SweetMuslimah.com

Friday, May 15, 2015

Cikgu sayang awak, awak sayang cikgu tak?

Assalamualaikum & salam Jumaat :)

Esok 16 Mei adalah sambutan yang penting dalam kalendar negara kita. Sambutan Hari Guru. Jangan kata ada yang tak tahu, lantaran 16 Mei tidak dicatat dalam kalendar. Tapi itu adalah kebiasaan kita, dari kecik-kecik dulu sekolah, 11 tahun lamanya. Dan 11 kali menyambut Hari Guru tersebut bersama-sama kawan-kawan dan guru-guru di sekolah.

Masa aku sekolah rendah dulu, tahun 1995 - 2000, aku rasanya sangat nakal. nakal sangat sampai pernah kunci cikgu lelaki yang 'agak lembut' dalam tandas. Serius, memang aku ingat, akal dangkal masa kecil dahulu, yang perbuatan tersebut sekadar mengundang tawa kami rakan-rakan. Punyalah riuh bergelak ketawa, tak fikir yang didajalkan tersebut cikgu kami. Cikgu yang wajar dihormati. Aduhai.

Tapi, cikgu tersebut tak pernah marah kami. Malah sangat penyabar melayan karenah student tak cukup umur macam kami. Dan akhirnya, cikgu tersebut dapat hadiah terbanyak dan menjadi guru kesayangan kami. Tak tahu bagaimana boleh terjadi macam tu, tapi itulah realiti. Buktinya aku masih ingat sampai sekarang. Cikgu Syamsul, saya dah jadi orang sekarang :)

Lokasi kejadian budak-budak nak mengorat cikgu muzik yang ada motor besar. Lokasi mengunci cikgu dalam tandas pun ye jugak

Kredit: Google

Bila masuk sekolah menengah. Mungkin dah pandai berfikir. Form 1 masuk sekolah berasrama, aku masih tak dapat atasi perasaan 'homesick'. Lama juga. Sampai Tingkatan 3 tu uols. Setiap hari call mak, bagitahu nak balik rumah. Bila ingat balik, malu jugak, hehehe. Dah umur 15 tahun, masih menangis kat gagang phone boot? Booooooo.....

Jadi, ustazah merangkap warden asrama yang banyak bagi nasihat. Ada juga perkara jahat yang aku buat kepada ustazah tersebut, tapi memang cikgu-cikgu ni dianugerahkan dengan kesabaran yang tinggi rasanya. Masih nak maafkan aku, nasihatkan aku dengan lembut, peluk aku bila aku sesak nafas sebab banyak sangat menangis nak balik. Aduhai. Dulu aku tak fikir pun semua ni, tapi bila dah meningkat dewasa, aku terfikir. Mana lagi aku nak jumpa orang-orang sebaik ini?

Tempat kejadian seseorang menangis di phone boot nak balik rumah punya pasal T_T

Kredit: Google

Bila dah jadi seorang pendidik ni, baru aku faham perasaan seorang pendidik yang lain. Masa mula-mula mengajar, dapat pulak student yang umur tak jauh beza dengan aku. Siap ada 2, 3 orang yang lagi tua dari aku. And they boleh agak umur aku based on the education flow. Lagilah diorang bantai guna-gunakan aku. Kadang rasa diorang tak ada sense of respect towards their teacher. Huhu. Masa tu sedih sangat :(

Seiring dengan masa, lama-lama baru aku dapat selami perasaan menjadi seorang pendidik. Macam mana risaunya cikgu aku dulu bila aku lari dari hostel, aku ponteng kelas, tak siapkan homework. Semuanya aku dah rasa. Dan rasanya semua pendidik akan mempunyai perasaan yang sama :)

"Saya sayang awak semua, sebab tu saya membebel macam ni"
This is my daily bebel bila ada kelas T_T. Cer teka, mana aku? Hehe


Buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar Sha, thank you very very very much for the hardship and trouble. Cikgu rasmi dan tak rasmi, thanks again. Semoga Allah permudahkan segala urusan.


Buat semua pendidik, Selamat Hari Guru. 

Shine bright like a diamond
Cikgu sayang awak, awak sayang cikgu tak?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments
avatar
May 15, 2015 at 5:33 PM

walau nakal cmne pun ank didik... Tetap cikgu syg..

Reply
avatar
May 15, 2015 at 8:53 PM

jasa guru tetap dikenang sampai bila2

jemput singgah blog saya
http://85mutiarabeauty.blogspot.com/

Reply
avatar
May 17, 2015 at 6:39 AM

salam, hee selamat hari guru ;p

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+