SweetMuslimah.com

Monday, March 9, 2015

RESEPI: Tartlet (Cheese & fruit tart)

Assalamualaikum. Nak share resepi pembuatan tartlet (cheese & fruit tart) yang aku attend as pembantu penceramah itu hari. Read (Cerita kursus pembuatan tartlet (cheese & fruit tart). Resepi ni memang sempoi, kompem jadi. Tak jadi, sila nangis sorang-sorang. Bhahahaha. :D

RESEPI TARTLET (CHEESE & FRUIT TART)

a) Bahan-bahan pastri:

    170gm butter
    50gm gula ising

    1 biji telur gred C

    290gm tepung gandum



b) Inti keju:

    250gm cream cheese

    50gm gula ising

    1 biji telur

    Blueberry filling



c) Inti kastard:

    50gm instant custard

    150gm fresh milk

    Buah anggur, kiwi dan peach

CARA-CARA MENYEDIAKAN PASTRI


  1. Pukul marjerin dan gula. Masukkan telur dan putar lagi.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga doh menjadi lembut (Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh).
  3. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. (Sekiranya acuan tart besar - Cucuk dengan garfu sebelum dibakar)
  4. Bakar pada suhu 170 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI KEJU


  1. Keluarkan cream cheese 20 - 30 minit sebelum digunakan. (JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik).
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur. Putar lagi.
  4. Masukkan blueberry filling ke dalam kulit tart. 
  5. Masukkan adunan cheese ke dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam kulit tart tadi.
  6. Buat corak diatas adunan cheese dan bakar selama 10 minit pada suhu 160C menggunakan api atas bawah dan letak dekat rak bawah. 

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI KASTARD


  1. Putar instant custard dan fresh milk hingga berkrim.
  2. Masukkan adunan kastard ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam kulit tart.
  3. Hias dengan buah-buahan. 
RESEPI: Tartlet (Cheese & fruit tart)

RESEPI: Tartlet (Cheese & fruit tart)

RESEPI: Tartlet (Cheese & fruit tart)

RESEPI: Tartlet (Cheese & fruit tart)

RESEPI: Tartlet (Cheese & fruit tart)

RESEPI: Tartlet (Cheese & fruit tart)

RESEPI: Tartlet (Cheese & fruit tart)

RESEPI: Tartlet (Cheese & fruit tart)


SELAMAT MENCUBA :)


RESEPI: Tartlet (Cheese & fruit tart)
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
March 9, 2015 at 1:08 PM

ish kalau sis JM x boleh nk buat lah jenis x sabar

Reply
avatar
March 9, 2015 at 1:20 PM

sedapnya..bole try ni nanti :)

Reply
avatar
March 11, 2015 at 1:00 AM

Aish tak cuba lagi, tak tau. Mana tau sis JM buat menjadi? Corak pon bombastik fantastik melastik? :)

Reply
avatar
March 11, 2015 at 1:01 AM

Try dayah, jangan tak try. Dah buat, pos kat akak ye :D

Reply
avatar
March 11, 2015 at 1:01 AM

Sedap Eyda. Masa bakar tu, bau dia semerbak satu kolej, hehehe ^^

Reply
avatar
June 3, 2016 at 2:46 PM

wah..nak try juga ni bulan puasa ni

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+