SweetMuslimah.com

Wednesday, May 20, 2015

Malu Bertanya Jatuh Mesin

Semalam aku pergi lagi berexercise kononnya di gimnasium. Angan-angan tinggi melangut nak kurus dan slim raya nanti, jadi onak dan ranjau harus ku tempuhi demi impian itu. Eheh. Tapi, kalau tak nak mendera diri seperti aku, jangan risau, ada jalan penyelesaiannya. Boleh aje ambil Set Kurus Berkesan dari CN. Ikut step pemakanan, inshaAllah berjaya. 

Eh. Buat iklan pulak. 

Pergi gim. Macam biasalah mesti nak lari-lari atas treadmill. Dah itu aje mesin yang paling aku terer. Tak ada SOP pun boleh jugak meh. Dalam 20 minit juga lari tu. Tapi calories burnt 100 cal aje. Ape, lemak-lemak aku ni degil benar?

Turun dari treadmill dah rasa macam dunia berpusing-pusing. Tak habis lagi trauma bersenam lagi aku rupanya T_T. Sambung kat elliptical machine. Hayun kaki dah macam mangkuk hayun. 20 minit aje, tak larat hakak. Stamina belum cukup kuat lagi.

Sambung nak buat sit up sebagai penutup exercise malam tu.
Alat bantu sit up
Fit Sit Up
Kredit: Google

Tak tahu nak guna pun.
Test masukkan kaki kat bawah handle kat atas tu. Eh, rasa macam salah.
Dila kata masukkan kaki kat atas handle tu. Eh, bila baring melurut aku jatuh ke bawah. Ekekeke. Ini nak buat sit up ke nak tido?
Dah macam sengal-sengal alam pulak kat situ. Nak harapkan instructor? Nak hado. Kat gim yang aku pegi ni tak ada instruktor. Ko pandai-pandai sendiri lah ye dik nak jadi sado.

Brader sado: Excuse me. Macam ni cara dia nak guna. (Sambil demo cara sit up sebenar kat sebelah)
Cik Sha gojes: Err, ok. Tapi how to naikkan ni ke atas? (Sambil merujuk kepada handle)
Brader sado: Bangun dulu, then I'll show u.

Malu.
Mesti nampak sangat kebodohan kami kat situ. 
Bila aku melurut jatuh dari mesin tu, mesti diorang nampak.
Malu lagi.
Tak tahu tapi tak nak tanya orang.
Bodoh sombong.
Tapi nak kurus.
Tapi malu.

Berapa banyak malu dahh?


Pengajarannya: Kalau tak tahu tanya, jangan pura-pura buat tahu. End up salah teknik. Dah salah teknik salahkan pulak mesin rosak. Tak mesin rosak, lemak degil tak nak cair.

Pengajaran yang paling best: Bagus juga buat-buat bodoh. Nanti baru orang lain nampak aku wanita yang tidak berdaya, ekekekekeke :D. Strategi ini juga bergunapakai untuk makwe-makwe luar sana yang pandai masak, tapi malas. Sekian.


Nota kaki:
Cik Sha takkan jejakkan kaki ke gim untuk waktu terdekat ini. Takut brader sado cam, 
"eh, ini pompuan yang melurut jatuh dari mesin hari tu?"

Rugi saham buat kali kedua T_T




Malu Bertanya Jatuh Mesin
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments
avatar
May 20, 2015 at 2:07 PM

hahahahaa... Sha...!!
tergelak-gelak akak baca ni... awat leh melurut jatuh tu.. adehhh.. malunyaa...
hahahahaa... selamat kurus ye Sha..

*ewahh... gelakkan orang, akak sendiri kalau gi gym tercengang-cengang tak tahu nak guna camne alat2 yang pelik2 tu.... :p

Reply
avatar
May 20, 2015 at 9:05 PM

Hahaha.... adoiii xdpt sy nk byg kn...

Reply
avatar
May 21, 2015 at 6:23 AM

Hehe, kesian Sha yer... Zumal tak kuasa nak pergi gym dah, sekali pergi 2 minggu hidup tak selesa. Tu pun pasal ikut instructor yang buat macam kita dah expert dan banyak stamina...

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+