SweetMuslimah.com

Tuesday, May 5, 2015

10 tempat mesti dilawati di Kuala Lumpur

Biasa turun KL? Kuala Lumpur tau. Bukan Kuala Langat, Hehe (Lawak tak kelakar T_T). Macam aku, walaupun dulu tinggal di Damansara, sekolah di kawasan Kampung Baru, tapi, aku masih lagi FAIL kalau kena drive ke KL. Apatah lagi nak berjimba dan bersuka ria di KL.

Paling biasa buat, turun KL dari Beranang, untuk shopping. Yes, SHOPPING!! Muehehehe. Sama ada di Masjid India / Jalan TAR, Sogo takpun Mid Valley. Itu aje yang aku tahu, mehmehmeh. Paradigm Mall segala, sori. Tak tercapai aku nak ke sana. Confirm sesat. Ekekeke.

Tapi, hari ni bukan nak cakap pasal shopping. Sebagai anak jati KL, apa benda yang kita nak promote kepada tourist tentang Kuala Lumpur selain dari tempat shopping? Dicadangkan oleh majalah Going Places Malaysia Airlines, ada 10 tempat yang mesti dilawati bila berada di Kuala Lumpur.

10 tempat mesti dilawati di Kuala Lumpur

Tempat mesti dilawati di Kuala Lumpur

1) Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad yang bercirikan Moghul & Moorish ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor yang bercirikan gaya Tudor. Ia terletak di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman
Di dalam peta, bangunan ini terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Pelbagai bangunan dibina di pertemuan dua sungai ini seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur, Stesen Kereta Api Tanah Melayu dan lain-lain. Di sinilah aktiviti perlombongan bijih timah bermula di Kuala Lumpur, menjadi pemangkin kejayaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu seterusnya negara Malaysia sekarang.

Bangunan ini telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.

2) Medan Pasar

Seberang jambatan untuk ke Medan Pasar atau Lebuh Ampang yang mempunyai banyak kedai-kedai lot yang menawarkan sarapan ringkas tetapi sangat menggamit memori. Kopitiam disini dibuka seawal 7.00 pagi.

3) Central Market

Ini adalah tempat yang paling kerap aku singgah (read: lepak) masa zaman belajar dahulu. Masa tahun 2000 - 2003 macam tu, Central Market atau lebih dikenali dengan nama Pasar Seni tak secantik sekarang. Bangunan yang dibina pada tahun 1888 ini diubahsuai secara besar-besaran bermula tahun 2014 selepas diambil alih oleh Kha Seng Group. 

Selepas pengubahsuaian itu, Central Market telah berubah wajah lebih segar dan menjadi tarikan pelancong serta menjadi destinasi beli-belah yang menawarkan cenderahati dan perhiasan, termasuklah perhiasan yang unik dan sukar untuk didapati seperti keris. Aku pernah jumpa jersey Negeri Selangor yang zaman-zaman Mokhtar Dahari kat situ tau. Legend tak?

Dan walaupun telah berubah wajah begitu, bangunan ini masih mengekalkan senibina dan keunikan yang menunjukkan seni, budaya dan warisan negara kita.

4) Petaling Street

Petaling Street ni terletak berdekatan dengan Central Market (CM). Di Petaling Street, banyak gerai-gerai dan kedai-kedai menjual pakaian dan aksesori yang menawarkan harga yang berpatutan. 

Antara kudapan atau menu ringkas yang popular disitu adalah pastri puff dan tart telur.

5) Masjid Jamek

Dibina pada tahun 1909 dan direka bentuk oleh Arthur benison Hubback, Masjid Jamek merupakan antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Sebelum Masjid Negara beroperasi pada tahun 1965, Masjid Jamek berkhidmat sebagai masjid utama Kuala Lumpur.

Masjid ini menerapkan senibina berunsurkan Moorish, Indo-Saracenik atau Moghul. Masjid ini direka oleh arkitek dan berkongsi gaya seni bina yang sama. Masjid Jamek ini terletak berdekatan dengan Chinatown, Little India dan Dataran Merdeka. 

Disekeliling masjid ini juga banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai pakaian dan kain yang menarik perhatian ramai pengunjung. Kawasan ini paling padat apabila menghampiri bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

6) Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

Boleh dikatakan sebagai nadi kepada Kuala Lumpur, bangunan pencakar langit ini menjadi tumpuan para pengunjung untuk membeli belah. KLCC terletak di persimpangan Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Binjai, Jalan Kia Peng dan Jalan Pinang. 

Kompleks membeli belah yang terdapat didalam bangunan ini adalah Suria KLCC. Petro Sains juga terdapat disini dan sering menjadi tumpuan rombongan pelajar sekolah. Selain membeli belah, kita boleh berjalan-jalan di taman di bawah KLCC dan juga menjadi tumpuan untuk beriadah bersama keluarga.

Bagaimana nak kesini? Mudah saja. Kalau dari Masjid Jamek, naik LRT dan anda akan sampai ke stesen KLCC 2 stesen kemudian.


Baju Muslimah Kanak-kanak
Baju Muslimah


7) Kampung Bharu

Untuk ke sini boleh naik teksi ataupun monorel dan turun di stesen Kampung Bharu. Kawasan disini sering menjadi tumpuan para pembuat filem dan drama untuk menjalani penggambaran. Ini kerana pemandangan dari Kampung Bharu ini yang berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit amat menarik. 

