Apa perasaan korang, kalau tiba-tiba aja bangun dari tidur, sedar-sedar aje dah berada di zaman pra sejarah? Bukan dinosaur. Haip. Tapi, terdampar macam paus biru di zaman Hang Tuah. Jumpa Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Dan hangguk. Ok. Tak kelakar T_T
Novel Cinta Dua zaman karya penulis Azri Misti akan bawa kita semua menelusuri zaman tersebut. Zaman yang penuh dengan keajaiban (bahasa inggerisnya magic. Itu pun nak kena ajar), disulami dengan kisah-kisah mendebarkan, pembunuhan demi pembunuhan yang ekstrim, babak perlawanan yang seperti real (harus dibayangkan dalam otak. Tak bayang mana nak dapat) dan juga lamunan cinta antara dua zaman. Semua dalam satu, diblend dan digoreng rangup!
![]() |
Cinta Dua Zaman by Azri Misti |
Novel ini membawa kita menghayati perasaan watak utamanya, Shira (dah macam nama aku pulak, hiks. Perasaan uols). Shira bersama kawan-kawannya diserang lanun semasa bercuti di Pulau Sibu. Rentetan daripada peristiwa itu, semua kawan-kawan dia hilang dan ada yang diculik. Penumpang lelaki semua innalillahiwainnailaihirrajiun. Lepas tu pulak hadir Panglima Bayang dan Hang Tuah 5 bersaudara yang berazam nak berlawan bermati-matian untuk menyelamatakan Syira dan kawan-kawannya dari cengkaman syaitonnirrajim yang hidup di zaman itu.
Ada jugak kisah cinta auww antara Shira dengan Panglima Bayang. Aik. Kenapa Panglima Bayang? Bukan Hang Tuah? Siapa pulak Panglima Bayang tu?
Amacam. Ada pernah baca kisah macam ni dalam mana-mana novel? Dan, kalau uols nak bandingkan dengan Ramlee Awang Mursyid, definitely its a no babeh. Gaya penceritaan yang berbeza, storyline yang berbeza, even salah pronounciation pun berbeza jugak. Ekekeke.
Katanya setanding dengan Ramlee Awang Murshid.
Ko dengar tu Azri. Jangan kembang idung sangat. Nanti boleh kena penumbuk.
Dapat tempat di hati lagi tu. Alololo. Tempat saya dalam hati awak ada tak?
Aku bukan penulis, jauh sekali jadi pelakon. Eh. Tapi aku seorang pembaca tegar dan pengkomen yang sangat-sangat-sangat tegar. Kalau rasa nak makan hati berulam jantung, sila lah upah aku sebagai juri. Mehmehmeh. Oleh sebab itu, aku hanya layak menjadi seorang penreview yang akan mengeluarkan bara-bara api pedas keropok ikan sahaja.
Dan aku yakin, pembaca-pembaca lain juga seperti aku. Inginkan yang terbaik, dan pastinya pujian juga harus diberikan jika hasil yang dipersembahkan dalam sesebuah novel itu terbaik.
Karya yang mengajar erti kehidupan seorang pahlawan. Insha Allah, kita semua adalah pahlawan dalam kehidupan masing-masing :)
Buat apa aku nak review Novel Cinta Dua Zaman ni?
Jawapannya sebab, novel ni memang terbaik dari ladang. Korang nak cari pilihan novel kreatif yang berunsurkan thriller, inilah jawapannya. Boleh masukkan dalam senarai carta pilihan hati nurani korang. Eheh.
Dan juga nak perkenalkan penulis awesome ni. Azri Misti. Buat yang masih kurang jelas pendengarannya, inilah karya thriller penulis Azri Misti. Kalau nak jumpa, sori terlambat. PBAKL 2015 dah habis.
Tapi, kalau korang nak rasakan keterujaan berboiprenkan pendekar laksana Panglima Bayang, boleh membuat pesanan dan pembelian di :
Whatsapp "Cinta Dua Zaman" & hantar ke 013-3004101.
Please sediakan tisu dua guni sebelah korang!
Novel paling laris tahun 2015. Dijamin best! *Amaran : Sediakan tisu ketika membaca :')
Posted by Azri Misti Official on Monday, March 23, 2015
Klik dan "like' fanpage penulis Azri Misti Official untuk mengikuti perkembangan terbaru beliau. Kalau korang kembang badan macam aku pun boleh bagitahu. No problemo.
Nah, buat pesanan ikhlas tulus dari hati kepada page Azri Misti Official. Baru confirm korang peminat sejati :)
Nota kaki:
Azri Misti satu-satunya Penulis novel thriller SR Publication yang menjadi pilihan Berita Harian untuk direview novel dalam akbar tersebut. Kalau nak tahu kenapa Berita Harian berminat nak review novel ini, korang harus beli sendiri dan baca.
Insha Allah, tak rugi beli novel ini :)
huish..macam best je shahira buku ini..lain dari yang lain...apepun cara shahira review cerita ni mmg kelakar tapi best..hihihihi..
ReplyDeletenmpk nyer mcm kena cari je buku ni ;-)
ReplyDeleteMenarik... tapi lama dh x baca novel...
ReplyDeletemenarik ni . .
ReplyDelete