SweetMuslimah.com

Tuesday, April 14, 2015

Aku seorang pensyarah?

Aku selalu mengaku yang aku adalah cikgu. Cikgu kolej. There’s nothing wrong with that rasanya.  Sebab pada aku, pensyarah pun cikgu kan? Cuma bezanya mengajar di pengajian tinggi, sebab tu kitorang dipanggil pensyarah. But the job scope masih sama. Jaga budak. Jaga budak. Jaga budak.



"Ala. Toksah nak bangga sangat dengan title pensyarah tu aih. Tangga gaji sama jugak!"

Muahahaha :D



Kalau balik semenanjung tu, jumpa kawan-kawan mak, mak selalu dengan gembiranya, senyum lebar perkenalkan anak dia (as in aku lah T_T) yang kerja sebagai pensyarah tu



"Yang ni ke yang kerja kat Sabah tu? Pensyarah kan?"
"Iya mak cik" *blushing*



Haish. Malu-malu biawak aku iyakan. Dah betul kan? Entah macam mana rupa senyuman biawak aku tu, aku pun tak pasti. Mintak-mintak makcik-makcik tu tak rasa muka aku macam biawak, cukuplah. Tapi muka kambing gurun? Tak tahulah. Haha.



Cuma, memang jujur aku cakap, aku tak selesa nak mengaku pensyarah. Kenapa aku cakap macam tu? Dah macam low self esteem pulak kan?



Shahira, wake upppppp
*sambil goncang-goncang bahu* PANG



Ha, kenapa? Okeh, meh sini aku listkan. 
Satu, sebab aku mengajar budak sijil aje. Dua, eh, ko tak gojes pun macam pensyarah? Tiga, aku sendiri rasakan aku lebih selesa dipanggil cikgu. Nothing more nothing less. Dan keempat, sebab orang selalu ingat gaji pensyarah kolej sama macam gaji pensyarah university (gred 52 tu oiii>.<), loaded, poket tebal. Padahal tak sama tau!

Nanti kena pow, tak mauuuuu T_T



Sebab keempat paling kuat kut? Hahahahahaha. *Itu tanda-tanda kedekut* T_T




Actually, mak-mak kita, diorang tak kisah kita kerja apa. Asalkan halal dan dapat menampung hidup dan keperluan kita seharian. My mum always said that



"Takpe ke bagi mak banyak ni. Nanti Ira tak cukup duit pulak?"

"Dunt worry mak. Gaji Ira banyak menimbun, tak pandai habis."


Ouch. Angan-angan. Padahal setiap tengah bulan dah kira, bila gaji nak masuk, heh >.<



Betapa mak-mak kita sangat risau anak dia tak cukup duit nak makan. Nak belanja. Nak isi minyak kereta. Bayar hutang PTPTN. Semua lah. Padahal anak sihat walafiat bertambah-tambah lagi lemak berkati-kati T_T



Dan dalam kes mak aku, mak sangat bangga ada anak dia yang jadi cikgu. Dari aku kecik lagi, mak selalu cakap yang, mak teringin ada antara anak-anak dia yang 5 orang ni, ada yang jadi nurse (X), ataupun cikgu (/). Nurse memang taklah. Semua adik-beradik aku takut jarum, takut darah. Tengok jarum pun dah fitam, ape lagi nak buat dressing semua. Terus rebah dijalanmu agaknya. Kahkahkah.



Tapi, Alhamdulillah, walaupun pada mulanya aku tak nak terima tawaran SPP ni untuk berkhidmat sebagai pendidik, aku rasa yang aku tak sesuai, tapi akhirnya aku bulatkan juga hati untuk terima. Dapat tunaikan permintaan dan keinginan mak, aku rasa sangat bertuah.  Dan, my dear sis will join me too, inshaAllah :)


awansayatasana.blogspot.com
Catatan perjalanan Shahira


P/s: Tak semestinya, apa yang kita nak, kita dapat. Tak semestinya apa yang orang tua kita pilih untuk kita, tak serasi. Just give it a try. Insha Allah, keberkatan dari memudahkan dan menggembirakan hati ibu bapa, akan memudahkan dan menggembirakan kita juga :)


Aku seorang pensyarah?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
April 14, 2015 at 10:50 PM

dayah dari kecik nak jadi cikgu..tapi mak sedara cakap, jadi la tinggi lagi, pensyarah ke..sma je la kan? pendidik jugak..huhu ok, dayah try =)

Reply
avatar
April 14, 2015 at 11:09 PM

Kalau jadi pensyarah uni, ok, memang mahsyuk. Starting je dah 4000++.
Mcm kak sha, sama je tangga gaji dengan cikgu :)

Reply
avatar
April 15, 2015 at 11:25 AM

Walaupun gaji pensyarah dan cikgu tu tak sama tapi Shahira dan menyumbang untuk membangunkan anak bangsa... Kerjaya yang mulia...

Reply
avatar
April 15, 2015 at 12:19 PM

ainaa memng minat nk jd pensyarah. nk ikut jejak mk sdara. hee

Reply
avatar
April 15, 2015 at 3:16 PM

InshaAllah, doakan Sha sentiasa ikhlas menyumbangkan ilmu amal bakti :)

Reply
avatar
April 15, 2015 at 3:16 PM

Jum Aina. Best je jadi pensyarah :)

Reply
avatar
April 16, 2015 at 2:44 AM

ohhh pendidik rupanya...kerjaya bagus ni..mcm tersuka ngn kerjaya ni skrg..

Reply
avatar
April 16, 2015 at 2:48 AM

ohhh pendidik rupanya...kerjaya bagus ni..mcm tersuka ngn kerjaya ni skrg..

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+