Filem Fast & Furious 7 dah kembali dengan aksi dan jalan cerita yang lebih baik, lebih menarik dan semestinya, ending yang lebih dramatik. Dah tengok Fast & Furious 7 ke belum kawan-kawan?
Sinopsis Fast & Furious 7
Selepas berjaya mengalahkan Owen Shaw dan ahli kumpulannya dalam sequeal filem Fast & Furious 6, Dominic Toretto, Brian O’Conner dan kru yang lain dibenarkan pulang ke Amerika Syarikat dan menjalani kehidupan biasa semula seperti mana yang mereka idamkan.
Namun kehidupan seperti orang biasa mereka tidak lama. Mereka telah diancam oleh abang Owen iaitu Deckard Shaw, seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih (Special Forces) yang telah bersumpah untuk menuntut bela atas kejadian yang telah menimpa adiknya.
Satu persatu ahli kumpulan Toretto ingin diburunya. Han, yg berada di Jepun telah berjaya dibunuh untuk memberi mesej kepada Toretto dan kumpulannya. Luke Hobbs, ejen benteras jenayah kerajaan berjaya dicederakan. Rumah Toretto dimusnahkan dengan bahan letupan.
Jadi untuk mengelakkan mereka terus diburu, Toretto dan kru yang lain telah bersatu kembali untuk memburu Deckhard Shaw. Dibantu pula oleh Frank Petty, ejen perisikan kerajaan, mereka kemudiannya menjejaki seorang ejen perisikan yang cukup hebat dan terlatih.
Deckard Shaw memang sukar untuk dikesan tempat persembunyiannya. Kepakarannya memang sukar ditandingi. Hanya satu alat yang boleh mengesan dengan tepat persembunyiannya iaitu the the God’s Eye. Alat pencarian istimewa ini dicipta oleh Megan Ramsey.
Maklumat Produksi Fast & Furious 7
GenreAction, Adventure
Produksi
Universal Pictures
Pengarah
James Wan
Penerbit
Neal H. Moritz
Vin Diesel
Penulis skrip
Chris Morgan
Tarikh tayangan
April 2015
Pelakon utama
– Paul Walker
– Michelle Rodriguez
– Vin Diesel
– Jordana Brewster
– Lucas Black
– Dwayne Johnson
– Jason Statham
– Tyrese Gibson
– Ludacris
Jum tengok dulu trailer Fast & Furious 7 sebelum tengok kat wayang. Absorb dulu dia punya jalan cerita, baru feel beli tiket wayang, muahahaha.
Trailer Fast & Furious 7
Trailer fast & Furious 7 - Emotional Tribute to Paul Walker
Dah tengok ke belum? Kalau belum, lets head on ke wayang! Ada review yang dah tengok kata, hujung-hujung movie ni nak habis, memang rasa sedih sebab tahu, after this Paul Walker dah tak ada dalam next movie.
Ape-ape pun pegi tengok dulu. Enjoy! :)
dlm ms terdekat ni mmg x dpt laa nk tgk...keje tgh menunggu ;-)
ReplyDeleteMemang nak tgk..tapi bila pergi je..asyik ticket habis...sedih pun ado..tapi it's ok...
ReplyDeletebelum sempat tgk... sebab bzlah...
ReplyDeletesob sob sob... nak tgk jugak
DeleteBelum berkesempatan nak tgk FF7 jugak... huhuhuhuuu..
ReplyDeleteMokchik ajak Pokchik gi panggung, dia tak minat pula... haaiiihhh... :p
Akak tak tengok lagi..tapi filem nie memang best...
ReplyDeletetak sempat lagi Sha nak pi tonton hehe :)
ReplyDeletetak sempat nak gi tengok lagi T.T
ReplyDeletetak sabar na tengok nih...uwaaa!!!
ReplyDeleteingat nak bawak anak2 tengok filem nih.. sekali 18 tahun ke atas laa plak.. huhuhu..
ReplyDeletemmg sedih dgr berita kematian paul walker tu..sukar nk percaya...ramai yg ckp best...cari masa nk pegi tgk gak
ReplyDelete