SweetMuslimah.com

Friday, June 5, 2015

Merasai gegaran gempa bumi di Ranau, Sabah

Pagi tadi bila sampai kolej, kecoh staf-staf kolej kata rasa gegar macam gempa bumi. Sampaikan barang-barang bergoyang, pandangan pun berpinar-pinar. Siap ada staf yang berlari keluar bangunan, punyalah takut. Dan bila surf internet, rupanya betul. Ada gempa bumi yang baru terjadi pagi tadi waktu orang tengah bersiap-siap nak pergi kerja, pukul 7.15 pagi di kawasan Ranau sana tu!
Malaysian Meteorological Department update pasal gempa ni lambat. Sejam kemudian. Ini mungkin sebab office hour bermula pukul 8.00 pagi. Lagipun, mereka nak dapatkan maklumat yang sahih berhubung perkara ini. Geng-geng kolej dapatkan maklumat lebih awal dari website ini.
Walaupun gempa di Ranau yang berjarak 500km dari Tawau, tapi gegaran masih lagi dirasai sampai ke sini. Bayangkan mereka yang berada di pusat gempa, apalah yang mereka rasa kan? Gegaran 6.0 skala richter dah mengakibatkan jadi begini.
 SMK Ranau
SMK Ranau
Petronas Ranau
*gambar dari group Whatsapp

Jika dilanda dengan magnitud yang lebih tinggi, tak tahulah apa yang akan terjadi. Lebih teruk, mungkin melibatkan kemalangan jiwa? Who knows? Kuasa Allah. Kalau Allah nak tarik balik apa yang dia bagi, sekejap aja jadi. Kun Fayakun.

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117

Berhubung dengan katanya baru-baru ini ada pelancong yang berbogel atas Gunung Kinabalu? What the heck? Akal pendek betul nak tunjuk tu semua. Dah tak ada cara yang lebih bertamadun untuk menzahirkan perasaan bangga dapat menawan Gunung Kinabalu? Haish. Semakin tua dunia, semakin maju teknologi kononnya, semakin kita kembali ke zaman dan pemikiran jahiliah. Shame.
Jangan percaya yang semangat gunung kononnya marah sebab kes pelancong tadi tu, so terjadilah gempa tersebut. Kalau percaya dah jatuh kufur. Astaghfirullah. Cukuplah percaya Allah nak bagi peringatan kepada hamba-hambanya. Allah sayang, itu petandanya. Peringatan untuk diri aku sendiri dan orang lain.

Buat yang terlibat, semoga dijauhkan dari segala kemudharatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Bertabahlah, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Percaya, be positive. Moga Allah ganti dengan yang lebih baik.


P/s: Kali ni, dah masuk kali ketiga rasa kesan gempa bumi sepanjang di Tawau. Semuanya agak kuat dan buat rasa berpinar-pinar macam mabuk laut. Kalau tengah tidur pun boleh terbangun. Dan 4 kali sepanjang sejarah hidup. Korang dah berapa kali?





Merasai gegaran gempa bumi di Ranau, Sabah
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

9 comments

Tulis comments
avatar
June 5, 2015 at 9:46 AM

Tulah..pagi tadi masa otw gi kerja dengar pasal gegaran kat sabah... Apa2 pun harap tidak ada benda2 buruk yang berlaku dan semuga dipermudahkan segalanya bagi rakyat sabah khususnya...

Reply
avatar
June 5, 2015 at 9:49 AM

byk sgt maksiat berleluasa sekarang ni xkira di mana2 sahaja..byk2 berdoa semoga selamat..:)

Reply
avatar
June 5, 2015 at 9:51 AM

Kawan bagitahu, gunung kinabalu pun, certain part runtuh. Bahaya juga tu

Reply
avatar
June 5, 2015 at 9:52 AM

Betul. Ini peringatan Allah. Semoga bagi pengajaran untuk semua

Reply
avatar
June 5, 2015 at 10:21 AM

takutnya.....semoga selamat semuanya

Reply
avatar
June 5, 2015 at 3:09 PM

x penah rs... tp kalu g klcc selalu rs gegaran tu pun da takut...

Reply
avatar
June 5, 2015 at 9:42 PM

Seriau bila dapat tau pasal gempa kat Sabah. Huhuhu Tak pernah lagi dapat pengalaman ngeri macam nie. Dan semoga takkan pernah dapat T_T Apa apa pun, semoga semuanya okey. In shaa Allah.

Reply
avatar
June 8, 2015 at 10:38 PM

macam2 dah kejadian, nak kita ingat pada yang SATU =)

Reply
avatar
June 24, 2015 at 3:35 PM

Ya Allah selamatkanlah bumi Malaysia ni..walaupun dianggap bukan dalam kawasan gempa kita harus berhati2

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+