SweetMuslimah.com

Wednesday, April 15, 2015

Kenapa makan supplemen keluar jerawat?

Siapa bangun pagi-pagi terus tengok cermin? Kelebet muka, tengok cerah berseri merah jambu ke atau ada jerawat baru keluar? Ahah. Ada kan? Toksah tipu lah, sebab aku pun buat gitu, bhahahahaha. Setiap pagi, bangun aje dari katil, berdesup terus mengadap cermin. Selalu mesti tersengih-sengih macam kerang busuk tak gosok gigi

"Eh, cantik juga aku bangun tido"

FENGSAN. Puji diri sendiri pulaks T_T

Tapi kan, tapi kan, tapi kan. Pagi ni, bila aku bangun aje tido, tu dia, jerawat bersepah kat pipi. Sampai merah-merah pipi sebab jerawat bengkak. Itu lah, nak sangat berseri merah jambu konon kan? Sekarang dah dapat. Menci menci menci. T_T  Adududududu

Aku suspek, selain dari tak cukup tidur, stress (Memang stress pun. Semalam kena marah dengan boss dalam meeting, balik rumah terus nangis kat bucu katil), multi-vitamin ataupun supplemen (makanan tambahan) yang punya kerja.


KENAPA MAKAN SUPPLEMEN KELUAR JERAWAT?

Sekarang aku makan 2 jenis supplemen, dua-dua brand 21st century. Colon Clenz dan juga Herbs for Your Skin.

21st Century Colon Clenz kurangkan jerawat
21st Century Colon Clenz
Colon Clenz is made of from 100% pure Psyllium Seeds. It is an excellent Colon and Intestine Cleanser
21st Century Herbs for Your Skin kurangkan jerawat
21st Century Herbs for Your Skin
Contains herbs that nourish and help in healing the skin. Reduces inflammation and recommended for the treatment of skin disorders like pimples and acne

Kenapa makan supplemen khusus untuk lawan jerawat, tapi jerawat makin banyak keluar macam cendawan selepas hujan? Berlumba-lumba keluar nak menonjolkan diri pulak tu. Gila attention punya jerawat! Ingat hawt lettew T_T


Okeh, meh sini aku terangkan, kenapa jadi macam tu.

Supplemen terdiri daripada kandungan yang dipadatkan. Contoh paling senang, makan 1 biji vitamin C bersamaan 5 biji oren. Macam mana nak padatkan biji oren dalam 1 tablet kecik? Ha, boleh bayangkan betapa powerfulnya tablet kecik tu? 

Jadi, untuk menyerap dan angkut vitamin tu ke seluruh badan, badan memerlukan banyak air. Vitamin yang berlebihan yang tak diperlukan akan dikeluarkan melalui tinja, air kencing ataupun peluh.

Tapi, bila badan kita kurang air, maka fungsi badan untuk nyaktoksik dan vitamin berlebihan tak dapat dilakukan. Kalau korang perasan, kurang minum air, korang pun kurang kencing, kan? Jadi, cara paling senang vitamin berlebihan dan toksik nak keluar adalah melalui kulit. Tu yang jerawat pun keluar. Yey.

Kalau beli apa-apa suplemen pun, dealer atau agen akan advise minum air banyak-banyak kan? 3 L air atau 8 gelas air sehari air putih / air masak. Air manis tak boleh kira! Sebab air tu memainkan peranan penting untuk cantik tau! Tak makan supplemen pun, kena minum air banyak. Baru kencing banyak, proses nyahtoksik boleh berlaku secara teratur :)


Entry cakap pasal kencing pulaks, muehahahaha. Okeh, Have to go. Pegi kencing dulu. Bye!

Sumber gambar: Google
Kenapa makan supplemen keluar jerawat?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

13 comments

Tulis comments
avatar
April 15, 2015 at 12:17 PM

hehehe ok, dapat info kat sini. tq kak sha ^_^

Reply
avatar
April 15, 2015 at 6:58 PM

Ok tq Sha sudi bagi keterangan yang membina minda...Dapat jugak ilmu ..

Reply
avatar
April 15, 2015 at 7:53 PM

Bahaya ni boleh terkeluar susuk

Reply
avatar
April 16, 2015 at 1:04 PM

Iye Kak Lya. Sebab Sha pun selalu mencari kenapa makan ubat tu, ubat ni, makin meriah pulak cik J. tensi, Hehehe :D

Reply
avatar
April 16, 2015 at 1:05 PM

Tak de terkeluar susuk punya. Dah simpan baik punya, ekekek :D

Reply
avatar
April 16, 2015 at 1:34 PM

menarikk . selalu la minum air masak kan kak . hehee

Reply
avatar
April 16, 2015 at 1:54 PM

Betul parihh. Tak suka pun paksa rela minum aje :D

Reply
avatar
April 16, 2015 at 4:37 PM

Tgh cari colon clenz nie... mana jual yea...

Reply
avatar
April 16, 2015 at 5:45 PM

Ade jual kt watson / guardian. Takpun, farmasi biasa pun ada juga :)

Reply
avatar
April 17, 2015 at 9:24 AM

Terima kasih atas perkongsian Sha, kalau macam bisul tu sebabnya sama tak?

Reply
avatar
April 17, 2015 at 10:19 AM

kurang air , suplimen pun tak berkesan.... pastu jadi apa2 - suplimen juge yang salah

Reply
avatar
April 17, 2015 at 10:28 PM

xpernah try mkn 21 century ni.. maybe badan sha xsusuai makan kot

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+