Balik kampung
sebelum ni, dapat beli tiket MAS dengan harga yang berpatutan. Dalam RM300++
pergi balik Tawau-KL. Ada orang kata, harga tiket tu mahal, but for me, that’s oklah.
Nak buat macam mana, nak balik sangat kan? So, paksa rela aja beli tiket, huhu.
Tapi, aku suka
naik MAS. Selain dari their world best hospitality, I prefer their seat
compared to AA. Lebih luas dan seat lebih lembut. Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab seat ni, lembut ataupun kejung sangat penting okeh. Nak duduk atas tu for
3 hours non-stop. kalau seat kejung, mau tak sengal segala sendi. Belum kira bontot
kejung lagi. Eh.
Selain
daripada
tu, bahan bacaan pun sangat penting nak menempuh perjalanan 3 jam tu.
Selain daripada membaca, selalunya aku tidur aje terus dari mula hingga
landing. Sebab, aku tak pandai nak berborak dengan orang sebelah dan aku bukan seorang yang
kuat
berborak dengan orang yang tak dikenali. Pura-pura jadi sombong konon.
Kah kah
kah. Pang sedas dulu.
PENGALAMAN NAIK KAPAL TERBANG
Pernah sekali aku naik aje flight, pakai seat belt, terus
tidur tu. Tak tahu lah berdengkur ke tidak, tapi flight tu flight malam. Tak
ada makan sebab tak beli. Buka aje mata, rupanya orang sebelah tengah perati kita tidur.
Omai. Horror.
Ayat pertama
yang dia bagi kat aku bila aku buka mata adalah
“Tidur
ke?”
Adoi. Macam mana
nak eksplain ye? Kalau tutup mata dan berbunyi serombong kapal, maknanya kita
tak tidur ke? Haish, ofkos tidur lah.
“Asal
dari mana?”
Hah, ini yang
aku malas nak initiate conversation. Sebab aku malas okeh nak melayan strangers
berborak. For certain people they like to chatting & share stories with
strangers, sebab nak habiskan masa, but not for me. FULLSTOP. Lagipun mak aku
ajar, naik flight zikir banyak-banyak, bukan berborak. Haha >.<
Tapi, aku
jawabkan aje. Dah orang tanyakan?
“Kajang”
“Oh,
yeke? Ingat orang Tawau. Kajang dimana?”
“Bukan
Kajang sebenarnya. Beranang. Tapi selalu bila sebut Beranang, ramai orang tak
tahu. So paling senang sebut Kajang”
Eh,
tadi kata tak pandai berborak dengan strangers? Ni bukan main panjang ayat?
“Saya
ada kawan di Kajang. Di Sungai Chua. Nanti kalau saya turun Kajang, boleh
singgah Beranang”
Eh eh
eh. Ni nak sebut apa ni?
“Dah
kahwin ke belum?”
Ohemji.
Perlu ke baru berborak setengah jam, dah tanya gitu? Ok, salah aku sangka
buruk, mungkin beliau rasa beliau sangat hensem, so takut bini orang tergoda?
Atau aku sangat gojes sehingga aku tidur keluar air liur basi pun sangat
cantik? Muahahahaha. Perasan lagi. Tolong bagi pelempang sedas. PANG.
Dah
aku kena menipu kata dah kahwin. Adoi. Terfikir gak aku, kenapa aku nak menipu
mamat ni kata aku dah kahwin? Bukannya mamat ni nak mengorat aku pun? U are not
that gojes lah. Perasan je lebih.
“Kalau
dah kahwin, kenapa tak ada cincin pun kat jari?”
Err,
ini sudah lebih. Ko kelebet jari aku? Dalam gelap pulak tu? Mana mahu sorok
jari-jemari gumuk ni?
“Kadang-kadang
memang tak pakai cincin bila kerja. Tadi balik rushing sikit”
“Nanti
siapa ambil kat airport?”
“Abah
ambil”
“Kata
dah kahwin tadi? Kenapa abah yang ambil? Mana suami? Ke awak tipu kata dah
kahwin?”
Haishhhhhh.
Suka hati aku lah nak mengaku single ke married. Apesal orang ni? Musykil aku.
Tanya soalan macam polis pencen.
“Husband
saya outstation. Esok baru balik. So malam ni tidur rumah parents dulu”
Pehtu
sambung tidur la. Tak kuasa aku nak sambung borak. Tanya soalan macam-macam,
soal siasat macam kan kitorang dah kenal lama. Tak pun macam reunion atas kapal
terbang. Ceh. Rasanya lama jugak aku tidur. Adalah dalam sejam. Bila aku bukak
aje mata, nampak mamat sebelah ni macam tadi jugak. Tengah pandang aku. Tunggu
aku bangun agaknya. Sweet sangat lah agaknye tunggu aku bangun? Puih.
“Saya
balik Tawau ni, bos saya yang tanggung tau! Balik ni pun tak boleh lama-lama.
Bos asyik call aje suruh balik cepat”
Sambung
borak lagi? Nak balas ke tidak? Ke nak pura-pura sambung tidur?
