Monday, May 11, 2015

# Info

Ada apa dengan UTM?

Tahun 2007 hingga 2011 aku belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Pada tahun-tahun belajar aku tu, rasanya tahun yang best lah kan. Sebab duduk dalam kelas yang 7 orang perempuan, 43 orang lelaki. Wow devas lah kan! Mehmehmeh

Aucak. Macam gatal bebenor pulak kan? Haha.

Tapi, masa aku belajar sepanjang 4 tahun tu, rasanya habis 1 UTM aku jelajah. Sampai ke Balai Cerap yang atas bukit nun lagi aku naik. Tapi, bila tengok balik senarai fakulti yang ada di UTM, rasa macam "Eh, aku macam tak pernah sampai situ lagi?"

Ape kes ni? 

Haha. Takpe takpe. UTM pun sebesar-besar tempat. Ada bangunan dan fakulti baru yang cantik ohmai ohmai. Tu yang tak perasan dah jelajah jadi Kak Long kawasan ke belum (Cover lettew, ekekeke)

Buat alumni UTM Dihatiku, meh ler kita sama-sama merenung kembali dinding-dinding bangunan dan menelusuri parking-parking yang kita tinggalkan. Buat adik-adik yang baru nak sambung belajar, meh ler berkenal-kenalan dengan fakulti yang ada kat UTM ni. Jangan sesat gi fakulti orang lain sudah, hehe :D

SENARAI FAKULTI UTM SKUDAI

Fakulti Alam Bina UTM
Faculty of Built Environment (FAB)
Fakulti Alam Bina
Aku suka pegi ke Arked Meranti yang berhadapan dengan FAB ni. Sebab pilihan makanan lagi banyak dan agak murah. Selalu FAB ni jadi jalan pintas untuk ke sana kalau jalan kaki dari fakulti aku atau perpustakaan.

Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan UTM
Faculty of Bioscience and Bioengineering (FBB)
Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan

Fakulti Kejuruteraan Awam UTM
Faculty of Civil Engineering (FKA)
Fakulti Kejuruteraan Awam

Faculty of Biomedical Engineering and Health Science (FKBSK)
Fakulti Kejuruteraan Biomedik dan Sains Kesihatan

Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM
Faculty of Electrical Engineering (FKE)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Fakulti Kejuruteraan Kimia UTM
Faculty of Chemical Engineering (FChE)
Fakulti Kejuruteraan Kimia

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM
Faculty of Mechanical Engineering (FKM)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Inilah bangunan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dihatiku. Ecewah :D Sebenarnya FKM ni besar, ada banyak bangunan. Tapi gambar tunjuk 1 cukuplah kan? Hehe. 

Main building seingat aku C25 & 26. Pehtu ade bangunan yang terdiri dari makmal sahaja nun jauh kat atas bukit nun. Berlecak ketiak jugak bila jalan kaki. Almaklumlah, belajar dulu takde kenderaan. Harapkan bas UTM aje lah. Itu pun nasib ade bas ye tak? Kalau takde bas, mahu aku dah jadi Claudia Schiffer punya body. Peh. Tiba-tiba rasa menyesal naik bas.

Faculty of Petroleum and Renewable Energy Engineering (FPREE)
Fakulti Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Boleh Diperbaharui

Faculty of Geoinformation and Real Estate (FKSG)
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah

Fakulti Pendidikan UTM
Faculty of Education (FP)
Fakulti Pendidikan
Kawan-kawan aku suka mengendeng kat sini. Bakal cikgu kan gojes-gojes. Siap ada yang dah pakai mekap dengan heels. Kitorang budak pompuan mekanikal ni sempoi. Pakai selipar dengan jeans aje pegi kuliah. Mana budak laki nak hadap? Kata diorang dah sama macam laki kitorang tengok. Ceisssss.

Faculty of Management and Human Resource Development (FPPSM)
Fakulti Pengurusan Pembangunan dan Sumber Manusia

Tengok kat laman web UTM, dah jadi Fakulti Pengurusan (FM).

Faculty of Science (FS)
Fakulti Sains

Faculty of Computer Science and Information System (FSKSM)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Informasi
Ini aku tak pernah jejak. Entah kat mana dia duduk pun aku tak tau. Tapi ramai jugak kawan dari fakulti ni. Kena ada kawan sebab nanti senang nak mintak tolong formatkan lappy. Dapat FoC aje. Hewhewhew

Nama dalam laman web UTM adalah Fakulti Komputer / Faculty of Computing (FC)

Faculty of Islamic Civilization (FIC)
Fakulti Tamadun Islam 

Hantar assigment TITAS kat sini. Kenangan jumpa ostad ensem pun kat sini. Jatuh chenta cheq oiii, hihi.


Itu antara fakulti yang ada di UTM Skudai. Tapi UTM ada beberapa cabang sekolah lagi, antaranya:
  • School of Graduate Studies (SPS)
  • UTM International Business School (IBS)
  • Advanced Informatics School (AIS)
  • Razak School of Engineering and Technology
  • UTM Perdana School of Science Technology and Innovation Policy
  • Malaysian - Japan International Institute of Technology (MJIIT)

Tengah dalam perancangan untuk sambung belajar. InshaAllah menunggu masa yang sesuai, dan aku akan kembali semula ke UTM dihatiku. Ewahh. Ekekeke. Doakan aku dipermudahkan segala urusan :)






14 comments:

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+