SweetMuslimah.com

Sunday, May 17, 2015

Resepi mudah apam polkadot

APAM POLKADOT

Kursus pendek apam polkadot ni dah lama sebenarnya kitorang buat di kolej. Peserta sudah semestinya makcik-makcik dan kakak-kakak dari sekitar Tawau. Ada yang datang sekadar nak tambah ilmu, dan ada juga yang memang datang nak belajar dan dapatkan resepi mudah apam polkadot.

Resepi mudah apam polkadot ni memang senang, simple, piece of cake lah omputih cakap, muehehe. Cuma yang mungkin menjadi masalah, ialah teknik untuk memicit adunan dari piping bag ke dalam cup untuk membuat corak yang kita suka. Tapi, itu semua tak jadi masalah, yang penting minat, semua pun boleh jadikan? Hehe

Resepi mudah apam polkadot
Apam polkadot yang berwarna warni

 Resepi Apam Polkadot

a) Bahan-bahannya:
  • 275g tepung blue key (anggaran 2 1/2 cawan) ~Sekiranya menggunakan tepung gandum + 3 sudu kecil baking powder - ayak sekali)
  • 3 biji telur (gred A)
  • 220g gula halus (anggaran 1 cawan)
  • 150ml susu segar / susu cair (anggaran 3/4 cawan)
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna hijau, pink, kuning, purple
  • Filling strawberry/ blueberry/ kaya / coklat / apa-apa ikut citarasa
b) Cara-caranya:
  1. Telur, gula dan ovalette - Pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih (betul-betul putih untuk dapatkan apam yang gebu).
  2. Masukkan esen vanila.
  3. Masukkan susu cair berselang seli dengan tepung pada mixer kelajuan paling minimum.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Kacau rata.
  5. Masukkan setiap adunan warna ke dalam piping bag.
  6. Picit adunan ke dalam cup separuh sahaja jangan sampai penuh.
  7. Kemudian picitkan filling secukupnya.
  8. Picitkan lagi adunan sampai menutupi filling dan sehingga hampir penuh.
  9. Buat dot menggunakan adunan warna berbeza.
  10. Kukus dengan api sederhana, 10 - 15 minit (atau sehingga masak)

Ada beberapa tips untuk mendapatkan permukaan apam yang cantik dan rata. Antaranya ialah:
  • Sebelum adunan dimasukkan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan berkilat dan licin. InshaAllah apam tak berlubang-lubang.
  • Kukus dengan api yang sederhana. Jika menggunakan api besar, dikhuatiri apam akan merekah-rekah.
Apam polkadot ni memang rasanya nanti just nice, tak terlalu manis, atau terlalu tawar. Dan apam yang dihasilkan pun tahan lama. Resepi dari kawan yang jadi penceramah. Aku tukang ikut arahan, dan tukang fotostat nota. 

Kalau rajin, cubalah ye :)
Resepi mudah apam polkadot
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
May 17, 2015 at 10:37 PM

sedapnya.....
dulu2 selalu makan.... sedap dan comel.. :)

Reply
avatar
May 17, 2015 at 11:45 PM

wah respi apam polka dot,sedapnya :-)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+