SweetMuslimah.com

Monday, May 18, 2015

Bersantai hujung minggu bersama bakal pengantin

 Pagi tadi, hujan turun sangat lebat dan lama. Start dari pukul 5.00 pagi dan berterusan sehingga ke azan zohor. Memang satu tarikan dan godaan untuk tarik selimut dan bermimpi yang indah-indah. Untung-untung mimpi dapat kahwin dengan anak raja. Ehek. Berangan tak sudah! Ekekeke.

Walaupun hujan, tapi memang dah azam yang amat kental dan padu, bahawasanya hari ni nak bersenam di gim, dan nak bawa sekali bakal pengantin untuk sign-up. Katanya bersenam supaya badan sihat dan cergas. Bonus kalau dapat kurangkan berat badan. Hmm. Niat murni sungguh bakal pengantin, kita ikut aje. Hehe. Yey, kita dah ada geng nak senam-senam peh ni :) 

 Leisure & Fitness Centre Promenade Hotel

Kami sampai di lobby Promenade Hotel dalam pukul 1.30 petang. Turun dulu makan. Kemain lagi order nasi goreng kampung pedas. Hah, sekali memang pedas bak kaw kaw diorang bagi. Sampai pening kepala berdesing telinga jadinya. Hadoi. Tapi nasib sedap :D

Selesai makan, terus naik Tingkat 5 ke Leisure & Fitness Centre Promenade Hotel. Lepas sign-up Dila, tibalah masa untuk tunjukkan sauna dengan jakuzzi yang jadi siulan itu. Eheh (siulan sangat T_T). 

Locker room. Entah kenapa gambar ni bila uload jadi senget. Padahal masa edit dah ubah jadi tegak. Dah teleng kepala nak tengok gambar

Gambar locker room ni dah macam boleh jadi lokasi penggambaran filem "Hantu Locker" pulak kan?

Jakuzi. Kena tembak dengan water jet jakuzi ni mau pecah lemak-lemak degil ni.

Pintu masuk ke bilik sauna. Dah kenapa jugak teleng begini. Aduhai. Malas nak godek. Nah, terima ajelah. Kesilapan tuan tanah pegang kamera, harap maklum.

Tujuan utama nak datang sini sebab nak bersenam kan. Jadi haruslah masuk gim dulu. Kitorang assume, hari Ahad macam ni, ramai orang lah agaknya. Sebab masing-masing cuti kan? Sekali kauuuuu. Kosong tidak berpenghuni. Suatu suratan atau kebetulan? Ecewah.

Yang ada masa tu hanya pakcik baju merah atas treadmill. Jangan kata kau orang tak nampak ya. Aku lesing baru tahu.
Ada banyak juga kemudahan kat sini. Tapi yang aku tahu guna treadmill, benda yang macam basikal tu, dengan elliptical machine. Dumbell takut nak angkat. Esok-esok kalau biseps aku dah serupa popeye lepas makan bayam, sapa nak jawab?

Pemandangan bandar Tawau dari atas elliptical machine. Sambil naik, kayuh-kayuh macam nak racing beskal, sambil tu sebelah tangan lagi ambik gambar. 

Nun hujung kat sana tu, dah laut. Memang Tawau ni kebanyakan pembangunan pesat sebelah-sebelah laut je. Tapi laut kat sini tak boleh mandi ye. Dia bukan macam laut kita kat semenanjung sana tu. Laut kat sini terus laut dalam, no pantai. 

Cuma dekat kawasan Batu Payung aje yang boleh mandi. Itu pun hari tu aku pegi, air laut dah macam air milo pekat. Hujan agaknya malam sebelum tu. Tapi, bolehlah dari tak ada kan? Tapi, kalau nak mandi laut pantai cantik, boleh pergi Mabul, Semporna. Air jernih, siap nampak dasar laut tu. Best giler.

Kira hari ni ada peningkatan lah. Boleh berexercise lama sikit. Kalu tak selalunya 15 minit dah semput, pening kepala sikit lagi nak pitam, hehe. Tanda-tanda kurang exercise macam itu lah. Rasanya organ-organ dalam badan aku terkejut, apesal tuan dia tiba-tiba jadi rajin dera siri sendiri ni?

Pemandangan dalam bilik sauna. Dah kelabu asap tak nampak ape kan? Heh. Panas betul dalam ni. Merintik-rintik peluh jantan semua keluar. Rasa macam nak tidur dalam ni pun ada tadi.

Kesimpulannya, sekali-sekala bersenam keluar-keluar peluh ni best juga. Sebab selalunya di office bukannya buat kerja yang keluarkan peluh pun. Duduk, taip sana taip sini. Itu aje lah kerjanya setiap hari. Jadi, bila badan dah penat, tidur malam pun awal dan lebih lena. Bangun pagi rasa puas hati betul :)

Ok. Ini entry last untuk hari ni. Ingat tak entry aku sebelum ni, Waktu Iklan Nuffnang Menari di Blog? Ha, kat situ aku ada bagitahu trick-trick iklan En Nuffnang yang suka nau keluar tengah-tengah malam pukul 12.00 tengah malam. Jadi, kita schedulekan entry ini pukul 12.00 tengah malam untuk korang-korang yang tak tidur lagi. Aku? Ofkos dah selamat berlayar ke alam tidur dengan disulami air liur. Ged nite korang!

Assalamualaikum :)








Bersantai hujung minggu bersama bakal pengantin
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

1 comments:

Tulis comments

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+