SweetMuslimah.com

Monday, June 1, 2015

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bakal bernikah Jumaat ini

HANIS ZALIKHA-HAIRUL AZREEN NIKAH

Celebrity blogger, Hanis Zalikha dan tunangnya, pelakon Hairul Azreen bakal bernikah Jumaat ini. Rasanya ramailah peminat-peminat luar sana, terutamanya peminat Hanis Zalikha yang menangis air mata darah, ye tak? Ekekeke.

 Hanis Zalikha-Hairul Azreen nikah

Aku sendiri, agak minatlah Hanis Zalikha. Tapi minat baca blog lah. Aku mula baca blog Hanis Zalikha (http://inibelogsaya.blogspot.com/) ni sejak zaman belajar lagi. Gaya bahasa sempoi, sometimes funny and not over reacted. Ahah. Cam gitu lah. Tapi sejak-sejak jadi pelakon & hos ni, dah jarang hupdate blog. Nak buat cane kan? Orang bizi. Tapi, insta & facebook ada aje update. So, kita lari ke sana pula ^^.

Hanis Zalikha-Hairul Azreen nikah

Hanis Zalikha-Hairul Azreen nikah

Memilih tarikh 5 Jun 2015 sebagai tarikh ijabkabul, majlis akad nikah tersebut akan diadakan secara tertutup selepas solat Jumaat bertempat di kediaman Hanis Zalikha di Bukit Jelutong. Siapa-siapa yang duduk area-area Bukit Jelutong tu, nanti roger-roger lah ye kalau nampak something suspecious, ekekeke =D

Tapi, yang minat gilos depa dua orang ni, boleh serbu rasanya majlis resepsi Hanis Zalikha dengan Harul Azreen ni pada 14 Jun 2015 di Hotel Majestic, KL. Serbu ramai-ramai ye, muehehehe.

Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia bersama hingga ke syurga =)


P/s: Sama pulak tarikh nikah HZ-HA ni dengan tarikh nikah housemate tersayang, Adila Hanim. Buat housemate, selamat menempuh alam & kehidupan berumah tangga. Semoga dipermudahkan segala urusan, dunia & akhirat. Dan semoga berbahagia bersama sehingga ke Jannah. 

Must read:



Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bakal bernikah Jumaat ini
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+