“Oh,
ye ke? Kerja apa kat sana?”
“Ala,
kerja biasa-biasa aje. Bawa lori. Tapi gaji saya banyak tau. 3 ribu. Kalau
rajin OT, dapat 4 ribu”
Bersangka
baiklah. Mungkin beliau nak gebang pasal gaji, sebab nak ajak aku kerja sekali
dengan dia kut? No need to work at Tawau lagi? Dah, mula datang mood perasan
aku lagi sekali. Mamat ni nak mengorat bini orang ke?
“Alhamdulillah,
murah rezeki”
“Handphone
saya ni pun bos yang bagi” sambil tunjuk hp dia.
Ok,
tak nak balas. Nampak gayanya kena tidur sampai landing kat KL jawabnya. Dan
memang aku tidur terus sampailah pengumuman nak landing. Gaya aku cerita ni
macam aku syok sendiri kan? Muahahahha.
Pada
aku lah, kalau nak berborak, ikut keadaan. Kalau ko nampak orang sebelah malas
nak layan, should u proceed with the conversation? Please respect people
privacy. Bila dah tak tahu bila nak respect jadi macam nilah. Dah aku menipu,
dosa aku bertambah. Haish T_T. Kita ni bila nak bertanya soalan agak-agaklah, jangan kan sebab
konon-konon nak buang awkward situation, ko tanya macamkan kita ni kenal rapat.
Hey bro, whatsapp?
Tapi
kan, bila difikirkan kembali, boleh aje aku tak menipu. Bukan kurang pun
peratus gojes aku. Dan bukannya mamat tu nak mengorat aku pun kan? Hahahahahaha.
Kalau dah jiwa perasan gini lah jadinya. Ok, dah malu. Pegi amik tudung periuk nak
tutup muka dulu. Kbai.
FULLSTOP
P/s:
Macam-macam pengalaman aku dapat sepanjang 3 jam perjalanan Tawau – KL, KL –
Tawau untuk 2 tahun dan 10 bulan ni. Rupanya Allah nak tunjuk yang bermastautin sementara di Tawau ni, boleh membawa seribu satu cerita dalam hidup. Bila ingat balik, kelakar juga rasanya. Sentimental value tu :)
wah.. bukan main lagi soalan mamat tu tanya...
ReplyDeletetapi macam seram je kalau dia asyik duk pandang...
pengalaman naik MAS okaylah... tapi pernah dapat pramugari yang kureng sket
naik AA, seat macam bas ekspres tapi okaylah dengan harga murah...
Jetstar okay sikitlah dari AA...
saya pernah naik MAS, duduk window seat and then orang sebelah lelakin yang gemuk semuat-muat tempat duduk... terpaksa kawal pundi agar tak overdose sebab kalau nak keluar g toilet memang tak dapatlah...
Haaa, yg tu kak sha pernah kena gak, tapi seat tengah. Diapit pokcik mokcik semangat. Nak tak nak, tahan sampai terketar ketar kaki, ekeke
Deleteminat benor dengan awaks...
ReplyDeleteEntah ler awak, duk dalam gelap, ntah nampak bersinar-sinar agaknya. Tu yg gojes lebih, hehe :D
Deleteini tak lain tak bukan..mengoratlah ni, takde tapi-tapi lagi.
ReplyDeleteThrill ke ngorat gelap2? Time org mamai plak tu T_T
Deletemungkin tidur dalam kecomelan
Deletelain kali tidur kasi berdengkur baru takde org ngorat..terus pramogari bukak tingkap baling ke luar
Deletenampak gaya makin laku ni..hehe tapi kan scary la bila bukak mata jer ada stranger duk tengok kta..huhu
ReplyDeleteItu lah dayah. Scary tau. Mcm dah xde keje lain nak buat selain dari tengok orang
Deleteerk. terlebih mesra alam pulk org sbelah tu. hehe
ReplyDeleteMesra alam tak kena tempat. Kungfu dia, baru tau T_T
Deletemacam dah berkenan kat akak je, ahahah
ReplyDeleteKahkahkah. Yeye je, malu i tau >.<
Deleteke dia nak hilangkan rasa gabra dia naik flight kot..so cara nak lupa hindarinya berbual kosong dgn awak..hehehe...nasib baik bukan Fida kan..Fida memang kaki sembang..hehehe
ReplyDeleteYe kut Fida. Kita anggap positif je lah, hehe. Nak assume kena ngorat, haish, nampak nau perasan, muahahaha :D
Deletebiar betul mamat tuh.. naik seram plak kan bila berada dalam keadaan sebegitu.. dah laa ushar kita semacam, soalan pun boleh tahan jugak..
ReplyDeleteKan Eyda. Buat orang tak senang nak tidoq je. Haish. T_T
Deletedah lama abe kie x pi sabah setelah berpindah ke kelate sejak 2001..
ReplyDeleteLama tu Abe Kie. 14 tahun lepas tu
Delete