Nurul Shahira:

Wednesday, May 27, 2015

# Lifestyle

Susahnya nak membuat keputusan

Aduhai. Susahnya untuk membuat keputusan. Kalau lepaskan, rasa tidak adil dan mencemari prinsip. Tak bagi lepas rasa kasihan pula. Aduhai, dilema seorang pendidik sungguh!

Sebenarnya, apa yang dilema sungguh ni?

Begini ceritanya. Setiap kali hujung semester, mesti akan ada seorang dua pelajar yang boleh dinamakan sebagai 'buat perangai'. Buat perangai pun tak adalah teruk sangat. Dulu, pernah juga aku alami pelajar ni langsung tak masuk kelas dari awal semester hingga hujung semester. Tup-tup bila nak exam akhir, baru muncul. Aik. Pelik bin ajaib. Tahu pula minggu tu minggu exam?

Kredit: Google

Tapi, jalan penyelesaiannya waktu itu, kami sepakat memang tak benarkan pelajar tersebut memasuki exam akhir. Dalam erti kata lain, repeat semester lah. Lepas-lepas tu ada juga yang tenggelam timbul tenggelam timbul. Tapi tugasan semua dan beberapa ujian bertulis ada dibuat. Macam tahu-tahu saja minggu tu aku nak buat ujian atau amali. Muncul terus. Agaknya ada yang jadi spy di kolej ni =D

Dan baru-baru ini, seorang pelajar mengulang kembali kesalahan dulu. Sepanjang 13 minggu kuliah, dia hanya masuk 8 minggu sahaja. Baru-baru ini aku call, dikata pula berada di Kota Kinabalu uruskan penempatan untuk berLatihan Industri. Aduh. Komfem benar lulus semester ini gamaknya.

Dengan tugasan langsung tak buat, amali teknikal langsung tak ada. Masakan aku nak lepaskan begitu sahaja kan? Masalahnya pula, hari ni minggu akhir kuliah, baru tunjuk muka, katanya sanggup siapkan semua tugasan dan amali yang tak pernah dibuat sebelum ini. Pernah juga aku risik daripada kawan serumah. Katanya sebelum ini ada saja di rumah. Cuma memang tak hadir kelas. Agaknya kelas aku memang tak cukup menarik? Hmm.

Kalau bantu, tak adil untuk yang lain. Kalau tak bantu, perasaan kemanusiaan tu tebal sangat. Kenapalah aku punya rasa kasihan ni tebal sangat?

11 comments:

  1. buat keputusan dengan adil untuk semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang adil tu yang susah. Patutlah tanggungjawab tu berat untuk dipikul T_T

      Delete
  2. Sy memang benci bila dalam keadaan yang macam tu.. buat salah tak buat pun salah... macam kita pulak yang bersalah...ahaksss... apa2 pun kata orang biarlah salah buat keputusan daripada tak buat keputusan langsung..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha harap sangat tak buat keputusan yang salah. Tapi kalau dah salah nak buat macam mana. We learn from that mistakes..

      Delete
  3. takut tak adil pada pelajar lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Konsep keadilan ni susuah rupanya nak apply

      Delete
  4. hurm...boleh pulak tak hadir kelas erk...apapun sha....nipiskan sikit rasa kesian tu

    ReplyDelete
  5. muka garang tapi rupanya kak sha ni lembut orangnya. doa minta petunjuk :)

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+