Aduhai. Sedih pula rasanya. Baru 5 minit lepas bergelak ketawa. The next 5 minuts terus sedih macam menangis. Aduhai aduhai. Itulah sebabnya kena beringat. Kalau ketawa gembira tu, jangan keterlaluan. Tengok, apa dah jadi? Sebab gelak ketawa tadi rayuan perpindahan ke semenanjung gagal. Tidak berjaya.
Rayuan perpindahan ni baru pertama kali aku mohon. Rasanya cukuplah hampir 3 tahun berada di sini. Cukuplah banyak keringat nak kejar masa ke airport, ulang-alik 3 jam dalam flight dari KL - Tawau, duit yang dikeluarkan setiap kali nak balik. Pernah ada satu kali tu, 4 kali sebulan aku balik KL. Boleh bayangkan betapa rasa nak muntah naik flight? Dah rasa macam bas loncat-loncat pulak kan?
Alasan yang diberi sebab aku tak cukup 3 tahun lagi. Memang betul tu. Dan aku tak salahkan pun undang-undang tak boleh blah tu. Tapi rasanya tak salah masa kita muda-muda, belum kahwin macam ni nak balik berkhidmat untuk ibu bapa kan? Biarpun alasan lapuk, tapi itulah hakikat kan? Tak kan nak tunggu mak pak dah uzur betul tak berdaya baru kita terhegeh-hegeh nak balik?
Dah banyak event family yang aku tak sempat attend. Masa nenek aku sakit pun, aku tak ada. Even wedding kakak aku pun aku sempat attend hari bersanding sahaja. Itu pun belah kitorang aje. Lepas tu dah kena rush pergi kursus. Jangan akak aku buat gitu kat aku esok sudah la. T_T
Baru 3 tahun, tapi rasanya dah terlalu banyak yang aku terlepas. Takpelah, aku nak kena fikir positif dulu. Mana tahu, rezeki Allah datang dalam bentuk yang tak terduga?
Tapi sebelum tu nak pegi menangis dulu. Bai.
Sha..jgn lupa ..email sis JM alamt rumah..mau pos ole2
ReplyDeleteDah email :)
Deletebelum cukup 3 tahun itu reason tak LULUS?..sis JM dpat rasai perasaan Sha bila permohonan x lulus ..tapi bersabar lah ye...cuba lagi tahun depan..ye betul..meh kita fikir mgkin ada hikmat di sebaliknya..maybe Allah nk beli yg lebih baik..
ReplyDeleteItulah. Fikir positif. Man atau lepas ni gomen bagi bonus seploh bulan? Hah. Duk sini dapat 10 kali lagi banyak dari depa kat semenanjung, ekeke :D
Deletex mengapa..insya allah pasti akn dtg ada rezeki
ReplyDeleteInshaAllah. Perancangan Allah dah cukup cantik. :)
DeleteYup, betul tu, kena fikir positip. Ada hikmahnya tu. Yer.
ReplyDeleteLepas dah nangis-nangis segala, baru terfikir ada hikmahnya. Hmm. :)
Deletealahai.. janji kalau ade pengganti lepaskan ajela... mcm yan pn dulu mohon tukar tp Alhamdulillah dlm tempoh 9 bln dilepaskan snn ada pengganti.. bertabahlah...
ReplyDeleteItulah, apa boleh buat. Bertabah sajalah disini T_T
Deletesedihnya macam tu kan. bawa bersabar banyak banyak ye moga2 ada rezeki satu hari nanti
ReplyDelete