SweetMuslimah.com

Thursday, June 11, 2015

9 kes kematian akibat MERS di Korea Selatan

Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Korea Selatan

Sejak dari kes pertama Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) yang dilaporkan di Korea Selatan, sebanyak 108 kes telah dicatatkan dengan sebanyak 9 kes kematian akibat wabak tersebut.

Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS)
PEKERJA berpakaian perlindungan menyembur pembasmi kuman dalam tren Metro Seoul di Goyang, Korea Selatan, hari ini. Kerajaan Hong Kong mengeluarkan amaran merah terhadap kunjungan ke Korea Selatan.

Dua kematian terbaru membabitkan seorang wanita berusia 75 tahun dan seorang lelaki berusia 62 tahun. Kedua-dua mereka dijangkiti virus tersebut di Samsung Medical Centre, hospital utama di Selatan Seoul. 


Tiga lagi jangkitan baharu disahkan di tiga hospital berbeza, termasuk dua di Daejeon dan satu di pinggir Seoul.

Nampak gayanya, dengan penularan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) ini, agak tidak selamat untuk kita berkunjung ke Korea Selatan pada masa ini. Pada yang dah beli tiket untuk berkunjung ke negara tersebut, hurm. 


Sumber: Berita Harian
9 kes kematian akibat MERS di Korea Selatan
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
June 11, 2015 at 1:28 PM

Keselamatan perlu diutamakan...
hidup manusia bukan macam dongeng kucing... ada 9 nyawa.. :

Reply
avatar
June 11, 2015 at 3:48 PM

Moga kita kat sini sentiasa dilindungi ^-^

Reply
avatar
June 12, 2015 at 5:15 PM

Betul. Nyawa ni memang sangat berharga. Once gone, gone forever....

Reply
avatar
June 12, 2015 at 5:16 PM

Takut kan? MERS ni berjangkit melalui udara. Bahaya sangat!

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+