SweetMuslimah.com

Wednesday, June 10, 2015

Letak Iklan Nuffnang, Google Adsense & Simba SSP di Blog

Letak Iklan Nuffnang, Google Adsense & Simba SSP di Blog

Biasa dengar pasal Nuffnang kan? Dan ramai blogger yang pasang Nuffnang di blog masing-masing. Aku sendiri pun selalu update pasal Nuffnang kat blog aku sampai korang naik muak. Eheh =D

Apa yang bestnya pasal Nuffnang ni?

Kalau korang jenis mesra alam, rajin bertanya (hantar tickets), rajin update, mesti sangat best bersama Nuffnang sebab Nuffnang banyak memberikan peluang untuk ke media events, product launching, free movie tickets and so on. Peluang jana pendapatan melalui iklan CPC dan CPUV pun ada. Setiap klik CPC untuk ahli glitterati Nuffnang akan dapat 0.25 sen/klik berbanding 0.15 sen/klik untuk non-glitterati member.
Boleh baca:-
Korang search aje Nuffnang kat blog aku. Nanti keluar semua pasal Nuffnang.

Apply Google Adsense 

Tapi selain dari itu, aku ada juga apply Google Adsense. Sebab Google Adsense bayar earning dalam USD. Wow, bestnya. Jadi tergoda gitu. Dan jangan risau, bila apply dan letak Google Adsense bersama-sama Nuffnang, status Glitterati Nuffnang tak akan berubah. Masih Glitterati. Masih lagi mendapat CPC klik sebanyak 0.25 sen/klik.
Berminat nak apply Google Adsense, boleh baca dulu entry-entry aku sebelum ni macam mana nak apply Adsense. Lagipun sekarang untuk blog bahasa melayu apply Adsense semakin mudah.
Boleh baca:-

Apply Simba SSP

Dah ada Nuffnang & Adsense, gatal tangan juga nak apply Simba SSP. Apa benda Simba SSP ni? 

Simba SSP adalah syarikat pengiklanan hasil kolaborasi Geniee SSP dan Transcosmos untuk menyediakan SSP (supply-side-platform) tertumpu di ASEAN region. Kalau biasa atau pernah dengar pasal Geniee SSP, mesti tahu yang Geniee SSP requirement untuk PV dan UV dia tinggi. Untuk blog semput aku, tak tercapai rasanya.

Tapi, Simba SSP belum menetapkan berapa requirement untuk apply.
Simba pay earning in USD atau JPY. Boleh pilih Japanese Yen atau US Dollar. Pembayaran pun boleh pilih melalui 2 cara, sama ada direct wire atau Paypal. 

Boleh layari: http://www.simba-digital.com/ untuk keterangan lanjut.

Kedua-dua pengiklanan ini, Simba Dan Adsense bayar earning dari hasil dari trafik. Jadi, kalau nak maksimumkan pendapatan blogging dari trafik yang tinggi, mungkin korang boleh apply untuk pengiklanan ini.
Letak Iklan Nuffnang, Google Adsense & Simba SSP di Blog
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

16 comments

Tulis comments
avatar
June 10, 2015 at 10:04 AM

terima kasih sha. Cik Ti kena reject ngan adsense...huhu

Reply
avatar
June 10, 2015 at 10:10 AM

Boleh apply Simba Cik Ti. Iklan pun best. Tapi kadang-kadang keluar bahasa Jepun, ekeke =D

Reply
avatar
June 10, 2015 at 10:48 AM

Sy dulu pernah pakai google adsense. Dapatlah 2 kali cheque.. bila tukar ke RM..sedap mata memandang. Pas tu tiba2 kena terminate.. tak tahu sebab apa...
Anyway, sekarang just guna Nuffnang tapi bagi mereka yang nak generate pendapatan sampingan, for me terlalu slow dan sikit... berbulan2 baru dapat tak sampai 100 depends on yr blog traffic..ahaksss. Nama pun pendapatan sampingan kan...

Reply
avatar
June 10, 2015 at 10:51 AM

Wah mcm best je..
Thanks utk info kak sha..
#EFG

Reply
avatar
June 10, 2015 at 12:03 PM

wah..baru tau pasal simba tu

Reply
avatar
June 10, 2015 at 2:47 PM

Betul. Dah namanya sampingan, cam gitu lah je la =D

Reply
avatar
June 10, 2015 at 2:47 PM

Boleh try CC. Sekejap aja proses dia. Tau-tau aja dah keluar iklan kat blog =D

Reply
avatar
June 10, 2015 at 2:48 PM

Sha pun kebetulan tau dari sape ntah. Saje je try. Hehe ^^

Reply
avatar
August 15, 2015 at 5:13 PM

akak, kalau apply simba tu, status glitterati brubah tak?

Reply
avatar
August 15, 2015 at 6:33 PM

Setakat 2 bulan letak simba sekali dgn nuffnang, status glitterati tak berubah. Masih glitterati. =)

Reply
avatar
August 15, 2015 at 6:44 PM

terima kasih kak, laju betul akak komen :) thanks jugak sudi jenguk dan komen di blog saya. sebagai hadiah, saya follow blog akak :P

Reply
avatar
August 17, 2015 at 3:45 PM

Followed back =)
Btw, Simba ok juga kalau nak apply buat tambah side income berblog =)

Reply
avatar
November 30, 2015 at 2:56 PM

First time dengar psl 'Simba'. Sblm ni tau Simba lion king ja.... :D

Reply
avatar
December 2, 2015 at 11:30 PM

Kihkih. Iye. Simba Lion King memang femes :p

Reply
avatar
December 4, 2015 at 11:54 AM

Asalam kak..sy punye nuffnang dah tak geli ratiii.......sy taktau apa punca..mungkin dekat setahun tak update blog..huhu..baru daftar adsense..dah lepas...tapi status die new..mcm mne ye??

Reply
avatar
December 4, 2015 at 12:01 PM

Untuk Nuffnang, kalau sehari tak ada active visitor atau uv, status glitterati automatik bertukar kepada non-glitterati.
Untuk Adsense, status new tu macam mana? Tak berapa faham, hehe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+