SweetMuslimah.com

Wednesday, May 13, 2015

5 Produk Idaman Kalbu Cik Sha di Rakuten Malaysia

SHOPPING DI RAKUTEN


Pernah dengar nama Rakuten? R-A-K-U-T-E-N? Pernah tak? Alah, Rakuten ni adalah laman web untuk membeli-belah secara dalam talian yang terkenal tau! Kalau korang pernah shopping online di Zalora atau Lazada, jadi korang juga harus shopping di Rakuten. Kenapa macam tu pulak?

Rakuten Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan Rakuten yang beribupejabat di Jepun. Rakuten adalah syarikat e-dagang ketiga terbesar didunia, dengan modal pasaran global sebanyak US$13.9 billion (melebihi RM 40 billion)

Lagipun, dah ramai kawan-kawan Hakak Sha ko nih yang shopping di Rakuten. Diorang semua kata, servis tiptop, pilihan produk yang banyak, barang pun berkualiti, harga pun berpatutan. Dan yang paling penting, Rakuten selalu buat SALE yang buat air liur meleleh (Peh, metafora sangat, hiks)

Macam mana kalau korang shopping, dapat points dan points tu boleh digunakan semula untuk shopping lagi? Hah, Rakuten bagi keistimewaan itu untuk semua pelanggan dia. Dengan setiap RM 1.00 yang dibelanjakan, akan dapat 1 points. RM 1.00 = 1 points. Kumpul-kumpul points tu banyak-banyak, then u can shop for another items for FREE, just using the points. Best kan?

Jadi, dah meleleh air liur? Meh, shopping di Rakuten Malaysia sekarang. They having a big SALE now :) Eheh. Aku dah go through the web. Dan ada beberapa items yang aku nak nak nak nak nak (hambik ko, sampai 5 kali) sangat beli.

5 PRODUK IDAMAN KALBU CIK SHA DI RAKUTEN MALAYSIA


1. Coach Legacy Leather Flight Bag

Coach Legacy Leather Flight Bag
Aku memang suka sling back yang macam ni. Terutamanya pure leather. Sebelum ni pernah beli Coach yang lain, bukan material leather. Tak pandai jaga pula jadinya, kotor. Dah kena hantar dobi. 


Kalau patung pakai cantik, aku pakai kompem lagi lagi lagi cantik, muahahaha. Jadi, sangat berkeyakinan untuk beli henbeg ni.

Harga: RM 860.00 selepas diskaun (Harga asal RM 1,200.00)

2. Yoobao M4 YB-6024 10400mAH Master Power Bank


Yoobao M4 YB-6024 10400 mAh Master Power Bank


Dah lama cari Power Bank dari Yoobao ni. Bukanlah maksudnya di luar sana tak ada jual. Ada je. Tapi agak mahal. Kadang rasa macam dicekik-cekik bila nak membayar. Eh. Bukan. Harga cekik darah. Ha gitu. 

Aku nak beli untuk abah. Power bank lama dia dah hilang entah ke mana. Hari tu nak pegi Pulau Pemanggil takde power bank kan, makanya sebagai anak yang mithali (ehem, ada bakal mak mertua kat sini?), bagi ajelah power bank aku kepada En. Abah. Lagipun ape susah, pehni Rakuten Malaysia bagi power bank baru kan? Eheh *harapan*

Harga: RM 134.90 selepas diskaun (harga asal RM 157.60)


3. Carolina Herrera 212 VIP Eau De Parfum


Carolina Herrera 212 VIP Eau De Parfum Spray


Carolina Herrera 212 VIP EDP ni puaslah aku cium bau dia masa duduk rumah sewa dengan akak sepupu kat Gombak. Bau dia, peh. Cheq suka la uols, hiks :D

Lagipun, perempuan bekerjaya memang suka kumpul perfume, ye dak? Muehehehe. 

Harga: RM 367.00 termasuk GST


4. Trio Multifunctional Juicer / Smoothie Maker / Blender / Grinder


Trio TJEX-253 4 in 1 Multifunctional Juicer/Smoothie Maker/Blender/Grinder

Trio 4 in 1 Multifunction Juicer / Smoothie maker / blender / grinder ni memang best. All in 1. Boleh buat jus oren dengan smoothie. Tak payah nak tukar-tukar balang ke hape. Nak blend bawang dengan cili pun boleh. 

JImat ruang dapur beli barang 4 in 1 gini. 

Harga: RM 159.00 termasuk GST


5. Pobling Sonic Pore Cleanser Gen-5

POBLING SONIC PORE CLEANSER GEN-5
Aku teringin nak beli Pobling Sonic Pore Cleanser ni sebab dengar kata best. Macam buat rawatan spa tapi kat rumah sendiri. Pobling mampu untuk membersihkan kulit secara lebih mendalam, membuang sel-sel kulit mati yang ada dipermukaan kulit lantas menjadikan kulit lebih sihat dan cerah (ewah, lantas itu).

Konsisten guna Pobling ni akan membuatkan kulit bebas dari masalah kulit. Itu yang aku nak, muehehehehe. Nak pegi spa tak de duit, alternatifnya? Inilah. Tengok, pandai tak aku? Ekekekeke :D

Harga: RM 99.00 termasuk GST



Bila buka laman web Rakuten Malaysia ni, adoilah. Rasa nak pengsan. Terlalu banyak pilihan. Itu nak, ini nak. Semua nak lah. Berjam juga nak buat pilihan untuk 5 barang ni. Aku percaya, kalau korang masuk sini, kompem korang tak mau balik lagi dah. Amacam. Boleh percaya ke cakap Kak Sha ni? Hehe


Displaying scbloggercontest-2fb.jpg


Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai ini di Rakuten Malaysia
Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten
Anjuran ShopCoupons.
Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.




LET THE GAME BEGIN :)

5 Produk Idaman Kalbu Cik Sha di Rakuten Malaysia
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

5 comments

Tulis comments
avatar
May 13, 2015 at 11:59 AM

all the best
insya allah akn join jg nnt ;-)

Reply
avatar
May 14, 2015 at 7:36 AM

RAKUTEN? biasa dgr LAZADA je

Reply
avatar
May 14, 2015 at 11:59 AM

Jom join jugak Anis, meh meh meh. Klik aje link tu ye :)

Reply
avatar
May 14, 2015 at 12:01 PM

Hah, Itu sebab ade contest ni. Nak perkenalkan Rakuten dengan lebih jayanya :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+