SweetMuslimah.com

Wednesday, May 6, 2015

Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzudin Shah

Hari ini 06 Mei 2015, berlangsungnya Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-35 Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang bermula pada 7.30 pagi. Istiadat pertabalan ini disiarkan secara langsung dari Masjid Iskandariah, Kuala Kangsar Perak.

Rakyat jelata boleh menyaksikan istiadat pertabalan ini dikaca televisyen. Tapi, kalau tertinggal, Jabatan Penerangan Malaysia ada merakamkan istiadat pertabalan yang bersejarah tersebut yang berdurasi 4 jam.

ISTIADAT PERTABALAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK KE-35 SULTAN NAZRIN MUIZZUDIN SHAH




KUALA KANGSAR 6 Mei - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah, takhta pemerintahan perlu bertenaga, bersifat dinamik dan meyakinkan serta memenuhi peranan sebagai payung penyatuan. 

Dalam titah ucapan Diraja Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin menegaskan, sistem Raja Berpelembagaan dan demokrasi yang diamalkan di negara ini memperuntukkan secara perundangan peranan dan tanggungjawab tertentu Raja Pemerintahaan. 

“Institusi raja bukan cermin lama untuk melihat wajah tua. Takhta permerintahan bukan sekadar ornamen hiasan. Sepuluh peratus iaitu 19 daripada 183 Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan raja. 

“Takhta perlu bertenaga, bersifat dinamik lagi meyakinkan, memenuhi pernanan sebagai payung penyatuan dalam landskap politik yang semakin memperlihatkan unsur-unsur perpecahan, yang semakin mengancam keharmonian hubungan antara agama, antara kaum,” titah Sultan Nazrin. 

Jelas Sultan Nazrin, kuasa raja tidak dipertikai selagi raja tidak memperlihatkan sifat menyeleweng dan selagi raja mematuhi hukum yang telah termaktub. 

“Raja pemerintah adalah payung kedaulatan negara, wajib memberi naungan saksama kepada setiap warga, tanpa mengira kaum, agama. Takhta pemerintahan berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan, payung penyatuan, instrumen kesatuan dalam kepelbagaian. 

“Semestinya taktha pada setiap ketika tidak bersifat partisan, malah wajib mencuar tinggi di atas segala polemik kepartian, demi memastikan peranan takhta diterima baik, ketika takhta diperlukan berperanan sebagai penimbang tara untuk mendamaikan sebarang persengketaan,” tegas Sultan Nazrin. 

Titah Sultan Nazrin lagi, keluhuran institusi raja perlu dipelihara daripada sebarang penodaan, agar rakyat kekal menabur bunga setia. 

“Istiadat pagi ini melambangkan citra untuk terus mendaulatkan institusi raja, satu pelanjutan adat, satu kesinambungan budaya, berlangsung dalam era modenisasi, betapa adat, betapa kekayaan budaya, kukuh teranyam dalam tradisi negara bangsa. 

“Sekali gus mengekalkan identiti satu tamadun pemerintahan, negeri beraja, rakyat bersultan, yang telah sekian lama berakar dalam sistem berkerajaan dan bernegara di bumi ini,” titah Sultan Nazrin. 

Sementara itu, Sultan Nazrin menegaskan sebagai sultan yang baru diamanahkan menakhodai bahtera negeri, masih banyak perkara yang perlu dipelajari. 

“Pelayaran yang panjang ini tidak mungkin dapat dilakukan secara berseorangan. HambaMu mohon untuk dikurniakan para wazir dan pembesar negeri serta anggota pentadbiran yang memiliki iman dan takwa seperti yang pernah dikurniakan kepada Khalifah ketujuh Uthmaniyah, Sultan Muhammad al-Fateh,” titah Sultan Nazrin.

Sumber: Utusan Online


Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzudin Shah
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+