SweetMuslimah.com

Tuesday, June 23, 2015

Juadah berbuka puasa: Nasi kerabu paling sedap

Nasi kerabu paling sedap | Semalam bagi memenuhi tuntutan nafsu perut yang katanya tak mahu makanan masak sendirian berhad, bergeraklah aku ke bazar Ramadhan. Sadis juga bergerak sendiri, gara-gara perut lah ni! Grrr.

Sampai di bazar seperti biasalah, pack, jam dah macam berada dalam tin sardin T_T. Lumrah bazar kan, ada ke bazar Ramadhan yang tak pack macam tu? Nak-nak pula dikala Ramadhan baru menginjak hari ke-5.

Kawan sekolej ada beritahu semalam, yang mereka ada membuka gerai menjual char kuey tiaw. Dengar bunyi CHAR-KUEY-TIAW pun rasa nak mengalir air liur. Jadi, tahan mulut, meronda bazar mencari sesuap char kuey tiaw.

char kuey tiaw paling sedap
Char kuey tiaw yang menjadi impian
.
.
.
.
.

Harapan tinggal harapan. Janji-janji manis palsu semua dusta. Mana ada char kuey tiaw!! Grrr. Ini mendatangkan perasaan sedih dan kecewa kepada orang berpuasa! Hilang fokus.

Bila balik rumah, tengok tangan, eh. Dah terbeli nasi kerabu pula.

Nasi kerabu paling sedap

Walaupun dalam polisterin, tapi yang pastinya, inilah nasi kerabu paling sedap yang pernah aku makan (tahun ini). Dari bukti nasi membukit, sampailah tinggal polisterin je. Langsai. Punyalah sedap hingga menjilat jari. Kalah member yang berbuka dengan kambing panggang!

Kenapa aku katakan paling sedap?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Makan masa lapar. Confirm semua benda jadi sedap tak terperi. Dan itulah rahsianya boleh makan sampai licin polisterin. Sekian.


Juadah berbuka puasa: Nasi kerabu paling sedap
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
June 23, 2015 at 11:47 AM

sedapnya char kuet teow tuuuuuuu

Reply
avatar
June 23, 2015 at 11:55 AM

Kak Eny plis plis plis masak & update resepi. Uhuhu.

Reply
avatar
June 23, 2015 at 12:52 PM

Sedapnyaaaa ! Fav ain ni. nasik kerabu, tetiba lapar . eh ? hahaha

Reply
avatar
June 23, 2015 at 1:26 PM

dah lama tak makan nasi kerabu..
#clickclicknufnang

Reply
avatar
June 23, 2015 at 2:18 PM

Zumal pun suka nasi kerabu gak...

Reply
avatar
June 24, 2015 at 9:39 AM

kalau pg bazaar ramadhan yumida pun suka beli nasi kerabu gak. nak buat sendiri x reti. sedapnye mi charkueyteow tu..telan air liur nengok

Reply
avatar
June 24, 2015 at 12:51 PM

haha tahun nie blom lagy merasa pegi bazaar Ramadhan ..semuanya masak kat rumah .. xtau knape xde mood nak hehhe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+