SweetMuslimah.com

Saturday, April 25, 2015

The Avengers 2 - Age of Ultron

Tonton The Avengers 2: Age of Ultron


Movie The Avengers 2: Age of Ultron ni ditayangkan untuk kali pertama kat Tawau semalam sebenarnya. Dan aku pun dah tengok semalam, tapi hari ni baru rasa nak hupdate. Ekeke. Malas + sibuk la konon kan? Ceh.

Tonton Avengers 2: Age of Ultron
The Avengers: Age of Ultron
Kredit: Nuffnang


Masih mengekalkan watak-watak Marvel seperti Iron Man / Tony Stark (Robert Downey Jr.), Captain America (Chris Evan), Thor (Chris Hemsworth), Hulk (Mark Rufalo) dan Black Widow (Scarlet Johansson), movie kali ni lagi best dan lagi banyak aksi. Tapikan, rasanya Avengers 1 aku tak tengok lagi. Uhuk. Tersedak. (Tak tengok lagi, pehtu yakin kata yg ni lagi best, bhahaha)

Korang tahu, nak tengok movie ni, kitorang kena tempah dan bayar seminggu awal okeh! SEMINGGU! Agaknya, pihak wayang pun dah dapat agak yang Avengers 2 ni laku macam pisang goreng panas baru keluar dari kuali.


Tonton Avengers 2: Age of Ultron
Tiket The Avengers 2: Age of Ultron
Kena GST 91 sen tuuuuuh T_T

Tengok yang 3D punya, peh rasa macam boleh masuk dalam cerita, hehe. Seriusly, kalau korang nak tengok movie ni, amik yg 3D, baru best, lagi feel babak gaduh-gaduh tu. 

Tapi, sebelum masuk wayang, tiba-tiba geng-geng Avengers ni datang melawat Tawau hoiii. Korang hado? Takdo kan? See, Tawau jadi pilihan Avengers untuk melawat kat Malaysia ni.

Tonton Avengers 2: Age of Ultron
Avengers membelasah Batman

Iron Man dah macam Chappie. Tapi tinggi dia sebijik macam tinggi Iron Man ori. Paling tak boleh blah, Thor sado dah kurus kering. Tak cukup makan agaknya di Asgard sana tu. Kesian. Tapi, apesal nak lawan dengan Batman pulak? Kecelaruan identiti betul, ekekeke. 

Tapi, promosi yang bagus tau macam ni. Ramai gilos yang amik gambar orang berkostum ni. Aku? Apa lagi, paling depan tu snap pic, hewhewhew. Tak dapat jumpa abe Thor real, jumpa yang celup pun jadilah ^^

Keseluruhan cerita best gilos. Ada pertambahan watak baru dan juga ada krisis Avengers lama. Nora bagi 4.8 bintang ★★★★:D 

Aku suspek kompem ada sambungan movie ni. Sebab apa? Hah, semuanya ada dalam movie Avengers 2 ni. Sila pegi tengok sendiri. Ingat, amik yang 3D eh. Best gilos oiii :D

The Avengers 2 - Age of Ultron
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

5 comments

Tulis comments
avatar
April 25, 2015 at 1:59 AM

sekrg tgh berpusupusu org beratur..lepas 2-3 hari baru nak tgk

Reply
avatar
April 25, 2015 at 11:39 AM

yeay dh keluar, nanti nk tengok hehehehhe

Reply
avatar
April 25, 2015 at 7:24 PM

alaaa semua dok cerita ni...bestnyeee

Reply
avatar
April 27, 2015 at 1:28 AM

best ker...hm..nnti la ajak abg sado dating p tgk.hihihihi

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+