun rasa ngeri nak pergi

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+