SweetMuslimah.com

Monday, June 15, 2015

Benda terbang depan kereta di airport

Semalam macam biasa, KakSha jemput kawan seopis, orang semenanjung yang baru balik dari kursus di airport. Jemput malam, dan keluar rumah dalam pukul 7.00 malam gitu. Masa keluar tu, hari dah gelap gelita, tapi belum capai tahap sunyi sepi.

Kalau disini, pukul 7 tu dah macam pukul 8 malam. Tapi tak ada masalah. I is brave what even keluar sorang-sorang. Lagipun, nak kata penakut, masa ni lah nak tolong kawan. Its like "I cover your back, u cover mine". Wah gitu, speaking London lagi, kehkehkeh.

Perjalanan dari rumah KakSha ke airport ambik masa dalam 30 minit leasure driving, 20 minit kalau drive macam pelesit. Tapi KakSha selalu ambik masa dalam 25 minit gitu. Tak rush sangat, tak siput sangat.

Sepanjang jalan ke airport tu, mostly lalu ladang kelapa sawit, ada sikit taman perumahan & kampung-kampung. Ok lah, boleh nampak orang lalu-lalang juga. Sampai satu kawasan kampung tu, tiba-tiba banyak pula adik-adik bawak motor follow belakang kete. Siap follow rapat pulak tu. Haish. Bahaya ok macam tu. Dibuatnya KakSha break mengejut? Dah tercium bontot kereta Ferrari KakSha. Grrrr.

After a while, sampai simpang nak ke airport. Dari simpang masuk tu, adalah dalam 3 km lagi. Dan jalan best, sebab lurus macam Highway Plus 2 lorong. Bila dah masuk kononnya highway, darah membara nak merempit pun datang. Dah lama ok tak merempit. Last masa study kat UTM 3 tahun lepas. Grrr. Semangat membara, let's set---GO!

Sampai separuh jalan, Er. Nampak macam ada benda tengah terbang depan kereta. Pandang keliling, dah la ladang kelapa sawit. Lampu jalan malap. Er. Check dulu tingkap semua tutup rapat. Pintu semua dah lock. Pasang dulu radio IKIM.

Benda terbang depan kereta di airport
 "Tiga malam, tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rupanya.....

Orang naik motor.
Lampu mati.
Pakai baju hitam.

Ohemji. Nasib tak betul-betul terbang T_T

Rasanya dah banyak kali iklan Kesedaran sivik untuk pengguna jalan raya, khususnya penunggang motorsikal untuk mempraktiskan langkah-langkah keselamatan. Antaranya memakai pakaian yang sesuai, terutamanya ketika malam hari. Contohnya pakai vest yang terang warna hijau tu. Sebatu jauh pun dah nampak. Glow in the dark.
Benda terbang depan kereta di airport
 You all pakai gini, I will love uol to the moon and back =D

Tolong fikirkan nyawa dan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. Kalau tak risau kena langgar, rasanya ada je orang yang risau nak melanggar. 

Heh. Please, fix the lights and wear something bling-bling. Dan cars driver, kalau nak merempit, sila merempit di Litar Sepang. Kak Sha merempit takpe. Kehkehkeh. 

Dan Alhamdulillah, Im safely arrive, fetch my friend and safely reach home. Tido dengan lena dan esoknya (which is today) dibambu dalam meeting. Ohmai. What a life! =D

P/s: Rempitan paling hebat pun 100 km/h T_T.

Kredit gambar: Oldsuperbikeowner

Benda terbang depan kereta di airport
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments
avatar
June 16, 2015 at 12:05 AM

hahaha..jantung yong dah dupdapdupdap td..haish, tuela, pengguna jalan raya masih kurang kesedaran sivik skrg.malang tak berbau

Reply
avatar
June 16, 2015 at 12:14 AM

dah la baca malam2 aiseh betul, nasib bukan en H hahaha

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+