SweetMuslimah.com

Monday, June 8, 2015

4 tips rawat kulit "sunburn" secara semulajadi

Semalam kononnya ber one-day-trip ke pulau-pulau yang berada dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran di Semporna. One-day-trip sebab memang tak cadang nak tidur kat pulau pun. Sweet escape before hectic week (minggu exam). 

Taman Marin Tun Sakaran ni terdiri dari 8 pulau. Antaranya Pulau Bodgaya, BoheyDulang, Tetagan, Selakan, Sebangkat, Maiga, Sibuan dan Mantabuan. Kebanyakan pulau-pulau ini terhasil akibat dari letusan gunung berapi. Tapi semalam kami ke 2 pulau sahaja, Pulau BoheyDulang dan Pulau Mantabuan walaupun dalam pakej sepatutnya 3 pulau, BoheyDulang, Mantabuan dan Maiga. Nanti aku cerita kenapa kitorang sempat pergi 2 pulau sahaja.

Tapi, walaupun pergi 2 pulau aje, dan untuk sehari, panas terik memang tak boleh blah. Dah duduk tengah laut kan? Terima ajelah. Sampai rumah baru perasan yang dah serupa orang putih sunbathing. Kulit 'tan' plus 'sunburn' tahap 10. Wow. Adios amigos. Eh. Tiba-tiba tercakap bahasa apa pula ni? Ekeke =D

 4 TIPS RAWAT KULIT "SUNBURN" SECARA SEMULAJADI


4 tips merawat kulit sunburn secara semulajadi

Yogurt

Boleh guna semua jenis dan perisa yogurt. Tapi biasanya aku suka guna plain yogurt. Simpan dalam peti ais sekejap bagi sejuk. Lepas tu sapu di muka macam pakai mask. Gosok-gosok muka dengan lembut macam tengah buat skrub. Bersihkan muka dengan air suam. Kemudian cuci muka lagi sekali dengan air sejuk.
Yogurt  membantu menyejukkan dan mengurangkan sensitif kulit akibat 'sunburn'. Aku selalu juga buat mask yogurt ni. Seminggu sekali mesti buat. Sebab alang-alang dah beli yogurt buat makan, simpan sikit untuk muka. Amacam. Pandai tak? Mehmehmeh =D

4 tips merawat kulit sunburn secara semulajadi

Kentang

Rebus sebiji kentang saiz sederhana sehingga empuk. Kemudian lenyekkan dan sapu di seluruh muka. Biar kentang tersebut selama 20 minit hingga setengah jam. Sebelum cuci dengan air, gosok-gosok dulu macam tengah buat skrub, then rinse off.
Kentang membantu menyejukkan kulit, melicinkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. 

4 tips merawat kulit sunburn secara semulajadi

Putih telur

Ambil sebiji telur. Asingkan putih telur dari kuning telur. Kemudian sapu putih telur pada muka dan biarkan ia selama 10 - 25 minit atau sehingga putih telur tersebut kering. Setelah kering, cabut lapisan putih telur tersebut dari arah bawah muka ke atas.
Pakai mask putih telur ni membantu menegangkan dan mencerahkan kulit jika dibuat secara konsisten. 
Tapi, kalau ada beli EGG MASK yang tube dia warna putih tu pun sama juga. Kalau dah ada Egg Mask tu, guna saja lah. Tapi dah tak nama secara semulajadi la kan? =D

4 tips merawat kulit sunburn secara semulajadi

Tomato

Biasanya aku belah dua tomato dan terus gosok muka dengan tomato tersebut. Biar sampai mengering kemudian baru cuci bersih dengan air suam. Tapi, sesekali boleh juga tambahkan yogurt dalam rutin mask muka menggunakan tomato ni.
Caranya dengan kisar sebiji tomato bersama 2 sudu makan yogurt. Kemudian sapu campuran tomato-yogurt tersebut ke muka dan biar selama 20 minit. Bilas dengan air suam dan disudahi dengan air sejuk.
Gabungan tomato dan yogurt membantu menyejukkan dan mengurangkan kesan "sunburn" pada kulit dan menjadikan kulit licin kemerah-merahan. 

Okeh, itu sahaja 4 tips menggunakan bahan semulajadi untuk merawat "sunburn" yang selalu aku buat. Guna bahan yang mudah, yang selalu ada kat dapur rumah aku. Even dapur rumah bujang! Paling susah nak cari pun hanyalah yogurt sebab bukan selalu yogurt ada dalam peti ais, ye tak?

4 tips rawat kulit "sunburn" secara semulajadi
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
June 8, 2015 at 8:28 PM

muka cek selalu sunburn =( tak tahu dah nak buat apa..thanks sharing this info =)

Reply
avatar
June 8, 2015 at 10:45 PM

nak senang pakai sunblock, mencegah sebelum merawat, hihihi

Reply
avatar
June 9, 2015 at 2:20 AM

wahh..tq for sharing..skrg muka mmg tgh sunburn ni..adess

Reply
avatar
June 9, 2015 at 11:18 AM

Tq for the tips..kadang2 benda2 sekeliling yang selalu kita nampak ada banyak kelebihan dan kebaikannya... tak payah nak beli2

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+