Tuesday, April 7, 2015

# Random

Pokok pangkalnya hati

BILA TAK ONLINE COC

Kalau sehari tak online COC, bila buka notification, wah, bukan main ramai yang serang ye. Bukan sorang dua, kadang tu, mau sampai 5 orang! Sebatalion tu datang serang bila tuan rumah sedang mencari sesuap rezeki. Adududu. Hilang loot yang dikumpul bermalam-malam sengkang mata serang castle orang lain.

BILA BATTLE DAY CLAN WAR

Balik tadi, tunaikan tanggungjawab sebagai ahli clan yang setia, aku pun meneruskan amanat untuk menyerang pihak lawan. Rank tangga sendiri sudah ditawan rakan seperjuangan, maka aku beralih ke tempat lain.

Clash of Clan

Dan hasilnya? Boleh disaksikan di gambar atas. Menang tipis dengan hanya 1 ★. Adoi. Buek malu kaum aje, bak kata orang noghori. T_T

Tak pandai susun strategi ditambah pula dengan konsep kita bantai je, keputusan dia lain kali baru kita tengok yang membuatkan aku kalah. Tengok, siap dah buat analisis sendiri lagi. Hebat tak hebat? 

MAIN COC MELALAIKAN?

Betul ke main Clash of Clans atau nama glemernya COC tu melalaikan? Soalan ni pernah aku tanyakan kepada student dalam 1 mock interview dikolej sebelum student-student tersebut melangkah ke alam pekerjaan. Masa tanya, fefeling macam interviewer sebenar uols. Cewwah. Dari segi dressing sampailah etika menjawab, semua aku bantai soal dan betulkan. Terkulat-kulat semua student yang kena dengan aku. Ha, baru korang tahu yang dunia kat luar sana tak sama macam dunia kolej korang yang banyak meleseh ni. Buat kerja sikit, tapi nak markah banyak.

Ouch, teremo pulak T_T. Ok, soalan aku pasal COC kepada salah seorang student tu. Dan jawapannya, COC tu melalaikan. Sebabnya, COC tu membuatkan mereka malas nak buat tugasan, tidur lewat malam semata-mata nak jaga kampung daripada kena serang, kumpul loot banyak-banyak sebab nak increase level. 

POKOK PANGKALNYA HATI

Sebenarnya, yang bermasalah bukannya game tu. Game tu tak hidup pun. Masalah sebenarnya adalah diri kita sendiri. Kita sendiri yang kena pandai bahagi masa, nak main game dengan study. Bila nak makan, bila nak tidur. 

Sebagai contoh, dah tahu Maghrib masuk pukul 7.30 petang. Drama Hati Perempuan TV3 mula pukul 7.00 petang. Nak sangat tengok drama tu, sanggup tunggu depan TV dari awal sampai habis. Dah terlepas Magrib tadi. Lepas tu marah-marah kata TV3 tak alert dengan waktu solat muslim. Aik. 

Malam tadi tengok late night movie. Balik rumah pukul 2.00 pagi. Esoknya lambat pergi kelas sebab bangun lambat. Lepas tu, salahkan housemate sebab tak kejut. Kata jugak bas datang lambat. Hurm. Sakit hati ai tau jawapan student gitu.

Pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat tu, seribu daya. Kalau tak nak buat tu, seribu dalih lah yang keluar. This entry, khas untuk my beloved student. Tolong jangan main COC dalam kelas saya, tolong siapkan tugasan yang saya berikan. Dan tolong jangan minta saya up markah kalau kerja amali pun tak boleh buat. Kalau menyerang tu boleh fikir luar alam macam mana nak menang, saya percaya, untuk pelajaran pun, seharusnya berfikiran macam tu!





17 comments:

  1. betul...semua nya dari hati jadi mesti bijak buat pilihan

    ReplyDelete
  2. Betul tu... hati tu kena betul maka jadinya elok... tak gitu...

    ReplyDelete
  3. apapun masalah/silap kita, confirmlah salah sendiri. toksah dok tuding jari salahkan orang lain/faktor2 lain.. (peringatan utk diri sndiri gak ni)

    pokok pangkalnya hati.setuju sangattt

    ReplyDelete
  4. haha... betul tu...
    tu semua depends pada diri sendiri..
    hmmm.. tapi masalahnya semua yang saya kenal (semua ye bukan majoriti) yang main COC semua lalai...

    rasanya orang yang kuat semangat je boleh bahagi masa betul2..
    teringat bila saya main candy crush....
    1 hari 1 malam duk main game....
    tapi tiba2 termeditasi.... terus uninstall.. :)

    ReplyDelete
  5. adoiiii~ abang kakcik pun minat gilos coc ni hahaha. daripada layan benda tak berfaedah better main game. boleh buat otak berfikir.tapi jangan sampai benda wajib lupa nak buat :)

    ReplyDelete
  6. Kita pun main COC gak..tapi ada time tau...masa suami layan bola ke..time tu la kita main COC pun...kalau tak memang tak la..tapi kalau time kerja tu.ada gak buka kejab...nak update kan...makan masa gak..Org yg asyik 24 jam dengan coc ni mungkin org yang dah banyak sgt duit kot

    ReplyDelete
  7. Salam. Hee dah lama saya tak bermain game online sebegini ;p

    ReplyDelete
  8. tilik pada hati.. betul ke yg dibuat.. semua pada hati... :)

    ReplyDelete
  9. tapi game ini boleh dikatakan sebagai melalaikan. bukan saja yang online malah yang offline sekalipun.
    Saya dulu pemain game X-box tegar, sampai tak kenal siang dan malam.

    ReplyDelete
  10. betul semuanya terletak pada diri kita sendiri.. dah lama tak main game apa pun..

    ReplyDelete
  11. kalau pandai kan bahagi masa... tk salah rasanya

    ReplyDelete
  12. kan..dr diri memasing tu..klu tau atur masa layan coc..layan anak..layan keja...layan famili..ibadah...tiada yg melalaikan pun...selain diri sendiri yg lalai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Yang penting diri kita sendiri. Tak guna nak salahkan orang lain kalau diri sendiri pun tak betul :p

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+