Dah 2 hari pergi ke gim. Dan dah 2 hari jugak balik rumah dengan kaki lenguh-lenguh. Petanda baik ke tak baik tu? Eheh. Tapi yang paling best adalah, malam-malam tidur sangat lena okeh. Dah tak mimpi pelik, tak terjaga tengah malam pehtu mata terkebil-kebil macam burung hantu. Dah lah beg mata tebal amat, haish. Nasib mata tak hilang kena timbun beg mata T_T
Lepas bergimrama, eh silap. Work out. Kita masuk sauna room. Yey.
Sebulan aku bayar RM160 untuk gim dan juga others service. Service ape heh? Jangan pikir macam-macam. Servis yang dimaksudkan adalah jacuzzi dan sauna room. Yey. Tak payah feeling-feeling pegi Korea lagi, kat Malaysia pun boleh feeling-feeling tido dalam sauna room. Mehmehmeh :D
![]() |
Jacuzzi kononnya. |
Sepatutnya ada air dalam ni. Tengok, punya banyak tempat keluar air. Mau tercampak ni kalau berendam lama sangat. Petanda harus blah, bagi peluang kat orang lain. Kehkehkeh.
Tapi ini adalah gambar google. Aku xde gambar sebab hp dalam loker. Kalau bawak keluar, nanti hp sama-sama berenang dalam kolam ni.
Konon bersauna boleh menguruskan badan, buang lelemak babat-babat tepu degil nak mamp**. Betul ke? Tapi tak risau ke? Sauna bantu bakar lemak atau serap air dari badan? Risau? Curious? Fret not.
MANFAAT BERSAUNA KEPADA KESIHATAN DIRI
1) Mengurangkan stress
Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang. Jadi, stress yang terkumpul akibat kerja seharian dapat dikurangkan lantas menjadikan kita lebih relaks.Endorfin, bukan dolfin.
2) Melegakan otot
Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami
oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot
selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran
darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan
membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
Okeh, ini memang betul. Otot-otot yang tegang lepas bersenam tadi cepat aje relaks. Siap rasa nak tidur dalam sauna room tu. Tapi oleh sebab ade orang lain sekali, tak kan cheq nak tunjuk taiko pulak dalam tu. Mau kena panampaq jepon.
3) Kulit sihat dan berseri
Sewaktu bersauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini
akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu.
Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.
Macam aku yang ada masalah kulit (read: jerawat. Tensi okeh), sangat digalakkan untuk bersauna. Dia akan keluarkan toksin-toksin melalui peluh, lantas menjadikan kulit cantik berseri merah jambu lagi tuh. Ahahaha :D
Lepas ni, cantik moleklah acik Sha. Malu ai tau *blush*. - Muntah -
4) Detoksifikasi
Haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik
yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah
kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat
membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.
See, sama tak macam ayat aku kat atas tu. Sebenarnya kan, bila badan kita boleh detoks dengan baik, toksin-toksin yang tak baik untuk badan tu boleh keluar dengan bahagia, tidak dikurung dalam usus, kulit, darah semua tu, baru lah kulit jadi shining-shining konon berminyak ala cermin macam iklan jual produk dalam Facebook tuh. Eheh.
5) Hipertemia
Ini perkataan bombastik. Gua budak engineering sangat tidak terdedah kepada perkataan bombastik gini.
Tapi merujuk kepada Kevin Zahri, apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam
keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang
proses penyembuhan semulajadi badan.
Hasilnya, sistem imunisasi badan
akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan
penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.
6) Membakar kalori
Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada
penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori.
Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya
berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir
300-400 kalori.
Cara nak bersauna pun ada juga bila nak membakar kalori. Maksimum 45 minit didalam sauna, dan kemudian keluar dari bilik tersebut. Kita juga kena minum air yang banyak (jangan minum air jacuzzi plak. Minum air kosong / mineral water ye). Selepas suhu badan dah berkurangan, boleh masuk balik ke dalam bilik sauna.
Sumber: Kevin Zahri ~ Health & Fitness Instructor
Wah bukan main lagi bersauna bagai...
ReplyDeleteOrang yang tak ada duit macam saya ni just rendam kaki dalam air panas bolehlah... tapi lega jugak... hehehe
Baru-baru ni aje azam tinggi sikit bersenam. Kalau tak, duk rumah aje lah tengok tv, hehe :D
Deleteamboi cik shahira gim,sauna yer...best nyer..mesti makin cantik hehehe
ReplyDeleteHarap-harap makin cantik ler, ekekeke. :D
Deletewow..menarik..bukan sahaja boleh kuruskan badan ynag penting bertambah sihat..GOD JOB Sha
ReplyDeletepsst : ttolon emailkan alamat kepada sis JM boleh...ada small gift for u
Yes, dapat gift dari JM, yabedabedu :D
Deletejap..jap..lama x singgah sini blog dha berwajah baru eh
ReplyDeleteYup, wajah baru. Azam baru :)
Deletechaiyokk untuk kurus...heheheh
ReplyDelete