Nurul Shahira:

Friday, April 10, 2015

# Info

Bergelap lagi. Nasib tak gosok gigi guna shaving-foam

Blackout lagi? Tapi kali ni berlaku masa bekerja kat ofis lagi. Masa tiba-tiba blackout tu, aku baru nak buat kerja. Konon-konon tunjuk rajinlah, alih-alih blackout. Pc mati terkorban diperbatasan. Tak dan nak tunjuk rajin. Haish. Tak bagi peluang betul T_T

Semalam blackout juga. Tapi masa tu aku dah sampai rumah. 5.00 petang, tu pun dah nak gelap. Rehat-rehat kejap dengan harapan blackout sekejap je, tapi, harapan tinggal harapan. Mandi pun bergelap. Ntah sabun sape aku guna, lantaklah. Nasib tak tertukar shaving foam dengan ubat gigi. Bhahaha.

TAWAU, SEMPORNA, KUNAK, LAHAD DATU BERGELAP?

Rupanya, Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu pun mengalami masalah yang sama. Putus karen jugak. Sebab apa ye? 



Muahahaha. Rajin betul orang yg buat video ni mengedit. Main-main, haha :D

Dah dah, serius. Jadi, kenapa selalu sangat Tawau blackout baru-baru ni? Apa penyebabnya yang menyebabkan kitorang terpaksa makan bermandikan lilin. Romantik tak jadi gitu.


MENARA PENGHANTARAN 132kV SEGALUD-DAM ROAD TUMBANG




Oh, patutlah. Semoga masalah ini dapat diatasi segera. Penduduk Tawau, Semporna. Lahad Datu , bersabarlah hadapi catuan bekalan elektrik ini ya. Sama-samalah kita :)

10 comments:

  1. candle light dinner lah jawabnya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, kadang-kadang candle light dinner pun best jugak, hehe :D

      Delete
  2. kalau jarang sekali blackout ok jgak..belajar erti hidup susah. Tapi dah banyak kali memang belajar atas kesaabaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang belajar erti kesabaran kali ni, ape nak buat. Redha je lah :)

      Delete
  3. Takpe la sha nakmbuat camno ..bertabah je laa ya,,

    ReplyDelete
  4. Ini perkara biasa kat kampung cik akak dik sha..hihi..
    Kalau kat sibu...cik akak lah paling penakut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke? Sibu pun selalu blackout ye? Apa nak buat kan, terima aje lah. Nasib lepas blackout ade jugak karan balik :)

      Delete
  5. tringat aina msa banjir besar tahun lepas. trpaksa bergelap seminggu tu pun dah rsa terseksa. huhu semua kerja terbatas. bersabar ya kak sha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa banjir di Kelantan ye Aina. Masa tu, rasa orang-orang yg terlibat dalam banjir tu sangat tabah & sabar. Sangat kagum dengan korang.Tak tahu lah kalau Kak Sha kat tempat diorang, nak react macam mana.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+