Friday, May 22, 2015

# Adsense # Tips blogging

3 Cara Pasang Kod Iklan Adsense di Blog

Bila dah berjaya lepasi pra-tapisan awal Adsense, kita akan dapat email mengatakan boleh log-masuk ke dashboard Adsense. Jadi, selepas saja dapat email tersebut, log-masuk dan kita boleh mula memasang kod iklan Adsense tersebut di blog aktif kita.


Read:

Ada 3 cara yang paling mudah untuk memasang Kod Adsense ke dalam blog. Kita boleh pilih mana-mana cara yang sesuai dan mudah. Antaranya ialah:

Pasang Iklan Adsense di Blog


1) Add by Gadget

Paling senang. Pilih Dashboard > Layout > Add a Gadget > Adsense

Cara pasang Adsense di blog
Klik [+]

Cara pasang Adsense di blog
Pilih jenis iklan yang kita nak. Klik SAVE bila selesai

2) Show Ads Between Posts

Senang juga. Pilih Dashboard > Layout > Blog Posts > Edit (dalam bulatan) 

Cara pasang Adsense di blog
Klik Edit

Cara pasang Adsense di blog
Tick pada Show Ads Between Posts. Pilih jenis dan saiz iklan yang kita nak. Klik SAVE. Siap!

3) Coding dari dashboard Adsense

Mungkin cara yang ini susah sikit. Tapi, kalau dah biasa letak Iklan Nuffnang, tak ada masalah rasanya. Lebih kurang aje pun. Kelebihan guna cara ni adalah, kita boleh letak merata-rata kat mana-mana iklan tu. Nak letak dalam blog post pun boleh (macam yang aku buat).

Log-masuk ke akaun Adsense > My Ads > New Ad Unit

Cara pasang Adsense di blog
Klik New Ad Unit

Cara pasang Adsense di blog

1. Name: Nama iklan untuk rujukan sendiri (nanti nak ubah senang)
2. Ad size: Pilih jenis iklan yang kita nak. Ada beberapa jenis yang recommended. Tapi ada juga jenis lain. Pilih ikut suka hati perut.
3. Ad type: Boleh pilih nak display ads & text atau text sahaja atau display ads sahaja. Biasanya yang recommended adalah text & display ads. Pilih ikut kesesuaian lokasi iklan.
4. Text ad style: Boleh juga pilih style background ad.

Dah siap semua. SAVE AND GET CODE.

Paste code tersebut di HTML blog korang. Boleh letak kat leaderhead, atas header ke, bawah header ke. Atau di tengah-tengah blog post. Boleh juga letak diantara post dan komen. Pendek kata dimana-mana korang suka, yang penting tahu dibahagian mana kod HTML tersebut perlu korang letak.


Makin ramai yang dah berjaya memohon Adsense ni. Dan rasanya pra-syarat untuk pihak Adsense luluskan blog berbahasa Melayu semakin mudah. Apa lagi. Cubalah memohon.:)

17 comments:

  1. UA dah cuba dah tpi mcm blur dapat ke tak..hihihih..nnti nk cuba tengok blk email..

    ReplyDelete
  2. TUTORIAL YG SGT BAGUS UTK JD RUJUKAN BLOGGER YG GUNA GA NI
    bulan depan blh try kat blog baru..hihi..try2 je..kot2 diluluskan...

    ReplyDelete
  3. hari tu buat,
    first time kena reject ..
    2nd time, dah okay.. dah dpt code,
    tp xtau kenapa kena reject lg T_T

    ReplyDelete
  4. Kna reject.. tpi thu la punca nya...

    ReplyDelete
  5. masih menanti sebuah jawapan Sha :)

    ReplyDelete
  6. Nice sharing Sha, tapi Zumal still direject. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  7. Sebuah tips yang sangat bermanfaat buat sahabat yang ingin mendapatkan tambahan penghasilan dari memasang iklan di blog.

    ReplyDelete
  8. bagus tips kak sha ni...nnt dah free2 sikit, nk jugak try buat adsense ni dekat blog...kak sha, kalau buat adsense ni, nuffnang kita jadi non-glitterati lah kan? xpe jer kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi non-glitterati pun ecah. Masih glitterati =)

      Delete
  9. cn dh dpt adsense ni, cuma nk letak dlm post entry tak berjaya

    ReplyDelete
  10. tq sha. toturial yang sangat berguna...

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+