Monday, May 11, 2015

# travel

Penyu dah ada di Port Dickson lah

Masa kecik-kecik dulu, pantai Port Dickson ni memang jadi feberet port untuk family aku beriadah. Sebab dekat dengan kampung juga alasannya. Hehehe. Tapi dulu, kalau pegi Port Dickson setakat untuk mandi-manda dan berkelah. Datang pagi, petang balik.

Bila dah besar-besar gabak ni, masih ke PD untuk beriadah dan juga bermalam 1 atau 2 malam kat hotel uols. Berlagak sikitlah, eheh sebab alhamdulillah dah kerja, dah boleh support family sikit. Kalau tak dulu masa kecik-kecik semua abah yang bayar kan? Makan abah bayar. Nak main banana boat pon abah bayar. Nak sewa pelampung pun abah bayar. Even nak masuk jamban pun abah yang bayarkan. Ish ish ish. Itulah pengorbanan wang ringgit mak pak kita nak bagi anak dia happy.

Tapi, sekarang dah kerja kan? Eheh.

"Mak abah, moh ler kita tido PD barang seminggu dua" 

Selain dari berjimba dan bermandi manda, apa lagi yang best di Port Dickson? Hah, aku baru tahu yang PD dah ada penyu ye sekarang. Penyu datang dan bertelur di pantai-pantai di Port Dickson. Rasanya dah hampir 40 tahun tak ada penyu nak datang ke PD. Takut dengan manusia-manusia yang terlampau ramai agaknya. Dia rasa nak bertelur pun tak ada privasi. Agaknya lah.

PUSAT PENETASAN PENYU DI GLORY BEACH RESORT, PORT DICKSON


Jabatan Perikanan Malaysia dan FRI Rantau Abang Terengganu telah bekerjasama dengan Glory Beach Resort Port Dickson untuk menjadikan Glori Beach Resort PD sebagai pusat pemerhatian dan penyelidikan (Pusat Penetasan Penyu) pertama di Negeri Sembilan.

Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort Port Dickson
Kolam khas untuk mengkaji pola pertumbuhan dan pemakanan penyu
Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort Port Dickson
Anak penyu karah yang comel-comel
Kalau dapat kat aku, mau kena picit-picit ni. Eh.
Vandalism T_T
Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort Port Dickson
Save our turtles now!
Jangan nak makan telur penyu aje, tolonglah sekali galakkan penyu untuk bertelur lebih banyak. Jangan bagi depa tensen na, eheh 
Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort Port Dickson

Ada waktu-waktu tertentu, anak-anak penyu ini akan dilepaskan ke laut. Dalam pukul 11.00 malam hari Sabtu & Ahad. Semuanya bergantung kepada pihak GBR sendiri yang akan menjadualkannya. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Glory Beach Resort, Port Dickson (http://www.glorybeachresort.com/).


Gambar: Kredit Glory Beach Resort PD

10 comments:

  1. Replies
    1. AAh, berita TV3 pukul 1.30 rasanya. Tu yang akak terperasan ada turtle kat PD. Kalau tak, nan hado. T_T

      Delete
  2. kiranya nak jadi rantau adik lah kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah. Sikit hari lagi bertukar nama lah tu :D

      Delete
  3. Moga penyu kembali banyak di perairan Malaysia kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga-moga begitulah Zumal. Semakin pupus dah penyu ni

      Delete
  4. Sha di Penang pun ada pusat penyelidikan penyu juga....jangan terkejut di penang juga merupakan tempat penyu bertelur dan terdapat ikan lumba lumba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan lumba-lumba yang buat terkejut? Ikan lumba-lumba as in dolphin? Peh.

      Delete
  5. Wow.. makin ramai lah orang datang PD lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, ye lah kut. PD needs something refreshing untuk atrract more people :)

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+