Spagetti bolognese ala melayu
Nurul Shahira
May 30, 2015
Bila weekend aje selalu terfikir nak makan apa. Nak keluar katanya nak jimat duit. Jadi kena masak masakan yang mudah, cepat dan kuantiti banyak. Pendek kata sekali masak makan banyak kali. Hah. Jadinya masak aje Spagetti Bolognese Ala Melayu. Poyo aje tajuk, hahaha. Sebab apa ala Melayu? Sebab dah diubah ikut rasa Melayu. Pedas dan banyak kuah!
Aku masak Spagetti Bolognese Ala Melayu ni ikut apa yang ada dalam peti ais tu. Main campak-campak aje. Paling senang masak western dish gini sebab cara masak dia semudah 1-2-3. Peh. Exagerate sungguh, ekeke =D
Aku masak Spagetti Bolognese Ala Melayu ni ikut apa yang ada dalam peti ais tu. Main campak-campak aje. Paling senang masak western dish gini sebab cara masak dia semudah 1-2-3. Peh. Exagerate sungguh, ekeke =D
Resepi Spagetti Bolognese Ala Melayu
Bahan-bahan
Spagetti (Aku guna jenama Kimball's. Selalu guna jenama San Remo)
Daging cincang
Tomato puree
Sos spagetti Kimball's (Suka hati guna jenama apa. Yang penting Halalan Toyyiban)
Cili kisar
Karet *potong dadu
Cili benggala *potong dadu
Tomato *potong dadu
Bebola daging *optional
Garam
Minyak
Bahan kisar
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 2 ulas

Spagetti
1) Panaskan air setengah periuk.
2) Masukkan 1 penutup kecil minyak masak (untuk elakkan spagetti melekat) dan 1 sudu kecil garam.
3) Selepas menggelegak, masukkan spagetti. Make sure spagetti tenggelam.
4) Masak selama 5 minit atau sehingga spagetti masak
Cara masak kuah
1) Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3) Masukkan daging kisar dan bebola daging. Masak setengah masak.
4) Masukkan sos spagetti (aku guna setengah botol) dan tomato puree (setengah tin). Biarkan menggelegak.
5) Tambah air sekiranya kuah terlalu pekat.
6) Masukkan karet dan cili benggala.
7) Kemudian masukkan tomato.
8) Masak sehingga karet dan cili benggala agak lembut.
9) Perasakan dengan garam.
Nota kaki: Kalau suka pedas, masukkan lebih cili kisar. Boleh adjust kuantiti tomato puree bagi yang kurang suka masam =)