SweetMuslimah.com

Sunday, May 24, 2015

Jangan ambil pokok buluh itu

Pernah dengar tak orang nasihat, kalau nak hias rumah, tanam pokok-pokok hiasan atau bunga-bunga, jangan main pakkal ambik aja. Ambik kat tepi jalan, ambik kat tepi hutan, tepi sungai. Pendek kata benda jumpa, bawak balik dan tanam kat depan rumah?

Perkongsian dari wall sahabat facebook Kak Ekin. Beliau sekarang sedang dalam proses menghias rumah baru, jadi mata memang laju aje nampak benda cantik, pokok cantik nak letak kat rumah. Tapi......

 Kredit: Google
Pesanan seorang sahabat pada saya yang ada hati nak cilok pokok buluh tepi jalan..
''Kalau akak nak tanam buluh tu, beli yang kat nurseri. Yang memang disemai untuk hiasan rumah, jangan amik yang kena tinggal macam kat Ampang Waterfront tu.Kita tak tahu siapa ada kat situ. Jangan amik sembarangan kak. Kami amik dari rumpun terbiar kat tepi sungai. Ada benda ikut, kecuali sebelum amik tu, akak boleh bercakap ngan dia, jangan ikut akak balik. Hihihihii.. Masa kami baru pindah, panggil ustaz. Ustaz pesan suruh buang pokok-pokok pakis spesis yang menumpang kat pokok-pokok besar & dia tunjuk buluh tu yang kami tanam kat tepi pintu gate. Jiran kita, dia tanam pokok tu kat belakang rumah dia. Tingkap bilik anak dia mengadap pokok tu. Bilik tu kat tingkat atas. Ada satu masa tu, cik ponti selalu muncul kat bawah rumpun-rumpun buluh tu. Tengah-tengah malam. Perhatikan anak dia yang suka stay up sebab nak SPM. Last-last anak dia asik kena sampuk.... ''
Aku baca pun dah meremang bulu roma. Pukul 12.30 malam sekarang oi. Dah jadi satu kerja pulak nak ingat, keliling rumah aku ni ada tak pokok buluh? Rasa macam ada....
Jangan ambil pokok buluh itu
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments
avatar
May 24, 2015 at 12:45 AM

hehehehe...
baca pun seram...
lagi 1, ular suka duduk kat pokok buluh ...sebab sejuk..:)

tak tidur lagi ke? buat ape tu?

Reply
avatar
May 25, 2015 at 6:05 AM

akak sha...kita baca ni, dekat german ni baru masuk pukul doblas....tegang bulu roma cheq.... adoyai.... dulu2 rumah kita ada jugak pokok paku pakis yang juntai dari pokok....ada jugak ustaz cakp suruh buang.... mmg xelok pakai amik2 jer, abg akk kita selalu selamba je amik, angkut bawak balik umah.... pastu macam2 hal dekat rumah.... seram2.... ehehhee

Reply
avatar
May 25, 2015 at 9:23 AM

tu laa kita tak tau apa benda yang menumpang kat situ.. baik berhati2 sebelum terjadi perkara yang tidak diingini..

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+