SweetMuslimah.com

Monday, June 22, 2015

Keluar dari saf solat terawih pada rakaat kedua

Assalamualaikum. Hai.

Ini cerita semalam sebenarnya. Terawih semalam. Seperti biasa, kami bersolat terawih di masjid berdekatan, tapi semalam terlambat 5 minit keluar dari rumah. Sampai je masjid, parking penuh (as usual), so parking jauh sikit. Dan bila masuk je masjid, serius rasa nak terkeluar air liur. PENUH!

Berjalan dari belakang sampai depan, langsung tak ade ruang nak mencelah. Jadi berdiri ditengah-tengah saf. 

Kitorang tunggu juga sampailah ada seorang makcik ni kata “Boleh masuk dalam bilik kat depan tu”. Sebelum tu, meh aku tunjuk layout masjid ya!


Dari kawasan wanita, kitorang masuk ke (tempat kami). Bilik itu adalah bilik persediaan masjid. Masa kami masuk tu, rasanya ok saja. Hamparkan tikar dan bersedia untuk mulakan solat. Lepas tu, bertambah lagi jemaah wanita masuk ke dalam bilik ini, dan disinilah bermulanya segala keraguan.

1) Mula sahaja solat Isyak, jemaah wanita dalam bilik ini sudah memanjang sehingga membentuk saf dihadapan jemaah lelaki. Masa ni aku dah konfius, haish. Mana boleh solat depan jemaah lelaki kan?
2) Dari jauh (hasil mengintai dari tirai kamar, ahaks), nampak macam kedudukan imam didepan kami sedikit. Kira ok lah. Kemudian, jemaah yang lain ambil keputusan untuk berganjak ke hadapan sedikit. Masa ni dah risau. Yakin je gerak ke depan macam ni, rasanya dah mendahului imam?

Jadi, kami solat dengan rasa was-was. Siapa yang jadi imam ni? Kami ke imam? Jadi, bertahan sampai solat terawih pertama sahaja. Lepas tu terus cabut keluar balik rumah.

Keluar masjid pun kan, masyaAllah. Penuhnya manusia yang solat di luar, sebab dalam masjid dah penuh. Ish ish ish. First time nampak macam tu, speechless. 

Nak buat hukum sendiri atau decide yang mana betul atau salah, rasanya aku pun tak sehebat itu. Tapi, bila perasaan was-was dah datang, hmmm. Baiklah berhenti dan laksanakan solat yang baru. Kan? Jadi, balik rumah, buat solat terawih sendirian berhad. Lagi aman dan tenang tanpa was-was.

Kita tengok hari ni pulak macam mana =)


Keluar dari saf solat terawih pada rakaat kedua
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
June 22, 2015 at 9:28 PM

Kalu da was2 tu better beredar... solat pn nnt x khusyuk

Reply
avatar
June 23, 2015 at 12:11 AM

fuhhh..penuh betul eh sampai boleh terkedepan dari imam...betul la tu...baik berhenti je la solat kalau dah was2...agaknya sampai akhir2 ramadhan camni jugak ke penuhnya..... :)

Reply
avatar
June 23, 2015 at 1:00 AM

Wah betul2 penuh masjid eh...takpela....asalkan boleh sambung terawikh dekat rumah pun ok kan..

Reply
avatar
June 23, 2015 at 10:27 AM

Betul. Tapi alhamdulillah, semalam ok =)

Reply
avatar
June 23, 2015 at 10:28 AM

Tak tahu lah hujung-hujung nanti macam mana. Bila dah bizi nak shopping & buat kuih raya, who knows? =D

Reply
avatar
June 23, 2015 at 10:32 AM

Bila jadi macam ni, memang solat kat rumah adalah penyelesaian terbaik. =)

Reply
avatar
June 23, 2015 at 11:15 AM

was-was tak boleh kata apa.. tindakan yg bagus. / balik rumah tetap buat terawih. good.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+