SweetMuslimah.com

Friday, April 10, 2015

Buat Email yang RELIABLE penting juga tau!

Kalau dahulu, masa aku belajar lagi, pensyarah sangat-sangat menekankan untuk buat 1 email rasmi yang menggunakan nama kita sendiri, bukan menggunakan nama yang macam-macam, yang tidak menggambarkan nama & diri kita. 

Sebagai contoh, email rasmi yang aku gunakan untuk urusan kerja & juga beberapa urusan peribadi yang penting adalah nurulshahira.kassim@gmail.com. Sekali baca pun dah tahu, tuan punya email bernama Nurul Shahira, kan? Tapi, aku ada juga email peribadi shah_athrun@yahoo.com. Nah. Sekali dapat email dari ymail tu, tahu tak siapa pengirimnya? lelaki ke perempuan? Ke SPAM mail?

KEPENTINGAN MEMBUAT EMAIL YANG RELIABLE

Aku tak pasti kesannya pada korang. Tapi, pada aku, aku lebih yakin untuk berurusan dengan orang yang mempunyai alamat email yang jelas. Rasa macam tuan punya email tu sangat yakin dengan diri sendiri. Proud to be yourself :)

Tips yang aku dapat sebelum interview kerja. HR sesuatu syarikat biasanya akan menapis dan memilih calon-calon untuk ditemuduga berdasarkan nama email itu sendiri. Sebab, nama email itu sendiri adalah first impression untuk seseorang.


Kalau first impression tak bagus, tak semestinya second impression pun sama?


Betul macam tu. Semua orang deserve second chance. Tapi kena ingat, dalam urusan macam ni, HR tersebut pun manusia. Tahu penat, tahu sakit mata tengok PC, tengok data yang banyak. Jadi, emosi memainkan peranan yang penting. Apa korang rasa bila kena tapis email yang beribu-ribu, dan senders mostly gunakan nama  email seperti grrrberlapistanduk@yahoo.com? (Ini hanya contoh, tak tahu wujud ke tidak. kalau wujud, mohon mahap T_T) Grrrrrrrrrrr. Fikirlah sendiri.

I used to email students for their notes and handouts, and most of the time, I feel devastated, sebab nak email banyak, tapi nama email susah nak ingat dan pelik-pelik. Setahun jumpa 3 semester yang berlainan. Naik wrinkle tau marah-marah dalam kelas but to no avail. Keras kepala atau lupa atau tak tahu?

My advise, buatlah 1 email rasmi untuk urusan rasmi dan urusan peribadi yang benar-benar penting. Untuk urusan lain, boleh aje gunakan email personal kita tu. No harm at all. Lagipun, nak buat email baru sekejap aje. 5 minutes, dah siap :)


Proud dengan nama sendiri, yakin dan gembira. Its all yours. :)


P/s: Kalau dapat buat alamat blog guna nama sendiri, lagi best agaknya. Tapi, address blog aku pun panjang, susah mau ingat. Ini adalah contoh terbaik. Amacam. Susah nak taip tak? Muahahahaha.

Buat Email yang RELIABLE penting juga tau!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

20 comments

Tulis comments
avatar
April 10, 2015 at 9:53 AM

saya ada banyak email address smpi lupa pwd. hahhaaa

Reply
avatar
April 10, 2015 at 10:14 AM

Fida pulak pakai email lain sebab email nama sendiri dah tak boleh pakai dah..so pariparimalaya@gmail.com la jawabnya...tapi still rasa qute gitu hehehe(perasan kejab)

Reply
avatar
April 10, 2015 at 11:08 AM

khaty buat banyak email..tapi memang tak dak lagi email rasmi...penting jugak kan

Reply
avatar
April 10, 2015 at 11:14 AM

email rasmi ada yang atas nama jabatan nyer.. yang lain tuh banyak nama panggilan atau samaran jer..

Reply
avatar
April 10, 2015 at 11:27 AM

ade beberepa email untuk kegunaan yang berasingan

Reply
avatar
April 10, 2015 at 12:03 PM

Sha pun sama juga, muahahaa >.<
Last-last tinggal 2 email je yang aktif guna

Reply
avatar
April 10, 2015 at 12:04 PM

Takpe, yang penting tuan punya email happy, hehe ;)

Reply
avatar
April 10, 2015 at 12:06 PM

Kalau ikut Sha, penting juga rasanya Kak Khaty. Sebab dah terbiasa, email rasmi untuk benda rasmi. Tu yg high expectation dengan orang lain, hehe :D

Reply
avatar
April 10, 2015 at 1:23 PM

Sama lah. Yang rasmi jabatan punya. Tapi 1 lagi khas untuk benda lain, hehe :D

Reply
avatar
April 10, 2015 at 1:55 PM

kene ade 2 1 untuk urusan rasmi dan 1 untuk urusan peribadi

Reply
avatar
April 10, 2015 at 2:45 PM

selaku Pentadbir E-Mel Jabatan..memang saya marah kalau orang yang guna emel rasmi untuk hal-hal peribadi.... kalau masuk spam ke virus ke iklan2 merepek ke.. macam mana...??!!

huhhh..marah nii..! marah...!!

:p

Reply
avatar
April 10, 2015 at 5:37 PM

betul tu Sha, kena ada satu yang untuk urusan rasmi kan :)

Reply
avatar
April 10, 2015 at 9:16 PM

Haha..cik akak nak bajet femes jap..dulu buat suka hati je alamat email. Sampai nao mei tu juga jadi perhatian umum...haha..cik akak blog pun panjang...nak ubah..takut semua lari..haha

Reply
avatar
April 12, 2015 at 9:43 PM

aina ad bnyk email dan semuanya penting. hahaha tapi yg satu tu memng betul2 penting n apa2 kerja, email itulah yg guna. >_<

Reply
avatar
April 13, 2015 at 1:08 PM

Sebab tu advise buat separate email. Jangan nak suka hati salah guna email rasmi for personal purposes, and vice versa :)
Betul tak Puan Pentadbir E-Mel Jabatan? :)

Reply
avatar
April 13, 2015 at 1:09 PM

Betul Kak Ana gojes ! 10 markah ^^

Reply
avatar
April 13, 2015 at 1:10 PM

Nao Mei memang femes pun. Kalau guna email tu pun, orang dah tau tu Cik Akak, muahahaha. :D

Reply
avatar
April 13, 2015 at 1:10 PM

Betul Aina, suppose macam tu lah :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+