Nurul Shahira:

Friday, June 5, 2015

# Info

Lagi 4 gambar kejadian gempa bumi di Sabah

Susulan kejadian gempa bumi yang berlaku jam 7.15 pagi di Sabah, dilaporkan daerah Ranau paling terjejas ekoran Ranau paling hampir dengan pusat gempa tersebut. Gegaran juga turut dirasai disekitar Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.


Ada rakan yang berasal dari Ranau Sabah berkongsi beberapa gambar kesan dari gempa bumi yang terjadi. Kesan paling significance adalah hilangnya sebelah telinga Donkey's Ears yang patah dan jatuh ke Low's Gully. Panar Laban Hut yang berdekatan dengan Laban Rata Guesthouse turut runtuh
Lokasi Panar Laban Hut dari Laban Rata Rest House
Panar Laban Hut 

Gambar Panar Laban Hut runtuh selepas gempa bumi 6.0 skala richter

Gempa bumi Ranau Sabah

Gempa bumi Ranau Sabah

Sebelah Telinga Donkey's Ears patah dan jatuh ke Low's Gully

Kiri: Donkey's Ears & Kanan: Sebelah telinga Donkey's Ears patah

Gunung Kinabalu runtuh kerana Gempa bumi Ranau Sabah

Pendakian Gunung Kinabalu ditutup kepada orang awam hari ini. Bongkah-bongkah batu yang masih jatuh bergolek dari atas gunung membahayakan nyawa semua yang berada di gunung tersebut.

Ini pula whatsapp dari Rozman, Ketua Program aka bos department aku di kolej. Currently sedang bercuti di Kota Kinabalu bersama keluarga dan merasai gegaran tersebut selama lebih kurang 15 saat. 

Menurut akhbar Berita Harian:

"Ranau dikenal pasti sebagai paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa. 
Sementara itu, gegaran susulan berlaku di Ranau jam 9.47 pagi tadi namun dilaporkan tidak sekuat gempa bumi pertama"





8 comments:

  1. scary. PG yang jauh dari ranau tu, memang terasa juga gegaran.

    ReplyDelete
  2. sampai ke puncak kinabalu pun terasa gegarannya..

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah semuanya dalam keadaan selamat :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. Only 15 seconds lot of destruction was happened.

    ReplyDelete
  5. Gempa bumi di Sabah adalah buatan manusia.

    http://bumiyangtercinta.blogspot.com/2015/06/manusia-sedang-mencipta-kiamat-didalam.html

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+