SweetMuslimah.com

Sunday, April 12, 2015

Resepi Ayam Kukus Telur Masin

RESEPI AYAM KUKUS TELUR MASIN


Malam ni nak makan, tapi nak masak malas. Nak keluar pun malas. Adoi, kalau semua malas, apa yang rajin?

RAJIN MAKAN :D

Akhirnya decide, kita masak something yang tak renyah, semudah 1-2-3, sebab, u know me. Hehe. Kita amalkan konsep mudah masak, tapi sodap dan kenyang. Muahaha. Yang aku masak hari ini?

AYAM KUKUS TELUR MASIN


Resepi ayam kukus telur masin
Ayam kukus telur masin


BAHAN-BAHAN
  1. 1 biji telur masin
  2. Sayur jeruk masin
  3. Daun bawang
  4. Lada putih
  5. Ayam bahagian dada
  6. 1 biji Tomato
  7. 2 biji Cili padi (kalau nak pedas sikit)
  8. Garam

CARA MASAK
  1. Potong ayam kecil-kecil. Kisarkan sekali dengan sayur jeruk (cuci dulu sayur jeruk sebelum kisar), tomato, Cili padi, lada putih dan garam.
  2. Masukkan ayam yang telah dikisar tadi dalam pinggan. Pecahkan telur masin dan ratakan putih telur atas ayam. Gaul rata.
  3. Hancurkan kuning telur masin dan letak atas ayam.
  4. Kukus selama 15 minit, atau sehingga ayam masak. 
  5. Setelah masak, hias dengan daun bawang.
P/s: Kalau kuantiti ayam kecil, cukup hanya secubit garam. 
Resepi Ayam Kukus Telur Masin
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
April 12, 2015 at 11:05 PM

Cik akak paling suka masak yang simple je dik sha..
Agak cik akak boleh cuba resepi ini juga...

Reply
avatar
April 13, 2015 at 9:38 AM

resepi baru ni Sha, boleh lah cuba nanti :)

Reply
avatar
April 13, 2015 at 10:52 AM

Rajin masak sebab poket nipis. Sikit lagi nak terkoyak, ekekeke :D

Reply
avatar
April 13, 2015 at 11:05 AM

Satu geng lah kita Cik Akak. nak amsak yang simple-simple aje, save time :)

Reply
avatar
April 13, 2015 at 11:08 AM

Cuba kak Ana, jangan tak cuba :)

Reply
avatar
April 13, 2015 at 11:09 AM

Ehhhhhh, mana Dayah tau sedap? :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+