SweetMuslimah.com

Saturday, June 27, 2015

Panduan menghias kediaman menjelang Hari Raya Aidilfitri

Menjelang lebaran nanti, semakin kuatlah azam nak menghias rumah, kadang-kadang nak beli perabot baru dan cat baru. Tapi sebenarnya, jika kena dengan gaya, perabot lama yang dibuat sedikit penambahbaikan akan nampak seperti perabot baru.

Begitu juga pada sesetengah ruang didalam rumah. Dengan sedikit 'trick' mix-and-match, kita boleh menghasilkan dekorasi ruang yang berbeza daripada sebelumnya. Tidak membebankan poket lantas wang yang ada boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih memerlukan.

Panduan menghias rumah menjelang Aidilfitri

Ikuti panduan yang bernas dalam menghias kediaman agar tidak terlalu serabut atau melebih-lebih kala lebaran nanti.

Panduan menghias kediaman menjelang lebaran
1) Tidak semestinya anda perlu membeli perabot baru, ada kalanya hanya dengan sedikit sentuhan pada perabot lama dapat mengubah wajah perabot sedia ada, bagaikan perabot baru. Misalnya menukar warna atau menyapu varnis pada perabot kayu.

2) Pilihan warna pastel masih lagi pilihan rona terbaik untuk kediaman. Ronanya lembut dan menenangkan.

3) Elakkan menghiasi kediaman dalam rona sedondon dengan baju raya anda sekeluarga, yakni bagi anda yang bercadang mahu menggayakan baju raya warna sama.

4) Gubahan bunga memberi sentuhan lembut pada tata gaya dekorasi. Gunakan bunga segar jika mahu.
Panduan menghias rumah menjelang Aidilfitri

5) Lakukan revamp dekorasi rumah dengan menukar kedudukan perabot. Ini adalah cara paling mudah dan cepat menghidupkan wajah kediaman.

6) Kebersihan adalah perkara penting. Tiada guna anda menghias kediaman dengan perabot yang cantik dan mewah jika setiap sudut berhabuk juga lantai tidak di mop dengan bersih.

7) Pasangkan lilin beraroma untuk membangkitkan mood yang segar.

8) Usah lupa pada soal pencahayaan. Ia adalah elemen penting menghidupkan dekorasi.

9) Sediakan set pinggan mangkuk dalam rona yang sama atau senada kala menjamu tetamu. Hidangan raya anda juga tampak lebih menyelerakan.

10) Jika boleh usah letakkan barang perhiasan rumah seperti pasu kaca, bingkai gambar di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak kecil. Tahu-tahu sajalah apabila hari raya, tetamunya terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

Panduan menghias rumah menjelang Aidilfitri

Kredit: Eh


Panduan menghias kediaman menjelang Hari Raya Aidilfitri
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments
avatar
July 1, 2015 at 5:19 AM

Wah menarik juga ni..blh la cuba utk rumah sendiri..

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+