SweetMuslimah.com

Friday, June 19, 2015

7 idea hidangan sahur yang ringkas dan mengenyangkan

Bila dah mula puasa ni, masa duduk rumah mak abah, selalu mak tanya nak berbuka apa hari ni? Suggestion yang keluar memang dahsat. Macam-macam nak makan, ye tak? Kalau dapat pergi bazar tu, peh. Tak cukup kaki tangan nak bawa balik plastik. Kena import geng tolong lagi. Ahaks =D

Tapi kadang-kadang kita selalu lupa yang selain berbuka, sahur juga memainkan peranan penting. KakSha kalau tak bangun makan sahur, rasa sehari tu lambat je masa berjalan. Dah macam siput rasanya. Tengok jam, "Eh, baru pukul 11 pagi?". Dah la perut bukan main bergendang T_T

Sebab itu pentingnya untuk makan sahur. Hidangan sahur yang mudah dimasak aka ringkas (sesuai untuk KakSha yang 'liat masak tapi nak makan sedap'), mengenyangkan dan yang paling penting berkhasiat

7 IDEA HIDANGAN SAHUR YANG RINGKAS DAN MENGENYANGKAN

1. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang & hirisan pisang
Peanut banana
Mentega kacang mempunyai kandungan serat yang tinggi, di samping kaya dengan protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Pisang pula merupakan sumber tenaga. Pengambilan pisang dalam amalan pemakanan mengekalkan tenaga dalam tempoh yang lebih lama.

2. Roti bakar gandum (whole wheat) + tomato & telur mata
roti telur
Gabungan biasa untuk sandwich yang ringkas tetapi berkhasiat. Telur mempunyai protein yang tinggi dan sering dicadangkan untuk diambil pada waktu pagi.

3. Paket 'smoothie'
smoothie packet
Kisarkan beberapa pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan smoothie yang sedap dan mengenyangkan. Pilihan buah-buahan yang sesuai adalah kurma, pisang, epal, beri, mangga dan juga avokado yang mempunyai ras ayang berlemak. Sediakan gabungan buah-buahan ini didalam paket-paket kecil dan disimpan didalam peti sejuk. Mudah untuk dikisar terus setiap pagi.

4. Telur hancur + bayam + keju & dibalut dalam roti tortila
Hidangan sahur ringkas, kenyang dan berkhasiat
Bayam antara sayur yang mempunyai kandungi zat besi yang tinggi. Gabungan bayam dengan telur hancur, keju, cendawan serta tomato yang dibalut didalam roti tortila dapat mengenyangkan dan membekalkan tenaga yang berpanjangan.

5. Avocado + salad segar & telur hancur
Hidangan sahur ringkas, kenyang dan berkhasiat
Gabungan avocado, salad segar dan juga telur hancur mengenyangkan dan berkhasiat. Boleh dimakan begitu saja atau dibalut bersama roti tortila.

6. Oatmeal + susu segar + kekacang + strawberi
makanan untuk menurunkan kolesterol
Campurkan sekali oatmeal bersama susu segar sejuk bersama kekacang dan buah-buahan yang digemari seperti strawberi, kismis dan beri biru. Gabungan rasa masam dari strawberi dan susu memberikan rasa yang lazat serta oatmeal memberikan rasa kenyang berpanjangan.

7. Paket Oatmeal
packet oatmeal
Kisarkan oatmeal bersama-sama dengan buah-buahan yang disukai seperti epal, strawberi ataupun kismis. Ia boleh disimpan selama kira-kira seminggu didalam peti ais. Pastinya pilihan sahur yang mudah lazat serta digemari anak kecil!


Sumber: AstroAwani




7 idea hidangan sahur yang ringkas dan mengenyangkan
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
June 19, 2015 at 4:51 PM

Nice sharing... biasanya makn yg baki berbuka tu je..jrg masak.. Tapi perut melayu nk juga makan nasi.. Hehe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+