SweetMuslimah.com

Saturday, June 27, 2015

#Cabaran20Hari | Apa Erti Puasa Pada Anda?

#Cabaran20Hari Erti Puasa Pada Anda | Dah masuk hari ke-9 kita berpuasa kan? Dah nak masuk satu pertiga dari keseluruhan puasa. Macam laju je rasa kan? 

Jadi, apa ertinya puasa pada anda? Takpe. Tak payah jawab dulu. Fikir dulu, simpan sebab aku nak share dulu erti puasa pada aku, ahaks.

Erti puasa pada seorang Shahira (dahulu)
Seingat aku, aku mula berpuasa penuh seawal usia 9 tahun, darjah 3 masa tu. Tak ingat macam mana boleh mula berpuasa penuh, tapi memang aku puasa penuh start umur 9 tahun! Tak tipu tau!

Ada juga kenangan tak puasa atau puasa 'yang-yang-yuk' sebelum tu. Hehe. Ada sekali tu, bangun lambat, dah terlepas sahur tapi nak juga sahur. So, mak bagi makan sepotong besar tembikai. Peh. Siap makan tembikai depan kawan-kawan on the way nak naik bas sekolah tuuuuuuuu. Haha.

Ada juga puasa separuh hari. Balik sekolah penat sangat, minum air milo sejuk fresh dari peti ais balance sahur pagi tadi. Ya Allah, boleh bayangkan tak heaven nya minum milo sejuk time tengahari? Meleleh air liur bila ingat. Haish. Haha.

Tapi lepas dah pandai puasa penuh, yang bestnya mak akan masak sedap-sedap sebab nak bagi reward anak dara dia dah boleh puasa penuh (Padahal setiap hari mak masak sedap, ahaks). Jadi rasanya dah sedia nak terus puasa untuk tahun-tahun berikutnya =)

Sedia untuk menempuh bulan Ramadan?
InshaAllah, sebelum sampai Ramadhan pun, aku dah sedia nak menempuh Ramadhan. Siap kira-kira, "Lagi berapa hari nak sampai Ramadhan ni?"
Erti puasa pada anda
Pada aku, Ramadhan mengajar kita lebih memperbaiki diri sendiri, lebih dari hari-hari biasa. Selain maksud Puasa yang bermaksud menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari, Puasa juga mengajar untuk menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk dan sia-sia. 

Maksudnya Puasa ini selain tak makan dan minum, Puasa juga membentuk sahsiah kita menjadi lebih baik, dan berterusan ke bulan-bulan seterusnya. Puasa is a kickstart!

Erti puasa pada seorang Shahira (sekarang)
Bila puasa sekarang boleh bantu diet lebih cemerlang, ahaks. 
Kadang, bila rasa terlalu jauh, hati macam keras sikit, dah kurang perasaan belas tu, aku akan berpuasa. Sebab dengan puasa ni, ia akan ingatkan aku kepada kekurangan-kekurangan orang lain, tapi aku ada. Orang lain kurang makan, tapi aku terlebih makan. Huhu.

Kejayaan berpuasa dengan cemerlang, itulah yang membuatkan Hari Raya kita lebih bermakna. After all, Aidilfitri adalah hari ganjaran kepada umat Islam, selepas sebulan menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah. Barulah rasa Riang Ria Raya tu gila best dan meriah! Syahdu betul masa minta ampun pagi raya tu. Ahaks.

Semoga dengan puasa ini, dapat memupuk kesabaran, kejujuran, toleransi dan sifat tolak ansur dalam diri aku, lantas menjadikan aku seorang Shahira yang lebih baik pada kini dan masa akan datang, inshaAllah.

Ramadhan is a kick start! =)
Apa erti puasa bagi anda?


P/s: Ini adalah peraduan #Cabaran20Hari Puasa /Raya 2015 yang dibawakan khas oleh #ExchangeFeedGroup sempena Ramadhan dan Syawal ini. #Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri. Mudah saja, hanya buat entry mengikut kepada tajuk yang diberikan. 
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
-Klik banner untuk turut serta-

#Cabaran20Hari | Apa Erti Puasa Pada Anda?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
June 27, 2015 at 6:46 PM

Mengajar diri menahan dari marah dan tidak sabar..
Kalau dulu asyiklah nak marah tapi semakin hari Alhamdulillah walau tidak secara total.

Reply
avatar
June 27, 2015 at 7:02 PM

Wah, dari 9 tahun dah berpuasa penuh yer... Zumal masa tu puasa sekerat hari je...

Reply
avatar
June 30, 2015 at 11:53 AM

wah ada harapan dia nak menang duit raya ni huhu :D

Reply
avatar
July 1, 2015 at 5:17 AM

Wah menarik perkongsian sha..

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+