SweetMuslimah.com

Tuesday, May 19, 2015

Review Aku Penghibur I Penghibur yang memotivasikan!

Aku Penghibur?


Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versatail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging Acik, sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Acik juga seorang yang 'low profile'.


aku penghibur
Pemilik blog akupenghibur.com

Pemilik blog yang mesra disapa Acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.


Acik aku penghibur
Acik memenangi award Best Lifestyle Blog MSMW 2014 / 2015.
Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tidak pernah terlintas dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik dan dekat dihati dan kehidupan kita yang akan kita jumpa.

Antaranya entry blog Acik yang boleh aku kongsikan, yang dekat rasanya di hati.

Saya ada ALLAH.
Mungkin masa saya untuk mencintai dan dicintai seseorang yang bernama Adam belum tiba. Mungkin saya masih belum sempurna untuk dijadikan kekasih halal buat seorang Adam.Saya ada ALLAH untuk menemani setiap kesunyian saya.
Saya harap kamu juga begitu.
Pesan saya,Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah dan sedih jika tidak dimiliki sekarang. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita cinta, InsyaALLAH, ALLAH akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita.Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, InsyaALLAH moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita.
Semuanya kuasa ALLAH.Percayalah..
JODOH ITU RAHSIA ALLAH ,JODOH PASTI BERTEMU.


Setiap orang ada kekuatan yang tersendiri, dan yang pastinya Acik mempunyai kekuatan dalam menyampaikan kata-kata yang menenangkan dan meninggalkan kesan kepada setiap pembaca. Berkunjunglah ke blog akupenghibur.com untuk merasainya :)
Review Aku Penghibur I Penghibur yang memotivasikan!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
May 19, 2015 at 3:29 PM

Aku penghibur...menghiburkan anda dengan motivasi

Reply
avatar
May 19, 2015 at 4:30 PM

sy rs acik ni boleh jd pakar motivasi ;-)

Reply
avatar
May 19, 2015 at 4:33 PM

terima kasih sha.. May Allah bless you

Reply
avatar
June 5, 2015 at 11:24 AM This comment has been removed by a blog administrator.

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+