SweetMuslimah.com

Monday, May 25, 2015

Maggi kari super pedas

Kadang-kadang ada rasa nak makan yang simple-simple. Tak nak makan nasi. Jadi, pilihan yang paling mudah adalah maggi. Maggi kari super pedas. Makan maggi ni pun tak boleh selalu. Aku pun kalau makan sebulan sekali je. Bila datang teringin, hehe =D 

Maggi Kari Super Pedas

Mee maggi kari super pedas

Bahan-bahan:-

Maggi kari 1 bungkus
Bawang merah 1 biji
Telur 1 biji
Sayur kobis
Sosej 4 ketul (potong 2)
Bebola daging (optional)
Cili padi 6 tangkai
Serbuk lada hitam

Cara masak:-

1) Celur mee maggi sehingga agak lembut. Tos dan ketepikan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah hingga naik bau. Masukkan cili padi.
3) Masukkan air untuk kuah (Boleh agak sendiri berapa banyak air nak guna).
4) Masukkan serbuk maggi kari. Kacau biar larut.
5) Masukkan sosej, bebola daging dan telur. 
6) Masukkan serbuk lada hitam dan sayur. Masak sehingga telur agak kental dan bebola masak.
7) Tutup api. Tuang kuah atas mee maggi tadi.


Guna cili padi Sabah yang merah menyala tu, peh. Memang menangis dibuatnya. Siapa suruh guna sampai 6 tangkai kan? Padanlah muka. Makan masa tengah panas-panas, peh. Memang marbeles lah. 
Pedas + Panas = Meletop.

P/s:- Boleh juga tambah udang / sotong / ayam kalau ada stok dalam fridge. Rumah aku takde.

Baca juga (8share):

Maggi kari super pedas
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
May 25, 2015 at 12:42 AM

baru je ratah mamee kari xtra pedas... :)

Reply
avatar
May 25, 2015 at 5:58 AM

wooo pedas ni, sampai 6 ketul cili padi...betul2 berasap ni :D

Reply
avatar
May 25, 2015 at 7:45 AM

Akak x makan pedas..kalau saya makan macam ni mau kuar asap kot telinga..esok mesti ceri beri..hihihi

Reply
avatar
May 25, 2015 at 9:17 AM

memang tak tahan pedas.. kalau makan ni maunya kelaur asap ngan api agaknya.. hehehe..

Reply
avatar
May 25, 2015 at 10:14 AM

Hujan-hujan ni makan maggi panas, pedas memang syiok. Huhu.. buat akak terliur pula. Nasib tengah keja kalau kat umah confirm akak masak juga.

Reply
avatar
May 25, 2015 at 10:53 AM

bahan sampingan dan menutupi sebahagian maggi..ahaks

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+