SweetMuslimah.com

Saturday, March 7, 2015

Tips Temuduga Kerja

Aku ni, nak bagi tips untuk temuduga kerja atau bahasa omputihnya, interview, tak lah boleh dipercayai sangat pun. Hehe. Sebab, pengalaman aku interview ni sangatlah sikit, kureng. 

Selepas tamat pengajian dari UTM, Skudai, dalam 6 bulan juga aku menganggur. Dalam masa 6 bulan tu, adalah 5 kali sahaja aku diinterview. Itupun 2 kali je dapat. Tapi, ini ada tips yang mungkin boleh digunapakai oleh adik-adik yang baru nak berjinak-jinak nak pegi interview. Tips dari Mat Luthfi. Ada juga YB Khairi Jamaludin. Ehem.

4 TIPS TEMUDUGA KERJA:

Jangan malu untuk menjadi diri sendiri

Jangan malu untuk menunjukkan peribadi diri sendiri. Tunjukkan macam mana orangnya Nurul Shahira ni (contohnya la. Itu aku, bukan korang ^^). Jangan sebab diri korang tak cukup hebat, korang nak jadi orang lain. 
Takkan sebab KJ sangat maskulin, maka korang pun nak berpura-pura jadi KJ? Believe me, the interviewer dapat trace kalau korang menipu. Even your appearance.


Jangan terlampau selesa sampai keadaan jadi awkward

Okeh, ini memang rasa ko taiko. Hehe. Terlampau selesa, sampai boleh bersandar-sandar kerusi, bersila atas kerusi, makan chewing gum. Oh please. jangan buat macam tu. Walaupun korang interview dengan ayah sendiri, be proper. 


Bila ditanya soalan, jawab dengan yakin dan berketrampilan

Yes, jawab soalan dengan yakin, benar, tak menipu fakta tetapi jangan keterlaluan (exaggerate). 

"Apa kelebihan yang kamu ada sehingga membolehkan kami menerima kamu sebagai pekerja syarikat kami?"

"Oh, saya ni sanggup untuk belajar ilmu baru. Lagipun, saya boleh buat apa aje yang encik minta. Encik cakap je, semua saya boleh buat"

Amboi. Exaggerate nampak? Boleh buat semua benda? Apa, ingat korang tu Superman? Eh, Superman tu pun tak wujud tau!


Bila tak dapat kerja yang dipohon, jangan memberontak

Ini tidak, bila tak dapat je interview kerja tu, terus marah-marah, mengamuk, kata yang bukan - bukan pada interviewer. Tahu lah hati kecewa, tapi jangan tunjuk. Be professional. be positive. Tanamkan dalam hati, mungkin rezeki korang kat tempat lain.

Lagipun, mungkin korang tak diterima untuk bekerja pada kali pertama, tapi, mungkin calon yang terima kerja tu tak datang / dapat tawaran lain, mungkin korang yang akan dipanggil untuk isi kekosongan tu. Nah, nampak tak kepentingan berkelakuan baik? 

Sometimes, the interviewer bukan mencari yang sempurna, perfect, speaking berabuk, ada PhD, 4.00 pointer. Tapi mereka mencari kriteria tertentu yang ada pada korang, tapi tak ada pada orang lain. Dan setiap kriteria tu berbeza mengikut interviewer. Apa dia?

Of course lah aku tak tahu, kena tunggu interviewer korang lah!



"Eh Mat Luthfi, kenapa u tak tall and handsome?"

Krik krik krik




For more info on interview, please visit :https://www.youtube.com/user/Ready4WorkMY


Tips Temuduga Kerja
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
March 7, 2015 at 12:56 AM

akak tambah 1 lagi tips..
sebelum gi interview tu sila la ambik tahu pasal isu2 semasa dalam dan luar negara ye....!! Sangat membantu tu.. ;)

and... ya... kenapa awak tak tall, dark and handsome ye....? krikk krikk krikkk...

Reply
avatar
March 7, 2015 at 1:07 AM

erkkk.. nk jd diri sendiri waktu interview tue yg susah

Reply
avatar
March 7, 2015 at 6:15 AM

berkali2 akk tgk vid mat lufti tu..dok gelak sakan..hehe

Reply
avatar
March 7, 2015 at 8:37 AM

Betul kak Ain. Alert dgn isu semasa dalam & luar negara sangat penting, baru nampak updated. Hehe :)
Dulu Sha interview di Damansara (tapi x ingat company apa), they really alert on certain issues, dah la Sha outdated time tu. But time flies, and im learn. :)

Reply
avatar
March 7, 2015 at 8:39 AM

Tak susah la cc. We do have some quality in ourself, eventhough sometimes kita x sedar. Cari quality tu & tonjolkan. Diri kita sendiri istimewa, x perlu jadi org lain :)

Reply
avatar
March 7, 2015 at 8:42 AM

Itu lah kak. Sha pun tengok 3, 4 kali sampai kawan tanya, amende yg Sha tengok tu? Lawak sungguh la.
Mesej yg nak disampaikan, tp dlm cara yg sempoi. Brillliant ^^

Reply
avatar
March 7, 2015 at 8:53 AM

Heheee kekadang suspen aje lebih.. Sblum hadapi interview, mcm2 duk fikir. Sekali dpan penal habis gelabah. tolonggg.. tolongg.. nak berckp pun kaku sis :p

Reply
avatar
March 7, 2015 at 8:57 AM

good sharing Sha, untuk mereka yang akan menempuhinya... :)

Reply
avatar
March 7, 2015 at 11:05 AM

Tips yang berguna :) Dah pernah rasa suasanan interview tu..memnag ke jd diri sendiri and confident mesti ada..huhu

Reply
avatar
March 7, 2015 at 12:52 PM

Tips yang berguna buat adik-adik...

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+