SweetMuslimah.com

Tuesday, June 2, 2015

Tutorial: Pasang Iklan (Nuffnang / Adsense) disetiap entry

Tukar rumah lagi kan? Kata geng EFG "ni dah masuk kali ke-3 Sha tukar template". Haha. Bila dah tukar template, nampak macam cantik, tapi biasalah, mesti ada masalah lepas tu. Bloglist entah ke mana, susunan widget tunggang-langgang. Kod-kod iklan pun semua hilang (Kecuali iklan pada widget). Dah satu kerja nak setup balik semua benda. Pasang Iklan di entry semua tu.

Jadi, alang-alang dah betulkan semula kedudukan iklan-iklan bertuah tu, meh sini aku share tutorial letak iklan sebelah entry. Biasanya iklan yang sesuai untuk kedudukan ini adalah iklan berbentuk Large-Rectangular.

Pasang iklan dalam setiap entry
Halaman hadapan

Selalu iklan Large-Rectangular Nuffnang kita letak diantara entry dan berada di halaman blog kan? Tapi untuk pilihan ini, iklan Large-Rectangular tersebut tak akan kelihatan di halaman hadapan. Ia hanya akan keluar pada setiap post entry.

Pasang iklan dalam setiap entry
Iklan Large-Rectangular

TUTORIAL PASANG IKLAN DISETIAP ENTRY

1) Dashboard > Template > Edit HTML
2) Cntrl F > <data:post.body/>
3) Copy kod dibawah ini dan letakkan di atas <data:post:body/> tersebut.

Pasang iklan dalam setiap entry
Contoh kedudukan kod iklan di atas <data:post.body/>

**Kedudukan iklan di sebelah kiri
<div style="float:left; margin-right:15px;margin-bottom:15px">
>>KOD IKLAN<<
</div>
**Kedudukan iklan sebelah kanan
<div style="float:right; margin-left:15px;margin-bottom:15px">
>>KOD IKLAN<<
</div>

Jarak margin antara iklan dengan entry (margin right / left: 15px) boleh diubah mengikut kesesuaian. Paling sesuai pemilihan iklan di lokasi ini kepada blog yang mempunyai 2 atau lebih pengiklan. Nak letak iklan bisnes sendiri pun boleh. Lagi menguntungkan rasanya =)

Ada kajian mengatakan kedudukan iklan memainkan peranan penting dalam memikat hati pembaca. Jadi, kalau korang yang letak iklan ni, boleh buat kajian di blog sendiri. Setiap blog tak sama penyampaian dan pembacanya ye. =)


Kredit to: StrukturKodeBlog

Tutorial: Pasang Iklan (Nuffnang / Adsense) disetiap entry
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
June 2, 2015 at 4:06 PM

rasanya kak sha kena buat satu header.. so kat atas tu x de lah kosong sangat...
just my 1 cent thought.. heheh

Reply
avatar
June 2, 2015 at 4:08 PM

nice :)
thanks share this dear.

Reply
avatar
June 2, 2015 at 4:08 PM

Nak buat, tapi malas. Hehe. Lagipun tak berseni ha. Mintak tlg org je kut nanti =D

Reply
avatar
December 2, 2015 at 10:58 AM

terima kasih atas info tapi boleh ke iklan nuffnang dengan adsense diletakkan bersama , kena band tak nanti sis
tq
http://akufisio.blogspot.com/

Reply
avatar
December 2, 2015 at 11:25 PM

Ok je. Tak ada masalah letak iklan Nuffnang & Adsense. Target market untuk kedua-dua pengiklan berbeza. Jadi tak ada isu Nuffnang ban blog kita :)

Reply
avatar
February 17, 2016 at 1:15 PM

Adakah memasang iklan adsense sama mcm nuffnang dan boleh ianya dipasang bersekali....

Reply
avatar
February 18, 2016 at 4:29 PM

Sama je cara dia dan boleh dipasang sekali. Tak menganggu kedua-dua iklan pun.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+