Wednesday, June 3, 2015

# Info

Keindahan bunga sakura di Tawau

MUSIM BUNGA SAKURA DI TAWAU

Dulu-dulu, kalau nak tengok bunga sakura, boleh tengok kat blog orang yang pergi melancong Jepun je. Takpun poskad. Jenuh nak cari poskad lawa, hewhewhew. tapi, sekarang ni dah tak payah menjelajah jauh-jauh naik kapal terbang atau kapal selam kalau nak saksikan bunga sakura. Sabah sendiri dah ada bunga sakura. Eheh. Ye ke? Bunga sakura dah berbunga di Tawau?

Kredit to: FB MyTawau

Sebenarnya bukanlah bunga sakura pun. Tapi ala-ala bunga sakura, kembar dia yang bernama bunga Tecoma yang berbunga sepanjang Jalan Persisiran Traulsen atau nama glemernya Highway. Aku dah banyak kali juga tengok bunga ni. Kat semenanjung pun galak berbunga jugak pokok ni. Ada sekali tu on the way ke airport KLIA. Rasanya sekarang pokok bunga ni memang berbunga dengan meriahnya di perlbagai tempat.

Pandai juga tukang ambil gambar ni kan? Style gambar dah macam lokasi luar negara. Kalau aku tak tahu Tawau ni, kena tipu hidup-hidup pun percaya kat Jepun ni, muehehehe. Nasib kenal jugak dengan kapal-kapal nelayan kat belakang tu.

Nah, nak kongsi juga pemandangan bunga sakura di daerah lain di Sabah.

Penampang Sabah, Mei 2015
sakura

Sandakan Sabah


Kredit: Melvister.com

Cantiknya. Kalau buat scene hindustan guling-guling pun syok juga. Asal guling-guling jangan sampai jatuh laut kat tepi highway Tawau sudah =D

16 comments:

  1. Cantiknya..wat shoot utk wedding photo pun lawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba nanti ada gambar pengantin guling-guling ala hindustan =D

      Delete
    2. boleh ja kalau pengantin tue sanggup

      Delete
  2. kat tempat pcl area Banting ni pon ada banyak pokok tecoma...tapi tengok lokasi jugak nak photo shoot ; bahaya tepi jalan raya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PCL. Tapi pokok tecoma ni memang banyak ditanam ditepi jalan. Tak boleh nak feeling-feeling bunga sakura sangat =p

      Delete
    2. tepi jalan yang paling cepat orang tengok

      Delete
  3. Dekatfakulti rekabentuk UPM pun ade bunga ni...
    dulu, selalu ambil gambar ala belajar oversea gitu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat salam perantau tu, confirm ingat kat oversea dah, ekekeke =D

      Delete
  4. Di kedah dan penang juga banyak ....seronok bergambar..hehe
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feeling-feeling musim bunga kat Malaysia, syok tu =)

      Delete
  5. wowwwww..... macam kat oversea je pemandangannya... memang cantik sangat2..

    ReplyDelete
  6. cantik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! tak yah g korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rara..pegi tawau suh sha bawa jalan2

      Delete
  7. Subhanaallah, cantiknya Sha :)

    ReplyDelete
  8. boleh buat gambar poster ni..cantik sangat

    ReplyDelete
  9. Cantik...kat sibu ada juga..tapi tak banyak lah..
    Kalau ditaman sepanjang tepi jalan,memang dah macam kat jepun kot..kikii

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+