SweetMuslimah.com

Monday, May 18, 2015

Baca Online: Novel Cik Bunga dan Encik Sombong

 CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG

Novel Cik Bunga dan Encik Sombong ni diadaptasikan ke drama dan akan disiarkan di saluran Astro Prima bermula bulan Ramadhan nanti. Lakonan watak utama oleh Amar Baharin sebagai Encik Sombong dan Amyra Rosli sebagai Cik Bunga. Tapi, sebelum drama ni keluar, bolehlah kita risik-risik dulu sinopsis Cik Bunga dan Encik Sombong ni dulu. Nak tahu juga cerita ni pasal apa kan?

 

SINOPSIS NOVEL CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.” Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!” Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

BACA ONLINE: NOVEL CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG

Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 1
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 2
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 3
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 4
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 5
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 6
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 7
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 8
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 9
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 10
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 11
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 12
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 13
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 14
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 15
Cik Bunga dan Encik Sombong: Part 16

               
 Bab seterusnya memang kena beli novel ye :)
Baca Online: Novel Cik Bunga dan Encik Sombong
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
August 18, 2015 at 12:31 PM

Sesekali tengok juga cerita ni di TV bila free. Cerita ni best, kelakar dan banyak juga pengajarannya.

Reply
avatar
August 18, 2015 at 1:21 PM

Sha tak pernah tengok kat tv. Internet streaming je sbb rumah takdak astro. Tapi best kan =)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+