Dibina bermula 1880 an sebagai salah satu penempatan berasaskan pertanian, Kampung Bharu kini merupakan kawasan perkampungan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Antara 'signature dish' Kampung Bharu adalah nasi lemak dan juga bubur lambuk yang menjadi fenomena setiap kali Ramdhan. Percaya atau tidak, orang akan mula beratur untuk dapatkan bubur lambuk ini bermula jam 3.00 petang lagi.

Mak aku sendiri pernah beratur panjang semata-mata nak dapatkan bubur lambuk Kampung Bharu ni. Dan hasil dia? Peh, sedap, memang lain dari yang lain. Resepi sepanjang zaman 50 tahun tu. 


8) Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)

Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Jalan TAR amat terkenal sebagai syurga membeli belah tekstil dan pakaian dengan harga yang murah. Anda boleh tawar-menawar dengan penjual untuk mendapatkan harga yang bersesuaian.

Selain daripada membeli belah, jika diperhatikan, sebenarnya Jalan TAR adalah jalan yang diapit oleh bangunan tinggalan perang. Jadi struktur binaan lama masih dapat diperhatikan pada sesetengah kedai. Anda boleh berkunjung ke sini dan singgah menikmati secangkir kopi dan telur rebus separuh masak di kedai-kedai kecil yang terdapat di sini.

Oh ya, Jalan TAR amat sesak menjelang Ramadhan. Jalan raya 4 lorong masih juga sesak dan ruang parkir amat susah untuk dijumpai. Sekiranya hendak berkunjung ke mari, pastikan buat perancangan sebaiknya.


9) Menara Bukit Nenas


Aku memanggilnya Menara Bukit Nenas. Tapi lebih dikenali dengan nama Menara Kuala Lumpur (Menara KL). Terletak di Bukit Nenas, Menara Kuala Lumpur dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. 

Apa yang best disini?

Menara Kuala Lumpur menawarkan pemandangan seluruh Kuala Lumpur dari dek pemandangan (observation deck). Anda boleh menikmati pemandangan senja yang indah dan suasana malam yang tidak dapat dilupakan pada ketinggian 276 meter. 

Menara KL juga menawarkan pengalaman sebagai pelumba F1 melalui F1 Simulator Menara Kuala Lumpur. Pengalaman sebagai pemandu kereta F1 diatas 276m dengan kesan audio dan visual yang mengagumkan, komfirm tak boleh berhenti bila dah mula!

Harga tiket?

Harga tiket Menara Kuala Lumpur

Harga tiket Menara Kuala Lumpur

Untuk keterangan lanjut, boleh ke: www.menarakl.com.my

10) Kampung Budaya 1 Malaysia (1Malaysia Cultural Village)

Aku pun baru tahu Kuala Lumpur juga mempunyai Kampung Budaya. Eheh. Lack of information nampaknya T_T. Terletak di kaki Menara Bukit Nenas, Kampung Budaya 1 Malaysia menawarkan pengalaman mengunjungi replika rumah tradisional Malaysia disamping persembahan kebudayaan yang menggambarkan Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan kepelbagaian masyarakatnya. Pengaruh Parsi, Arab dan Eropah juga dapat dilihat dalam seni reka bentuk binaan rumah-rumah tradisional tersebut, bersatu dan membentuk seni Malaysia yang tersendiri. Semuanya dapat disaksikan  dibawah 1 bumbung!

Nak berbuka puasa pada 276 meter dengan pemandangan Kuala Lumpur yang memukau?


Buffet Ramadhan @KL Tower


Semua tempat tu, aku dah sampai. Kampung Budaya aje belum. Dulu-dulu masa zaman sekolah, selalu aje lepak bawah Menara KL tu. Sekarang dah bertambah pulak tarikan pelancongannya. 

Ok, kini kita boleh melancong di Kuala Lumpur dalam masa 1 hari! Lets go :)

10 tempat mesti dilawati di Kuala Lumpur
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
May 5, 2015 at 6:53 PM

no 2, 7, 9, and 10 belum jejak lagi...
just lalu sipi2 je... hehehe...
kalau nak jalan kl lagi prefer naik LRT/monorel/KTM...lagi senang.. tak jam...

Reply
avatar
May 5, 2015 at 8:04 PM

Puas kalau nak berjalan satu KL ni. Hiksss :D

Reply
avatar
May 6, 2015 at 12:03 PM

banyak jugak tempat yang menarik ya..kalau tak sebut ja nak masuk kl mesti fikir jem

Reply
avatar
May 6, 2015 at 12:56 PM

Rumah Anis kat mane? Meh Kak Sha masukkan no. 11, muehehehe :D

Reply
avatar
May 6, 2015 at 1:00 PM

Akak memang pegi KL manjang naik KTM ake. Senang, muehehe.
Tapi, kalau shopping raya, harus drive. Sengsara rasanya bawak plastik banyak2 naik tren

Reply
avatar
May 6, 2015 at 1:04 PM

Tau takpe Nani. Ekceli KL ni ade banyak je tempat best. Nak lagi enjoy, naik bas hop in hop off. (Gitu kut nama dia?)

Reply
avatar
May 6, 2015 at 1:08 PM

Kena tengaok masa. Selalu Sha masuk KL masa orang kerja, weekdays gitu. Kalau weekend, hurm. Tido dalam kete la jawabnya T_T

Reply
avatar
May 6, 2015 at 1:58 PM

menarikk . banyak dah pergi ni :)

Reply
avatar
May 7, 2015 at 7:33 PM

teringin nak pegi central market :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+