SweetMuslimah.com

Saturday, May 9, 2015

Jangan Biar Dia Masuk

Kat rumah aku ada banyak novel, novel cinta melayu yang pada mulanya, masa muda-muda aku rasa best giler bila baca. Bagai diawang-awangan gitu. Eheh. Bila baca novel cinta ni, tiba-tiba kita rasa, eh, untung-untung bila kerja boleh jumpa Tengku Zaril.Dating, kahwin,ada anak and happily ever after. Alolo, sooo sweet :)

PANG!

Meh bagi pelempang sedas kepada diri sendiri. Angan-angan yang selalu buat tidur jatuh katil tu, mana boleh jadi kenyataan cheq oii. Hahaha. Jadi, rentetan (ewah, bahasa melayu rentetan konon) daripada itu, masa PBAKL 2015 baru-baru ni kat PWTC, aku dengan tak segan-silu dan penakutnya telah menyambar novel genre seram pulak kali ni. Novel cintan cintun? Eh, amik jugak, ekekeke. Buat simpanan kemudian hari, mehmehmeh :D

Jadi, betul ke tidak aku ni nak baca novel cerita seram? Alangkan tengok Final Destination pun dah menyorok balik pintu, inikan pulak novel seram yang perlu dibayangkan penceritaan dia?

NOVEL JANGAN BIAR DIA MASUK

 

Novel Jangan Biar Dia Masuk
Jangan Biar Dia Masuk
Novel Jangan Biar Dia Masuk ni terbitan Buku Prima karya Anuar Darwisy. Aku tertarik nak beli sebab cover novel ni. Dengan ala-ala mata merah, dah macam apa pulak kan? Kan dah cabar diri nak baca novel seram, maka ini adalah pilihan yang tepat *agaknye lah*

Dengan tagline "Sembilan keturunan syaitan, dia salah seorang mewarisinya". Hah, berdebar tak tagline tu? Tak jugak debar? Cover buku tak cukup mantap? 

Nah,aku bagi close-up.
Novel Jangan Biar Dia Masuk
Jangan Biar Dia Masuk

SINOPSIS NOVEL JANGAN BIAR DIA MASUK

 

Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan Allah. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahirnya 3 zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan.

Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Defi, Suraya, Rafidah dan Laila dihantui dengan satu persatu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka  dirogol dan dibunuh dengan sadis  bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakutan. Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan! Berjayakah 5 sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya?


----------------------------------------------------------------------------

Masa mula-mula aku baca novel ni, masa tu dekat rumah Beranang lagi. Siap tidur pukul 3 pagi semata-mata nak baca novel ni. Jalan penceritaan dan perkembangan plot agak menarik. Bagi aku lah. Tak tahu kata korang.

Then hari Ahad tu balik Tawau. Sambung baca kat Tawau pulak. Bila sampai rumah, dah siap kemas semua sambung baca novel sebelum tidur. Aku tak tahulah betapa sengalnya aku ni. Dah tahu penakut, baca lagi novel seram tengah-tengah malam. Dah la rumah kitorang seminggu kosong tak ada orang sebab kitorang semua balik semenanjung. Tambah pakej uzur. Nah. Bila nak tidur tak boleh tutup mata. Hadoilah.

Tapi, aku tak sangka novel ni memberi banyak pengajaran dan ilmu baru. Novel ni buatkan aku terfikir, selama ni segala amalan yang aku buat sebagai seorang Muslim, masih terlalu sedikit. Apa yang aku buat untuk lindungi diri aku sendiri?


"Dialah ALLAH , yang tidak ada TUHAN melainkan DIA, yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, DIAlah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
"DIAlah ALLAH, yang tidak ada Tuhan melainkan DIA, yang Menguasai (seluruh alam), yang Maha Suci, yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan), yang Maha Melimpahkan Keamanan, yang Maha Pengawal serta Pengawas, yang Maha Kuasa, yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya), yang Melengkapi segala kebesaranNYA. Maha Suci ALLAH dari segala yang mereka sekutukan dengan-NYA"
"DIAlah ALLAH, yang Menciptakan sekalian makhluk, yang Mengadakan (daripada tiada kepada ada), yang Membentuk rupa (makhluk-makhluk-NYA menurut yang dikehendaki-NYA), bagi-NYAlah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepada-NYA segala yang ada dilangit dan dibumi dan DIA-lah yang tiada banding-NYA, lagi Maha Bijaksana" 
~(Surah Al-Hasyar:22-24)


Kalau ada yang rasa nak berubah angin, nak baca genre baru, boleh aje cari buku terbitan Buku Prima. Ada banyak lagi novel lain. InshaAllah, kalau baca dengan mata hati, banyak pengajaran yang kita boleh dapat :)

Boleh layari di www.bukuprima.com.my untuk senarai novel dan buku terbitan Buku Prima.
 


 
Jangan Biar Dia Masuk
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
May 9, 2015 at 9:22 PM

Dulu masa middle school selalu lepak kat library depan rumah...
rasanya kalau cek nama peminjam dekat each kad buku, mesti ada nama saya...
dari buku cintan cintun hinggalah addicted to novel seram... tapi bila dah meningkat tua ni.. malas sikit nak membaca.. hehehe...

novel jangan biar dia masuk ni, sinopsis macam sama je dengan cerita yang pernah tayang kat tv tapi lupa cerita apa...

n saya still ingat ada 1 movie 80an or 90an, tajuknya SILBI tapi sebenarnya diterbalikkan jadi IBLIS....
menyamar jadi orang tua untuk hasut manusia kearah kejahatan... banyak pengajaran...

p/s: tukar template lagi??? hehehe

Reply
avatar
May 9, 2015 at 9:53 PM

Wah,macam seram je novel ini :-)

Reply
avatar
May 9, 2015 at 10:42 PM

seram giler novel ni.. ehehe

Reply
avatar
May 9, 2015 at 10:42 PM

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

Jom terjah entry terkini "Movie terbaek bulan ni.."

Reply
avatar
May 9, 2015 at 11:32 PM

Alahai kak, seram pulak rasa.. huhuuu

Reply
avatar
May 12, 2015 at 12:34 PM

Tukar lagi. Entah bila nak dapat yg sedap kat mata T_T
yang SILBI macam akak pernah nampak jugak? Tahun 90 an kut?

Reply
avatar
May 12, 2015 at 12:37 PM

Seram kut. Akak siap simpan novel ni kat hall rumah, tak bawak masuk bilik. Cover antu kat depan tu buat takut je T_T

Reply
avatar
May 12, 2015 at 12:39 PM

Mana tau seram? Dah baca ke ejulz? :D

Reply
avatar
May 12, 2015 at 12:42 PM

Dah terjah entry Movie terbaik bulan ni :)

Reply
avatar
May 12, 2015 at 12:42 PM

Seram ye? Ekekeke. ITulah tujuan utama bagi gambo novel ni besar2 :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+